Isnin, 7 Jun 2010

Tsunami pemusnah alam tetapi banyak iktibarnya

Tsunami. Perkataan ‘tsunami’ berasal daripada Jepun. ‘Tsu’ bererti pelabuhan dan ‘nami’ bermaksud ombak atau gelombang. Di Jepun, perkataan ‘tsunami’ memang tidak asing lagi memandangkan negara itu pernah ditimpa tsunami apabila gempa bumi berlaku. Namun demikian, ia jarang berlaku di Asia Selatan. Gegaran 9.0 Skala Richter pada tanggal 26 Disember 2004 yang berlaku di Lautan India benar-benar meneinggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat dunia. Kesan tsunami bukan sahaja mengubah struktur pantai malah meragut ribuan jiwa yang berdosa dan tidak berdosa.


Tsunami merupakan kesan daripada gegaran atau gempa bumi di laut. Gegaran bumi tersebut di dasar laut yang dikenali sebagai pinggir lencongan. Gegaran ini mengakibatkan gelombang besar berlaku apabila pinggir lencongan plat bergerak terbenam. Kemudian gelombang ini akan bergerak laju hingga 800km sejam setinggi 50 sentimeter. Malangnya, apabila gelombang telah mendekati pantai, kelajuan gelombang merosot sehingga kira-kira 100km sejam tetapi paras ombak meningkat hingga boleh mencapai 30 meter. Ombak setinggi 30 meter inilah yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran umpamanya di Acheh dan Sri Lanka.


Kemusnahan yang ditimpa oleh negara-negara boleh dianggap satu satu malapetaka yang amat digerunkan. Ada yang mengatakan bahawa tahap kemusnahan ini seperti apa yang telah berlaku ketika Perang Dunia Kedua. Baru-baru ini, Berita Harian telah mendedahkan gambar-gambar satelit DigitalGlobe yang menunjukkan persisiran pantai Banda Aceh yang rosak ditimpa gelombang. Sebahagian kawasan itu telah hilang ditelan gelombang. Rumah-rumah yang dahulu penghuninya menyara hidup dengan menagkan ikan kini terperangkap dalam lautan. Lebih tiga suku daripada penduduk bandar Aceh yang berada 50km daripada pantai dilaporkan hilang atau mati.Sistem komunikasi terjejas teruk. Keretaapi tidak dapat berfungsi. Bantuaan makanan tidak dapat disalurkan dengan mengunakan kenderaan darat.


Selain daripada kemusnahan dari segi fizikal, ekonomi juga turut terjejas. Di Thailand umpamanya, industri pelancongan terjejas dek tsunami. Segala infrastruktur di pulau peranginan rosak umpamanya hotel Phi Phi yang terletak di tepi pantai. Negara Thailand yang selama ini mendapat hasil mansul daripada industri pelancongan terpaksa mencari alternatif baru untuk terus merancakkan lagi ekonominya. Jelas ini menunjukkan bahawa kesan tsunami juga menjejas ekonomi sesebuah negara.


Malah kemusnahan ini juga dirasakan oleh rakyat Singapura. Ini disusuli dengan kelewatan kapal yang mengangkut kabing dari Austrilia untuk ibadah korban. Cuaca buruk dan masalah logistik, kapal yang sepatutnya mendarat seketika di Jakarta untuk mengisi minyak terkandas buat seketika kerana menyaluran minyak tersebut telah diarahkan kepada pembangunan Aceh. Disiebabkan itulah ibadah korban terpaksa ditangguhkan buat beberapa hari sehingga kambing tiba.


Kemusnahan-kemusnahan ini amat mengerunkan. Untuk perkara ini tidak diulang lagi, masyarakat duani telah sepakat untuk membina sistem kesan awal untuk mengesan gegaran bumi di lautan Hindi.. Sokongan pada masyarakat dunia terhadap langkah-langkah ini boleh dilihat apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah bercadang untuk memperuntukkan beberapa bilion dolar untuk membina infrakstruktur tersebut ketika sedang mengadakan mesyuarat kepuncak dyang diterajui oleh Singapura.


Selain daripada membina sistem pengesan awal, negara terjejas seperti Indonesia bolah membina tembak penghadang di keliling pantai untuk menahan ombak yang kuat. Sekurang-kurangnya tembok ini dapat mengekalkan sedikit sebanyak bentuk pantai. Di samping itu, sistem komunikasi haruslah diperlicinkan supaya isyarat kecemasan dapat disampaikan dengan baik. Dengan adanya langkah-langkah ini, jumlah kerosakan dan angka kematian boleh diturunkan jika berlakunya bencana tsunami.


Walaupun tsunami mendatangkan kemusnah yang berpanjangan, ia juga boleh mendatang kebaikan yang boleh dijadikan pengajaran. Pertama, kita dapat belajar cara untuk respon dengan baik dalam masa kecemasan. Contohnya, Singapura talah menawarkan dirinya untuk menjadi penyelaras untuk menyalur bantuan kepada Aceh daripada negara lain. Baru-baru ini, pemerintah kita bercadang untuk menyalurkan 50 juta dolar untuk membangunkan beberapa sekolah di Aceh. Daripada bencana tsunami, rakyat Singpaura dapat tahu bagaimana cara untuk merespon dengan rasional.


Kedua, bencana tsunami yang berlaku di negara jiran kita menyedarkan kita bahawa kita masih belum peka dan belum tahu mengenai ilmu alam. Ada ilmu alam yang kita tahu memeng tidak mencukupi. Oleh itu, ini mendorong para pengkaji tanah untuk mengkaji lebih lanjut mengenai punca tsunami berlaku. Dengan kajian ini, manusia akan bersikap lebih rasional untuk memperbaiki hidup manusia sejagat.


Kesimpulannya, sememangnya Singapura tidak terjejas dengan tsunami yang berlaku tahun lalu. Walaupun demikian, ini tidak bererti Singapura tidak akan ditimpa bencara pada masa akan datang. Kita harus bersyukur dengan lokasi kita yang dikelilingi oleh pulau Sumatra yang senantiasa ‘mempertahankan’ Singapura daripada kesan bencana. Oleh itu, Singapura haruslah mengambil bahsa untuk menolong negara yang selama ini menyelamatkan kita daripada bencana alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan