Isnin, 7 Jun 2010

Cabaran-cabaran yang dihadapi Singapura dalam era globalisasi. (PJCPre05)

Perkataan ‘globalisasi’ memang tidak asing lagi kepada rakyat Singapura. Globalisasi ditakrifan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Di dalam era globalisasi ini, rakyat Singapura sedang mengharungi pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial dan politik. Memandangkan negara ini kurang sumber barangan mentah, pemerintah haruslah mengubah struktur pemikiran rakyatnya supaya negara Singapura dapat bersaing dalam keadaan dunia yang tidak menentu.


Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh Singapura ialah pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu. Perkara ini berlaku apabila Singapura kehilangan daya asing dalam pasaran buruh. Negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia mampu menawarkan kos pembelanjanan buruh yang lebih rendah. Malah, ekonomi Singapura semakin tersepit ekoran kebangkitan China dan India. China, contohnya, telah mengambil beberapa langkah seperti mengubah nilai mata wang Yuan demi mempertingkatkan persainga global. Langkah-langkah ini sedikit sebayak memberi impak kepada ekonomi Singapura. Dengan ekonomi Singapura yang tidak menentu ini, ramai rakyat mungkin akan kehilangan mata pencarian mereka.


Cabaran seterusnya ialah merancakkan ekonomi negara. Singapura pada masa kini sudah menampakkan tanda-tanda bahawa Singapura sedang mengalami masalah penuaan rakyat. Golongan tua ini merangkumi sebahagian besar daripada tenaga buruh. Ramai di antara mereka terpaksa dibuang kerja. Perkara ini berlaku kerana ramai di antara mereka tidak mendatangkan produktiviti yang tinggi dan juga kurang kemahiran. Pada dua tahun yang lalu, pemerientah telah menaik kadar cukai barangan dan khidmat (GST) dari tiga peratus ke lima peratus. Malah, tambang pengangkutan awam juga meningkat. Langkah-langkah untuk merancakkan ekonmi ini juga memberi kesan kepada pengguna memandangkan ia meningkatkan kos kehidupan walaupun tujuan sebanar ialah untuk merancakkan ekonomi.


Selanjutnya, penularan budaya asing juga menjadi satu cabaran. Kini rakyat Singapura mudah terdedah dengan apa yang berlaku di seluruh dunia menerusi internet, suratkhabar dan sebagainya. Disebabkan itu, menurana buaday asing tidak dapat elakkan. Apa yang menjadi masalah ialah ada di antara budaya asing ini sukar diterima oleh sebilangan rakyat Singapura yang masih koservatif. Contohnya, pada tahun lalu rakyat Singapura telah digemparkan dengan perkahwinan sejenis di Amerika Syarikat. Malah, Belgium dan Belanda telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Oleh itu, cabaran rakyat Singapura ialah mereka haruslah berfikiran terbuka dan membuat keputusan yang waras dalam menerima dan menolak cara hidup orang asing. Jika tidak, rakyat Singapura sendiri akan kehilangkan identiti.


Di samping itu, Singapura juga mempuanai cabaran dalam memerangi keganasan. Baru-baru ini permerintah telah menyalurkan sebahagian daripada hasil pendapatannya dalam memerangi keganasan. Diketuai oleh Osama bin Laden, Al-Qaeda, bertekad untuk melumpuhkan kuasa imperial Amerika Syarikat. Negara-negara yang mempunayi kait rapat dengan Amerika Syarikat turut menjadi sasaran. Perkembangan di Mesir pada bulan Julai yang lalu menunjukkan bahawa tidak ada negara yang terkecuali daripada sasaran pengganas. Ini kerana kesan globalisaasi juga memberi peluang kepada pengganas untuk berkomunikasi rapat dalam usaha mengebangkankan sayap mereka. Kini pengganas bersifat transnasional. Rangkaian mereka amat berkembang pesat dan halus untuk dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, rakyat Singapura dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangkis serangan pengganas yang tidak menentu.


Selain daripada memerangi keganasan, penularan kuman dari luar negara juga menjadi agenda untuk Singapura. Dengan teknologi yang semakin canggih, masa perjalanan jauh boleh disingkatkan. Dengan mudahnya manusia berjalan jauh, penularan wabak juga mudah melarat. Pada tahun 2003, Singapura telah mengambil langkah-langkah tegas dalam memerangi wabak Sindrom Sesak Nafas mendadak (SARS) daripada merebak pantas di seluruh pulau Singapura. Baru-baru ini Penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD) sudah mula merebak di Singapura. Malah, virus 5N1 sudah pun merebak pantas di Indonesia, China, Korea dan Vietnam. Untuk mengelakkan Singapura dari diserang wabak maut ini, rakyat Singapura digalakkan mangamalkan gaya hidup sihat dan senantiasa mengambil langkah-langkah berwaspada apabila pergi keluar negara.


Sebagai penghuni dunia, Singapura juga tidak mampu berdiam diri apabila negara jiran ditimbah musibah. Pada hujung tahun 2004, Singapura telah memberi bantuan kepada Indonesia dalam menolong mangsa tsumani di Aceh. Baru-baru ini, Singapura telah menghantar pasukan bombanya ke Riau untuk memadam kebakaran hutan. Walaupun Singapura ada-kalanya mempunyai perselisihan faham dengan negara-negara jiran, ini tidak beerti Singapura haruslah bersikap bongkak terhadap negara jiran. Sebagai negara kecil, Singapura haruslah menghormati jiran tetangga dan menolong mereka jika meraka benar-benar berada dalam kesempitan.


Kesimpulannya, Singapura memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada ancaman dan penularan budaya asing daripada luar negara. Walau bagaimanpun, rakyat Singapura haruslah menari mengekut rentak global demi penakatan negara. Singapura tidak boleh bersikap ego dengan bertindak mengikut kehendak sendiri dalam urus niaga dan politik. Yang penting ialah Singapura harus menyesuaikan diri supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat dunia.

(719 perkataan)

54/70

Tiada ulasan:

Catat Ulasan