Isnin, 7 Jun 2010

Masalah datang lambat dan ponteng sekolah merupakan sebahagian daripada masalah disiplin di sekolah. Beri cadangan kamu bagaimana masalah seperti ini

Masalah datang lambat dan ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar semakin serius sejak akhir-akhir ini. Masalah ini diibaratkan penyakit barah yang akan menular sekiranya tidak ditangani dengan segera. Bagaimanakah carnya unutk mengatasi masalah datang lambat dan poteng sekolah di kalangan para pelajar/ Sebelum kita mengatasi masalah ini, terlebih dahulu kita harus menyelidik apakah punca-puncany. Antara punca-puncanya ialah pengaruh media massa, pengaruh rakan sebaya, kurang pendidikan agama, pengabaian tanggung jawab ibu bapa dan sikap individu itu sendiri. Berikut ialah beberapa ca unutk mengatasinya.


Pertama, pelajar itu harus diberi pendidikan agama yang sempurna sama ada di rumah nahupun di madrasah. Pastinya pelajar itu akan mendapat manfaat yang baik seperti pendidikan akhlak, pendidikan akhlak, pendidikan agama, membaca al-Quran dan sebagainya. Dengan pendidikan ini, pelajar itu dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Ia akan menguatkan keimanan pelajar tersebut supaya tidak mudah digoda oleh syaitan yang suka melihat kaum Adam bermalas-malas. Bak kata pepatah Melayu, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Di samping itu, ibu bapa baruslah memberi kerjasama. Di zaman teknologi ini, ramai ibu bapa sibuk mencari harta dan sanggup meninggalkan anaknya sendirian tanpa pemantauan. Ibu bapa harus menjaga anaknya dengan baik. Ibu bapa yang sibuk bekerja harus menghantar anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak sejak kecil lagi supaya anak tersebut dapat mendisiplinkan diri dan bersedia menghadapi cabaran di zaman remaja.


Seterusnya, seseorang pelajar itu mesti tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk. Sikap angkuh dan sombong akan menimbulkan perselisihan faham. Pelajar itu mesti bersikap rendah diri dan sentiasa beriman supaya tidak mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Pelajar itu harus berusaha unutk menjauhkan diri bergaul dengan pelajar-pelajar yang rendah akhlaknya.


Selanjutnya pihak rancangan televisyen harus membatasi rancangan yang boleh menimbulkan kesan-kesan yang negatif. Contohnya, pelajar akan meniru apa yang dilakonkan di televisyen. Pelajar itu tidak sedarbahawa rancangan tlevisyen itu hanya lakonan semata. Media cetak pula harus menggunakan bahasa yang baik dan mempamerkan ilustri yang baik. Ibu bapa juga harus mengetatkan disiplin anak-anak supaya anaknya-anaknya terhindar dari menonton rancangan-rancangan yang kurang sihat.


Akhir sekali, seorang pelajar itu harus mengubah sikap dan mentalinya terhadap sekolah. Pelajar itu mesti bertekad unutk menghadapi apa jua cabaran demi masa depan ayng lebih cerah. Dia mesti cuba mengawal dirinya daripada datang lamabt dan memonteng sekolah. Ini boleh mengelakkan dirinya daripada berbuat sesuatu yang negatif. Sebenarnya masalah ini telah lama membelenggu para pelajar kita.


Keseimpulannya, tiada orang yang dapat menentukan masa depan kita selain dir kita sendiri. Seseorang pelajar itu harus sedar bahawa hidup di dunia yang fana ini adalah singkat. Pelajar itu mestilah bersikap optimistik dan sentiasa menjaga peribadi sendiri demi penakatan masyarakat dan negara.Yang penting, semua pihak harus memainkan peranan yang proaktif unutk mengatasi masalah ini. Dengan izin Tuhan dan kerjasama semua pihak Insya Allah masalah yang semakin lam mengbelenggu pelajar-pelajar kita ini kan berkurangan bilangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan