Khamis, 25 Ogos 2011

Nadirah


Pada tanggal 17 Ogos, saya telah ke sebuah pementasan 'Nadirah' di studio peti hitam NLB. Nadirah merupakan naib presiden Persatuan Islam di universitinya. Ibu bapa Nadirah sudah bercerai sejak dia berusia 8 tahun. Bapanya telah berkahwin dengan seorang Datin di Malaysia. Nadirah menghadapi dilema setelah ibunya mahu berkahwin dengan seorang yang beragama Kristian. Kawannya, Farouk, yang juga Presiden Persatuan Islam, menetang perkahwinan ibu kepada Nadirah dan Robert, lelaki beragama Kristian. Robert merupakan seorang doktor. Dia juga baru kematian isterinya yang beragama Kristian. Tanpa kehadiran Nadirah, ibu Nadirah telah pergi ke gereja dan sanggup membuka tudung kerana takut disalahanggap oleh masyarakat. Drama ini mengetengahkan isu mampukan ibu dan anak menyembah Tuhan yang berlainan tanpa perselisihan? Patutkah orang Islam berkahwin dengan seorang bukan Islam secara civik? Patutkah kita menukar agama semata-mata kita mencintai seseorang itu?

Drama Nadirah ini pernah memenangi Skrip original terbaik dan pembantu pelakon wanita terbaik.

Khamis, 11 Ogos 2011

Taman Warisan India Muslim di Chinatown

Keramat Nagore Dargah

Sebelum menjelang Ramadhan, saya sempat pergi ke satu tempat yang bersejarah. Tempat itu dinamakan keramat nagore Dargah. Keramat Nagore Dargah ini merupakan sebuah keramat yang diasaskan oleh masyarakat India Islam yang berhijrah ke Singapura atas urusan dagangan dan sebagainya. Keramat ini dibina pada tahun 1827 dengan tujuan untuk memperingati seorang wali yang bernama Shahul Hamid dari Nagore, India. Reka bentuk keramat ini juga sama seperti Keramat Nagore Dargah di India. Lokasi keramat ini pada asalnya terletak di tepi telok. Sebenarnya kawasan telok ayer ini merupakan sebuah teluk sebelum ia ditambak oleh penjajah Inggeris untuk memperluaskan kegunaan tanah di Singapura. Keramat ini juga terletak berhampiran dengan kuil Cina Thian Hock Keng. Sememangnya kedua-dua banguan beribadah ini dibina pada di tepi laut. Namun begitu, ramai orang tidak tahu sejarah di sebalik tempat yang bernama Telok Ayer.


Diwartakan sebagai bangunan warisan sejarah pada tahun 1974

Sejarah Telok Ayer

Keramat Nagore Dargah ini telah diiktirafkan sebagai sebuah monumen nasional pada tahun 1974. Bangunan ini telah dibaik pulih dan kini monumen ini telah dijadikan taman warisan India Islam pada tahun 2011. Pembukaan Taman warsian India Islam telah dirasmikan oleh Presiden Republic Singapura S. R Nathan. Tujuan taman warisan ini ialah untuk memperkenalkan dan mendidik orang awam mengenai sejarah masyarakat India Islam di Singapura. Pada masa yang sama, tujuan taman warisan ini juga mengiktirafkan masyarakat Indian Muslim sebagai sebahagian daripada warisan Negara yang memainkan peranan penting dalam membentuk sejarah Singapura. Tapak tanah kearmat ini merupakan tanah waqaf. Oleh itu, ubah elok keramat ini untuk dijadikan sebuah taman warisan telah dibiayai oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).


Banquet di dalam bangunan Nagore Dargah

Bangunan Keramat Nagore Dargah ini amat kecil dan mempunyai satu tingkat sahaja. Di dalam bangunan terdapat beberapa buah pameran. Pameran-pameran ini menceritakan mengenai sejarah sosial masyarakat Indian Islam yang datang daripada pelbagai tempat di benua Asia Selatan. Salah satu pameran yang ada di dalam bangunan itu ialah adat perkahwinan. Pameran-pameran ini ditulis dalam bahasa tamil dan Inggeris. Sekurang-kurangnya ada tujuh bahasa Asia Selatan: Hindi, Punjabi, Gujurati, Bengali, Malayam, Telegu dan Tamil. Bahasa Tamil digunakan kerana ia merupakan bahasa rasmi untuk masyarakat India di Singapura. Selain daripada pameran, di dalam bangunan ini juga mempunyai kedai makan BANQUET. Namun begitu, hanya makanan India sahaja yang disajikan. Keunikan kedai makan ini ialah meja-meja makanan telah dihiasi dengan butir-butiran mengenai sejarah makanan India di Singapura.



Buku sastera dalam bahasa Tamil

Mesin taip resep yang digunakan oleh peniaga India Muslim

Keramat Nagore Dargah ini merupakan simbol kemegahan masyarakat India Islam. Ini adalah kerana bangunan ini telah dibina oleh masyarakat India Islam pada zaman awal penjajahan Inggeris di Singapura. Ia merupakan bangunan yang bersejarah yang merakamkan pahit manis masyarakat India Islam diaspora di Singapura. Jika dibiarkan bangunan ini kosong dan usang, elok juga bangunan ini diberikan nafas baru dengan membina sebuah pusat atau taman warisan untuk orang India Islam. Ada bagusnya taman warisan ini dikhaskan untuk mempamerkan sejarah dan budaya orang India Islam walaupun pemerintah telah setuju untuk membina taman warisan India pada tahun 2013. Sekurang-kurangnya, masyarakat India Islam di Singapura boleh mempamerkan lebih banyak mengenai sejarah masyarakat India Islam di Singapura.


Gambar-gambar yang menghiasi ruang pameran


Pameran-pameran di dalam keramat Nagore Dargah ini relevan bagi sesiapa yang mengikuti kursus Pengajian Asia Selatan, Pengajian Asia Tenggara dan mungkin juga sesiapa yang mengikuti kursus pengajian Melayu. Ini adalah kerana taman warisan India Islam ini menunjukkan bagaimana sebuah kaum minoriti ini dalam terus hidup dan mempertahankan warisan mereka dan pada masa yang sama dapat berintegrasi dengan kaum lain. Seterusnya, taman warisan ini juga cuba memperbetulkan stereotaip pandangan umum mengenai masyarakat India Islam di Singapura. Contohnya, tidak semua orang India boleh bertutur dalam bahasa Tamil dan tidak semua orang India telah mengikut adat dan budaya Melayu. Namun begitu, apa yang tidak ditonjolkan di dalam pameran-pameran ini ialah hubungan orang Melayu, Arab dan India dalam menghidupkan perkembangan Islam di Singapura. Salah satu isu atau informasi yang tidak ditonjolkan dalam pameran ini ialah pemimpin-pemimpin politik semasa perang dunia kedua dan kesan perpisahan Pakistan daripada India terhadap masyarakat India Islam di Singapura. Pameran-pameran di Taman Warisan India Muslim ini masih boleh diperbaiki. Pengendali taman warisan ini boleh mempertimbangkan mengunakan kaedah interpretif, di mana pengunjung taman warisan itu dapat menghayati warisan sejarah dengan mendengar temuduga yang telah dirakamkan. Pada masa yang sama, setiap gambar yang terlekat di dinding harus diberi penjelasan. Pengurus taman warisan ini juga boleh memasarkan tempat itu kepada pelajar di sekolah.Namun begitu, pameran-pameran di dalam bangunan Nagore Dargah cukup menarik untuk kunjungan orang ramai dan cukup sesuai untuk penggemar sejarah warisan Singapura.

Rabu, 10 Ogos 2011

Satu Bumi oleh Isa Kamari


Novel ‘Satu bumi’ merupakan novel pertama Encik Isa Kamari. Buku ini telah pun diterbitkan dalam bahasa Cina dan Inggeris. Novel ini mengisahkan cerita seorang perempuan Cina yang telah dibesarkan oleh keluarga melayu dan kemudian menganut agama Islam. Nama perempuan itu ialah Tan Siew Mei atau Aminah. Menurut novel ini, Minah merupakan nenek kepada pencerita. Aminah telah berkahwin dengan Malik, anak saudara kepada bapa angkatnya, Pak Durhakim. Ketika Aminah telah berkahwin dengan Malik, Jati anak kepada Pak Durhakim telah melarikan diri kerana merajuk. Ah Sin merupakan abang kepada Aminah.

Semasa perang dunia kedua, Ah Sin dan Malik telah berkecimpung dalam gerakan Bintang Tiga dalam menentang penjajah Jepun. Walaupun, perang dua kedua telah berakhir, mereka masih lagi menetang pihak British dengan menggunakan kekerasan. Jati pula dikhabarkan bahawa dia telah gugur semasa dalam pentempuran bersama-sama dengan askar melayu diraja menentang askar Jepun di Bukit Candu.

Novel ini mengisahkan banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa zaman selepas perang dunia kedua. Salah satu isu yang diketengahkan oleh penulis novel ini ialah perpisahan di antara Singapura dan Tanah Melayu yang dahulunya merupan satu bumi atau mempunyai satu akar. Sebenarnya, saya telah mengenalpasti bahawa isu yang diketengahkan dalam novel ini juga ada berhubung kait dengan novel Rawa ayng telah ditulis oleh penulis yang sama. Kedua-dua novel cuba mengetengahan satu sejarah alternatif yang mendukung kenyataan bahawa sejarah Singapura seharusnya dilihat sebagai sebahagian daripada alam Melayu. Namun begitu, novel Satu Bumi ini juga meneroka sejarah Singapura dari sudut orang Melayu. Kenapa orang Melayu tidak berhijrah ke Malaysia semasa perpisahan dahulu? Dan bagaimana UMNO di Singapura mula hilang kewibawaannya dalam memperjuangkan orang penakatan orang Melayu di Singapura. Pada masa yang sama novel ini juga mengupas isu penyesuaian diri. Contohnya, Aminah telah bekerja sebagai Samsui di Sungai Singapura. Pada sangkaan, Roslan telah kembali kepada asalnya. Namun begitu, Aminah tetap beragama Islam. Dia masih berbual mesra dengan kawan sekerjanya dengan berbahasa Cina tetapi dia tidak memakan daging atas alasan kesihatan.

Namun begitu, novel ini berakhir dengan sebuah tragedi. Keluarga Aminah telah terbunuh dalam rusuhan kaum pada tanggal 21 Julai 1964. Buku ini bagus dibaca.