Isnin, 7 Jun 2010

Peranan guru menjadi kurang penting disebabkan mudahnya mendapat maklumat daripada internet. Bincangkan.

Guru. Guru merupakan pelita kepada seriap insan. Dialah yang meumupuk dan mendidik anak muridnya hingga menjadi seorang yang berguna. Namun demikian, guru pada masa kini kurang dihormati. Di zaman era digital ini, ada yang berpendapat bahawa peranan guru semakin kurang penting disebabkan mudahanya mendapat maklumat daripada internet.Memang kita tidak dapat menafikan bahawa peranan guru dalam memberi maklumat menjadi kurang penting disebabkan adanya internet. Walaupun demikian, peranan guru bukanlah setakat memberi maklumat. Ada peranan-peranan seorang guru yang tidak boleh dilakukan oleh internet.


Pertama, format peperiksaan kini tidak lagi memerlukan daya penghafalan yang kuat. Peperiksaan kini lebih kepada menguji daya fikiran. Memperolehi maklumat tidak mencukupi jika tidak mempunyai kemahiran untuk menganalisa satu maklumat untuk memjawab soalan. Di sinilah, peranan guru amat diperlukan untuk mengajar anak muridnya dalam menganalisa sumber-sumber maklumat. Contohnya, seorang pelajar tahun banyak fakta mengenai gunung berapi tetapi tidak mungkin pelajar itu tahu isi yang mana yang patutu dimuatkan ke dalam kertas jawapan.


Selain daripada itu, guru mempunyai komunikasi yang lebih baik daripada internet. Pendidikan di Singapura bukan hanya setakat mahu berjaya. Ia bertujuan untuk menjadikan rakyatnya tahu menulis dan mengira. Kemahiran menulis dan mengira ini tidak mudah diperolehi menerusi latihan-latihan daripada internet. Peranan guru dalam mengajar anak muridnya jaga penting memandankan guru lebih fleksibal dalam menangai masalah pembelajaran pelajar. Jika di bandingkan dengan internet, ia lebih merupakan corak satu acuan, muat semua. Kaedah ini mungkin akan menjejas keberkesanan cara pembelanjaan. Ini kerana setiap pelajar mempunayi tahap pemahaman yang berbeza.


Seterusnya, peranan guru juga untuk membimbing. Peranan ini memang tidak boleh dilakukan oleh komputer. Ini kerana sebagai seorang pembimbing, seseorang itu perlu ada perasaan ingin meminpin. Dari aspek ini, internet tidak mampu berbuat begitu. Internet merupakan program yang direka oleh manusia. Ia tidak mempunyai perasaan dan merupakan satu alat. Oleh itu, sukar bagi internet untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Internet hanya boleh mempengaruhi manusia. Di sinilah datangnya peranan guru. Peranan guru dari aspek ini ialah memimpin manusia ke jalan yang benar dengan membantu mereka dalam usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.


Selanjutnya, guru berupaya memberi nasihat. Memberi nasihat haruslah diberikan dengan iklas. Guru sebagai seorang insan lebih berpengalaman dalam menangani masalah pelajarnya tidak seperti internet. Menerusi perasaan dan pengalaman mereka, mereka dapat mencari cara yang terbaik untuk menasihati para pelajar dan menagani msalah mereka dengan berkesan. Guru juga boleh dijadikan tempat mengadu untuk para pelajar. Peranan ini memang tidaka boleh dilakukan oleh internet. Ini kerana internet merupakan alam maya yang boleh dibaca tetapi tidak mampu berkata dan mendengar. Oleh itu sukar bagi internet bertindak sebagai penasihat kepada pelajar.


Walaupun peranan guru amat diperlukan di bangku sekolah, para pelajar tidak boleh ketepikan khidmat internet. Internat mampu memeberi matlumat yang lebih cepat, tepat dan tersusun daripada buku-buku teks dan guru. Peranan internet ini juga diperlukan di zaman yang Ekonomi berteraskan ilmu (KBE). Para pelajar digalakkan untuk banyak membaca berita di internet agar mereka tahu apa yang berlakau di dunia ini. Di samping meningkatkan lagi imu penegetahuan am. Ledakan informasi di internet ini memang tidak boleh ditandingi oleh guru. Ini kerana informasi yang ada di internet ini mempunayi kuantiti yang banyak dan ia mudah diperolehi dengan hanya menekan beberapa butang sahaja. Para pelajar boleh mendapat isi-isi yang dipelajari sekolah menerusi internet di rumah mereka.


Di samping itu, belajar dengan menggunakan internat dapat membolehkan para pelajar belajar secara interaktif. Informasi yang terdapat di dalam internet juga menarik dan ini disampaikan dalam pelbagai bentuk. Contohnya, para pelajar dapat belajar secara interaktif melalui diari maya yang memberi pelajar ruang unutk memberi pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Melalui internet juga para pelajar dapat berinteraksi dengan pelajar lain atau guru.


Kesimpulannya, walaupun internet memberi pelajar informasi yang cepat, tepat dan padat, ia tidak mungkin dapat mengganti peranan guru. Ini kerana para pelajar perlu bimbingan dan dorongan daripda seorang insan untuk berjaya. Di samping itu, para pelajar juga mahu tunjuk ajar daripada seorang guru. Untuk mengecapi kejayaan, para pelajar perlu mempunyai disiplin. Si sinilah letaknya peranan guru dalam menjaga disiplin para pelajar agar mereka berada dilandasan yang betul dalam mengejari pelajaran mereka. Walaupun peranan guru menjadi kurang penting dalam memberi maklumat, mereka tetap penting unutk mendidik anan-anak kita.

Muhammad Farid bin Mohd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan