Khamis, 24 Jun 2010

Pelancaran buku “Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood”




Pada hari isnin, 9 Januari 2010, saya telah menghadiri sesi pelancaran buku mengenai pengalaman hidup di sebuah rumah yang terletak di kiri pintu masuk Taman Warisan Melayu yang dahulunya dikenali sebagai Istana Kampung Glam. Saudari Hidayah Amin telah mengambil masa 5 tahun untuk mengkaji latarbelakang sejarah rumah dan familinya yang telah menetap di North Bridge Road sejak tahun 1912. Gedung Kuning yang menjadi tempat perlindungan kepada keluarga Encik Haji Yusoff ‘Tali Pinggang’ telah diiktirafkan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah di Singapura. Encik Haji Yusoff “tali Pinggang” merupakan seorang usahwan Melayu keturunan Jawa. Bapanya Haji Mohamed Noor bin Haji Ali dilahirkan di Solo. Beliau tertarik dengan peluang berniaga di Singapura ketika dia singgah ke pulau itu dari perjalanannya pulang dari menunaikan haji di Mekah sebelum tiba di Solo.

Hidayah Amin, 37 tahun, merupakan salah seorang cicit kepada Haji Yusoff. Dia tertarik untuk menulis sebuah buku mengenai sejarah famili apabila pemerintah telah mengambil alih Gedung Kuning menerusi Akta Pengambilan Tanah pada bulan Ogos 1999. Ibunya, Cik Asia, menggalakkannya untuk menulis buku mengenai sejarah Gedung Kuning supaya sekurang-kurangnya sejarah bangunan ini dapat diabadikan sebagai sebuah warisan Melayu. Buku “Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood” akan menjadi bahan rujukan untuk menyingkap sejarah warisan bangsa di Singapura.

Kumpulan Angklung daripada Sekolah Perempuan Raffles membawa lagu Bengawan Solo. Solo merupakan tempat kelahiran asal Haji Muhammad Noor bin Haji Ali.

Saudari Hidayah Amin sedang menceritakan pengalamannya menulis bukunya.


Assoc Prof Barnard, seorang pensyarah daripada Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Signapura sedang memberi sedikit latarbelakang mengenai sejarah penempatan orang Melayu dan Islam di kawasan yang kini dikenali sebagai Kampung Glam.



Pemuda ini merupakan keturunan keenam Sultan Hussein. Dia sedang menunjukkan gambar Istana Kampung Glam sebelum Singapura mencapai kemerdekaan.


Nuradee menyanyi lagu “Tekad” dan “Gedungku”, ciptaan Saudari Hidayah Amin. Lirik lagu boleh didapati di dalam buku Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood.

Gedungku

Kuning warna tergergam indah

Diapagar, dijaga si helang batu

Dulu dibina untuk Bendahara

Didiami oleh keluarga diraja


Gedung Kuning nama diberi

Terletak di sisi istana Melayu

Kampong Glam, Dalam dan Kaji

Tempat berdagang orang dahulu


Haji Yusoff peniaga berjaya

Gedung Kuning menjadi miliknya

Anak Singapura keturunan Jawa

Berwawasan dan berhati mulia


Gedungku anggun warisan bangsa

Lambang Melayu kemajuan nusa

Generasiku kan tahu budaya mereka

Takkan Melayu hilang di dunia



Saya berkesempatan untuk bergambar dengan saudari Hidayah Amin di akhir sesi pelancaran buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan