Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Demikianlah ungkapan yang sering diucapkan oleh rakyat Singapura yang pernah merantau di negeri orang. Di zaman yang canggih ini, kuasa globalisasi telah memecah tembok perpisahan di antara negara. Kemajuan teknologi telah menyebabkan moboliti pekerja semakin lancar. Oleh itu, tidaklah hairanlah ramai rakyat Singapura telah bekerja di luar negeri unutk mencari pengalaman dan rezeki. Namun begitu, adakah rakyat Singapura mendapat faedah daripada bekerja di luar negeri dengan sepenuhnya?
Pertama, rakyat Singapura dapat menambah ilmu dan pengalaman baru. Bak kata pepatah melayu, ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’. Rakyat Singapura dapat mempelajari dan mempertingkatkan lagi kemahiran mereka dalam sesuatu bidang tertentu. Secara tidak langsung, bakat rakyat Singapura dapat digilap dan diasah melalui cara bekerja. Contohnya, Fandi Ahmad. Beliau merukan sebilangan kecil anak Singapura yang berpeluang unutk menerima latihan yang berorientasikan persaninga, dia mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih yang bertaraf dunia. Kehadalan dan kebolehen terbukti apabila banyak kelab dari negara jiran berebut-rebut unutk mendapatkan khidmatnya ketika beliau pulang ke Asia.
Selain daripada itu, rakyat Singapura juga mendapat kebebasan. Kebebasan yang dinikmati oleh rakyat Singapura yang berada di luar negara termasuklah kebebasan peribadi. Contohnya, mereka boleh membeli rumah yang lebih selesa dan kondusif serta dilengkapi dengan halaman yang luas siap dengan kolam renang. Ini berbeza dengan keadaan di Singapura yang sempit, sibuk dan terpaksa berkongsi lantai dan bumbung orang lain. Oleh itu, rakayat Singapura akan mengambil peluang keemasan ini unutk merealisasikan segala impian dan cita-cita yang mereka idamkan selama ini.
Di samping itu, rakyat Singapura mempunyai gaji yang lumayan. Menurut teori ekonomi, gaji seseorang pekerja akan meningkat jika aptitud atau kemahiran seseorang pekerja sukar didapati. Misalnay di Brunei, ramai rakayt Singapura yang bekerja di san mempunyai kelulusan yang tinggi dan kemahiran mereka amat diperlukan di sektor perindustrian mahupun mahupun perniagaan. Disebabkan itulah, ramai rakayat Singapura diberi gaji yang lebih tinggi daripada anak watan. Ditambah pula dengan insentif yang diberikan oleh pemerintah Brunei unutk menarik bakat asing unutk menyumbang kepada pembangunan negara.
Akhir sekali, peluang untuk dinaikakan gaji amat mudah bagai rakayat Singapura. Ini disebabkan corak pemikiran dna budaya Singapura yang berorientasikan kecemerlangan dan tidak mudah mengaku kalah. Budaya ini telah diserapkan ke dalam setiap jiwa rakayt Singapura semenjak di bangku sekolah lagi. Oleh itu, tidak hairanlah rmai rakayt Singapura yang bekerja di luar negeri mudah mendapat pangkat yang tinggi dan adakalanya pangkat itu tidak mudah diperolehi ketika bekerja di Singapura
Namun demikinan, terdapat juga rakyat Singapura yang tidak terlepas dari dengkaman negatif ketika bekerja atau tinggal di luar negara.
Pertama, ada di kalangan rakayat Singapura telah didiskriminasi. Selalyunya anak watan dan negara sesuatu menyifatkan rakyat Sinapura sebagai penceroboh yang gemar merampas hak peribumi. Ini kerana rakayat Singapura mempunyai sikap materialisme dan tidak mahu kalah. Segala peluang perniagaan atau pekerjaan akan dimabil oleh rakyat Singapura. Disebabkan itulah, rakayat Singapura seringkali diugut dan adakalanya disingkirkan daripada masyarakat.
Selain daripada itu, rakyat Singapura terpaksa meningglkan orang yang tercinta di tananh air. Contohnya, askar-askar Singapura yang ditugaskan unutk menjaga keamaman di Timor-Leste terpaksa hidup berpisah dengan anak-anak mereka buat sementara waktu. Kehidupan mereka ditemani dengan rakan sekerjanya. Mereka hanya sekadar menulis surat atau menelefon anggota keluarganya.
Kesimpulannya, walaupun rakayat Singapura meraih banyak faedah ketika berada di luar negara, terdapat juga sebilangan rakayat yang menghadapi kesukaran. Yang menjadi isu utama ialah rakayat Singapura haruslah berpegang teguh kepada peribahasa Melayu yang berbunyi ‘di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung’. Faedah-faedah yang lontarkan tadi merupakan sebab utama mengapa ramai rakayat Singapura gemar bekerja di luar negara. Oleh itu, pihak pemerintah haruslah mengambil perhatian mengenai isu ini dengan sepenuhnya sebelum ramai lagi rakyat Singapura yang berbakat berhijrah ke tempat lain untuk memulakan hidup baru.
Muhammad Farid bin Mohd
Maktab Redah Pioneer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan