Selasa, 1 Jun 2010

Bahas Satu Normal Akademik “Kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja”


Pada tanggal 3 Mei 2008, saya telah diberi peluang untuk mengadakan pertandingan bahas untuk pelajar menengah satu Normal Akademik sebagai aktiviti posmenengah selepas menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Mauduk yang saya pilih untuk menjadi topik perbahasan ialah “kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja”.

Matlamat pertandingan bahas ini ialah menggalakkan pelajar berbahas dengan yakin. Ini sekaligus melatih mereka dalam ujian oral. Pada masa yang sama, pertandingan bahas ini dapat menggalak pelajar supaya berfikir. Dengan cabaran untuk menegakkan atau membangkang mauduk perbahasan, para pelajar akan dilatih supaya berfikir secara dalam dengan cara yang tidak langsung.


Setelah berbahas, saya melantik salah satu daripada pembahas untuk menulis sebuah karangan eksploitari dengan acuan yang diberi oleh saya.

Contoh karangan adalah berikut:

Kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja. Setujukah kamu dengan kenyataan ini?

Tangan kanan yang menghayunkan buaian itu dapat menggongcangkan dunia dengan tangan kirinya. Itulah daripada Perancis, Napoleon Bornaparte. Sejak kebelakangan ini, arus permodenan telah membentukkan sebuah generasi baru di mana kita boleh dapati bahawa ramai daripada kaum wanita yang keluar bekerja. Kita boleh lihat pada hamper setiap jurusan pekerjaan mempunyai pekerja wanita yang handal. Malah wanita sudah berani untuk menjadi presiden negara seperti Presiden Gloria Macapagal Arroyo daripada Filipina . Persoalannya sekarang, patutkah kaum wanita bekerja walaupun mereka mempunyai banyak tanggungjawab di rumah sebagai suri rumah?

Saya setuju dengan kenyataan bahawa kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja tetapi tidak sepenuhnya. Ini kerana dengan keluar bekerja, kaum wanita boleh membantu suami untuk menampung kos pembelanjaan keluarga. Lagipun, kaum wanita pada zaman sekarang juga layak dan berkebolehan untuk keluar bekerja. Namun begitu, kita tidak bleh menafikan bahawa kaum wanita juga mempunyai tanggungjawab di rumah untuk menjaga anak. Malah, dengan keluar bekerja, mereka boleh mempunyai masalah untuk meluangkan masa dengan keluarga. Oleh itu, saya akan bincangkan sebab-sebab mengapa kaum wanita tidak seharusnya bekerja diikuti dengan sebab-sebab mengapa kaum ia tidak salah bagi kaum wanita untuk keluar bekerja.

Pertama, kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja kerana mereka digalakkan duduk di rumah untuk menjaga anak. Dengan menjaga anak di rumah, sang suami tidak bimbang tentang keselamatan anaknya. Secara tradisional, kaum wanita kursusnya kaum ibu, telah diamanahkan oleh suami untuk mendidik anak di rumah sedangkan kaum bapa keluar bekerja mencari nafkah. Contohnya, anak-anak tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang tidak baik sekiranya ibu mereka memantau mereka dengan baik. Oleh itu, kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja kerana mereka digalakkan untuk menjaga anak.

Kedua, kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja kerana mereka mempunyai masalah untuk meluangkan masa dengan keluarga. Dengan masalah ini, keluarga itu akan terabai dan oleh itu, pertalian antara keluarga akan menjadi semakin renggang. Sang suami juga akan merasa bahawa isterinya tidak lagi memperdulikan hal ehwal keluarganya dan dia mungkin akan bimbang jika anak-anaknya akan terbiar. Oleh itu, kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja kerana mereka akan mempunyai masalah untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Selepas membincangkan sebab-sebab kenapa kaum wanita harus keluar bekerja, saya akan membincangkan mengapa wanita harus diberi peluang untuk keluar bekerja.

Pertama, kaum wanita seharusnya diberi pekuang untuk bekerja kerana mereka dapat membantu suami untuk menyara kos kehidupan yang meningkat tinggi. Dengan bantuan ini, beban kewangan yang dirasakan oleh suami boleh diringankan. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sang suami tidak akan berasa terlalu tertekan dengan masalah kewangan keluarga. Contohnya, keluarga itu boleh mampu untuk bercuti keluar negara untuk beriadah dan ini boleh mengeratkan pertalian keluarga. Oleh itu, kaum wanita harus keluar bekerja kerana mereka dapat membantu suami untuk menyara kos kehidupan yang meningkat tinggi.

Kedua, kaum wanita seharusnya diberi peluang untuk bekerja kerana mereka mempunyai kelayakan untuk berbakti kepada masyarakat. Dengan berbakti kepada masyarakat, negara kita boleh semakin maju kerana bukan sahaja kaum lelaki yang handal, malah kaum wanita juga boleh berdikari dan membantu membangunkan ekonomi negara. Masyarakat akan berasa gembira akan perkembangan ini kerana perkembangan yang bagus juga bermakna bahawa kualiti hidup akan meningkat. Oleh itu, kaum wanita harus keluar bekerja kerana mereka mempunyai kelayakan untuk berbakti kepada masyarakat.

Kesimpulannya, kaum wanita seharusnya diberi peluang untuk bekerja atas sebab-sebab yang munasabah. Dengan pembangunan ekonomi dan kos kehidupan yang semakin meningkat, ia adalah munasabah bagi kaum wanita untuk keluar bekerja supaya mereka dapat membantu keluarga untuk menampung kos pembelanjaan. Dengan bantuan kewangan yang diberi oleh si isteri, sang suami tidak akan berasa terlalu tertekan mengenai wang. Walaubagaimanapun, kaum wanita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri di rumah kerana keluarga juga penting. Keluarga juga memerlukan kaum wanita untuk menjaga hal-ehwal suami dan juga anak-anak. Oleh itu, saya setuju dengan kenyataan bahawa kaum wanita tidak seharusnya keluar bekerja tetapi tidak sepenuhnya.

Aernawaniz Bte Abu (1 Menengah 1 Ruby, 2008)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan