Isnin, 7 Jun 2010

Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang berdisiplin. Bincangkan.

Menurut Winston Churchill, ‘seorang pesimistik selalu mencari masalah dalam sesuatu peluang tetapi seorang optimistik selalu mencari peluang dalam sesuatu masalah’. Kata-kata pujangga ini yang dilafazkan oleh bekas Perdana Menteri Britain menyokong bahawa faktor kejayaan ditentukan oleh individu. Seorang pelajar yang berdisiplin boleh didefinasikan sebagai seorang penyelidik ilmu yang mempunyai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dia boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Tatatertib dalam konteks ini tertumpu kepada soal penggunaan masa memandangkan masalah kesempitan masa seringkali menjadi maslah yang boleh menggugat prestasi seorang pelajar.


Sememangnya, terdapat juga faktor-faktor sampingan seperti taraf sosio-ekonomi keluarga, pengarah rakan sebaya dan media massa juga mempengaruhi prestasi para pelajar tetapi faktor individulah yang menjadi faktor prima dalam menentukan nasib masa depannya. Bak kata pepatah Melayu, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakah hendak dapat sagunya’. Jika individu itu tidak berusaha dengan gigih manakah dapat hasilnya.


Seseorang pelajar boleh dikatakan seorang yang berjaya jika segala usaha yang dia lakukan mendapat hasil yang memuaskan termasuklah cita-citanya yang tercapai dan masalah dalaman dan luaran dapat dikurangi. Ini bukan sahaja tertumpu kepada pencapai pendidikan tetapi juga dapat mengimbangi masa belajar dengan kegiatan korikulum, beribadah, sosial dan keluarga.


Berhubung dengan faktor individu, pelajar yang berdisplin dikurniakan kebolehan untuk menggunakan masa dengan berkesan. Dengan kebolehan ini, para pelajar dapat menjalankan programnya dengan licin dan teliti. Pelajar yang berdisiplin juga mempunyai kemahiran untuk membezakan di antara aktiviti yang penting dan aktiviti yang remeh. Dengan adanya ciri-ciri ini, para pelajar berada dalam keadaan yang selesa untuk mengharungi cabaran di masa akan datang umpamanya dalam pendidikan.


Selanjutnya, para pelajar yang berdisplin juga mempunayai semangat perjuangan yang kental. Ini membuat para pelajar lebih bersikap tegas dalam membuat satu pendirian. Mereka lebih berani memgambil risiko dan menganggap tekanan itu perkara yang tidak boleh dijadikan alasan untuk mundur dalam pendidikan. Oleh itu, para pelajar yang berdisiplin senantiasa mempamerkan kelakonan dalam pelajaran yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan pelajar yang kurang disiplin. Ini kerana pelajar yang berdisplin ini diberi semacam kuasa psikologi yang tiada batasan untuk mengharungi cabaran dan anggapan kegagalan sebagai satu penghinaan tidak lagi menghantui fikiran para pelajar. Seperti apa saintis, Thomas Edison berkata ‘saya pasti akan berjaya kerana saya telah kehabisan benda-benda yang tidak menjadi’.


Selain daripada itu, pelajar yang berdisplin juga memiliki kematangan untuk membahagikan masa dengan baik. Dengan adanya kematangan ini, para pelajar yang disiplin ini dapat mengurangkan tekanan. Ini kerana pelajar itu dapat mengimbangi waktu belajar dengan masa untuk bermesra dengan keluarga, rakan-rakan dan berehat. Waktu berehat amat penting bagi pelajar. Pelajar yang mempunyai masa berehat dapat memberi fokus dengan baik semasa proses pembelanjaan. Ini kerana pelajar itu berada dalam keadaan yang lebih segar dan bertenaga dan ini membolehkan pelajar itu mudah menangkap apa yang diajar.


Meluangkan masa yang kualiti dengan keluarga dan rakan-rakan amat sukar laksanakan oleh para pelajar. Ini kerana ramai di antara pelajar tidak bijak menggunakan masa dengan baik. Walaupun demikian, masalah ini jarang mengganggu para pelajar yang disiplin. Para pelajar yang disiplin akan senantiasa cari akal supaya mereka dapat bermesra dengan keluarga. Ini kerana para pelajar berdisiplin ini tahu pentingnya sokongan keluarga. Oleh itu, mereka lebih serius untuk menjalin hubungan yang akrab an intim dengan ahli keluarganya.


Berhubung dengan soal pembahagian masa dengan efektif, seseorang pelajar berdisiplin itu dapat meluangkan masanya untuk menunaikan fardhu sembahyang. Akidah yang kuat juga memainkan peranan penting untuk seseorang pelajar itu lebih berani untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Ini bersembahyang ini mempunyai banyak hikmahnya. Salah satu daripada kelebihan sembahyang ialah ia membolehkan seseorang pelajar itu berasa tenang dan segar. Ditambah pula, sembahyang boleh dijadikan satu latihan disiplin untuk memperbaiki kegunaan masa. Dengan akidah yang kuat, pelajar disipin ini tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Ini disokong oleh Mahamat Gandhi, ‘untuk kebahagia hidup seseorang itu mestilah menolak godaan’.


Walaupun, terdapat faktor lain yang boleh mendorong para pelajar untuk berjaya, faktor individu juga yang menjadi punca dominan untuk menentu nasib seseorang pelajar. Salah satu sebab kenapa individu itu lemah dalam pendidikan ialah tahap sosio-ekonomi keluarga. Contohnya, pelajar yang mempunyai tahap sosio-ekonomi yang rendah akan senantiasa menghadapi kesempitan wang untuk bersekolah dan ini boleh menggugat prestasi para pelajar kerana masalah ini memberi tekanan yang berlebihan terhadap dirinya. Namun demikian, situasi itu boleh dikurangi jika pelajar itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Pelajar itu akan berusaha untuk mendapatkan wang untuk pembelanjaan sekolah seperti bekerja sambilan atau mengurangi belanja makan di sekolah. Jelas ini membuktikan bahawa inidividu masih menjadi faktor dominan mencapai sesuatu kejayaan. Tahap sosio-ekonomi keluarga yang rendah tidak boleh dijadikan penyebab seseorang pelajar itu mundur.


Seterusnya, salah satu faktor yang boleh menjejas prestasi pelajar ialah pengaruh media massa. Namum demikian, ini terpulang kepada individu untuk membuat pilihan. Para pelajar yang berdisiplin akan lebih peka untuk memilih rancangan-rancangan televisiyen yang sesuai untuk ditontoni. Objektif menonton rancangan televisyen juga rasional. Mereka menonton sesuatu televisyen itu sekadar untuk menimbah ilmu bukan untuk menambah keseronokan. Oleh itu, faktor disiplin juga merupakan faktor yang penting untuk mencapaikan sesuatu kejayaan.


Kesimpulannya, disiplin merupakan punca utama yang mempengaruhi masa depan seseorang pelajar. Disiplin bukanlah satu sifat yang semulajadi yang timbul di dalam diri seseorang insan. Latihan yang konsisten serta penerapan yang berkesan harus diamalkan untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ciri-ciri disiplin akan timbul jika seseorang pelajar itu pernah hidup dalam kesusahan, menghadapi banyak kegagalan dan pernah menerima hukuman yang berat. Tanpa disiplin, tamadun tidak mengubah hidup kita.

Muhammad Farid b Mohd

04A07

Maktab Rendah Pioneer

2 ulasan: