Pada hari isnin, 9 Januari 2010, saya telah menghadiri sesi pelancaran buku mengenai pengalaman hidup di sebuah rumah yang terletak di kiri pintu masuk Taman Warisan Melayu yang dahulunya dikenali sebagai Istana Kampung Glam. Saudari Hidayah Amin telah mengambil masa 5 tahun untuk mengkaji latarbelakang sejarah rumah dan familinya yang telah menetap di North Bridge Road sejak tahun 1912. Gedung Kuning yang menjadi tempat perlindungan kepada keluarga Encik Haji Yusoff ‘Tali Pinggang’ telah diiktirafkan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah di Singapura. Encik Haji Yusoff “tali Pinggang” merupakan seorang usahwan Melayu keturunan Jawa. Bapanya Haji Mohamed Noor bin Haji Ali dilahirkan di Solo. Beliau tertarik dengan peluang berniaga di Singapura ketika dia singgah ke pulau itu dari perjalanannya pulang dari menunaikan haji di Mekah sebelum tiba di Solo.
Hidayah Amin, 37 tahun, merupakan salah seorang cicit kepada Haji Yusoff. Dia tertarik untuk menulis sebuah buku mengenai sejarah famili apabila pemerintah telah mengambil alih Gedung Kuning menerusi Akta Pengambilan Tanah pada bulan Ogos 1999. Ibunya, Cik Asia, menggalakkannya untuk menulis buku mengenai sejarah Gedung Kuning supaya sekurang-kurangnya sejarah bangunan ini dapat diabadikan sebagai sebuah warisan Melayu. Buku “Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood” akan menjadi bahan rujukan untuk menyingkap sejarah warisan bangsa di Singapura.
Kumpulan Angklung daripada Sekolah Perempuan Raffles membawa lagu Bengawan Solo. Solo merupakan tempat kelahiran asal Haji Muhammad Noor bin Haji Ali.
Saudari Hidayah Amin sedang menceritakan pengalamannya menulis bukunya.
Assoc Prof Barnard, seorang pensyarah daripada Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Signapura sedang memberi sedikit latarbelakang mengenai sejarah penempatan orang Melayu dan Islam di kawasan yang kini dikenali sebagai Kampung Glam.
Pemuda ini merupakan keturunan keenam Sultan Hussein. Dia sedang menunjukkan gambar Istana Kampung Glam sebelum Singapura mencapai kemerdekaan.
Nuradee menyanyi lagu “Tekad” dan “Gedungku”, ciptaan Saudari Hidayah Amin. Lirik lagu boleh didapati di dalam buku Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood.
Gedungku
Kuning warna tergergam indah
Diapagar, dijaga si helang batu
Dulu dibina untuk Bendahara
Didiami oleh keluarga diraja
Gedung Kuning nama diberi
Terletak di sisi istana Melayu
Kampong Glam, Dalam dan Kaji
Tempat berdagang orang dahulu
Haji Yusoff peniaga berjaya
Gedung Kuning menjadi miliknya
Anak Singapura keturunan Jawa
Berwawasan dan berhati mulia
Gedungku anggun warisan bangsa
Lambang Melayu kemajuan nusa
Generasiku kan tahu budaya mereka
Takkan Melayu hilang di dunia
Saya berkesempatan untuk bergambar dengan saudari Hidayah Amin di akhir sesi pelancaran buku.
Awallah Dondang ini 2010 inimereupakan pementasan dwitahunan yang keempat semenjak tahun 2004. pada tahun ini pementasan ini membawa tema kisah percintaan di antara dua darjat yang ditentang hebat oleh ibu bapa mereka yang diakhiri dengan tragedi. Secara keseluruhannya, pementasan ini agak baik dan ia menunujukkan bahas banyak usaha dan persiapan telah dilakukan oleh jawatankuasa projek pementasan ini.
'Fajar Menyinsing' telah dijadikan judul pementasan ini. Tajuk ini cukup memberi makna yang tersirat yang harus dikupas oleh penonton dan pemerhati drama setempat. Apabila fajar sedang menyinsing langit yang cerah akan menjadi jingga dan akhirnya siang bertukar malam dan ini sekaligus melambangkan bahawa masa depan akan menjadi bertukar menjadi gelap. Konsep 'fajar menyinsing ' ini telah dikaitkan dan dilukiskan melalui babak-babak cemas di mana Imran telah dibunuh oleh abang kepada Aaliyah, kekasih Imran.
Dari segi lakonan, pementasan ini menunujukkan kematangan para pelakon. Bibik Jum yang dilakonkan oleh Nazerah bte Mohd Latif amat hidup sampaikan saya sangkakan watak Bibik Jum ini dilakonkan oleh amah Indonesia. Bahasanya tidak sedikit lari daripada loghat bahasa Indonesia. Pada keseluruahannya, pementasan ini telah berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku walaupun ada sedikit kejanggalan.
Dari segi latar, pementasan ini telah berjaya menggunakan tempat (space) dengan baik. Walaupunpun pentas itu amat kecil dan sempit, mereka dapat mereka pentas itu bersesuaian dengan latar tempat mereka berlakon. Di kiri dan kanan pentas itu statik. Di sebelah kanan pentas menghadap penonton merupakan rumah Aaliyah sekeluarga yang dihias cantik mencerminkan kekayaan keluarga itu. Di sebalah kiri pentas pula merupakan rumah Imran sekeluarga yang agak buruk menunjukkan status keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi yang rendah. Di tengah-tengah pentas pula dinamik. Reka bentuk pentas itu boleh diubah-ubah menjadi sebuah taman, pondok dan puncak gunung Ledang. Namun, lakonan pementasan ini tidak terbatas kepada pentas sahaja. pelakon juga mengunakan tangga di tempat penonton untuk berlakon mendaki gunung Ledang.
Namun begitu, cara mengakhiri cerita ini sungguh anti-klimak. Pengarah telah mematikan cerita ini dengan kematian pelakon utamanya dengan cara mendadak. Dalam cerita ini, Imran telah dibunuh oleh Aidil. Secara keseluruhannya jalan cerita agak kompleks penuh dengan kejutan, suspens dan konflik.
Pada keseluruhannya, pementasan ini baik dan menghiburkan.
Tsunami. Perkataan ‘tsunami’ berasal daripada Jepun. ‘Tsu’ bererti pelabuhan dan ‘nami’ bermaksud ombak atau gelombang. Di Jepun, perkataan ‘tsunami’ memang tidak asing lagi memandangkan negara itu pernah ditimpa tsunami apabila gempa bumi berlaku. Namun demikian, ia jarang berlaku di Asia Selatan. Gegaran 9.0 Skala Richter pada tanggal 26 Disember 2004 yang berlaku di Lautan India benar-benar meneinggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat dunia. Kesan tsunami bukan sahaja mengubah struktur pantai malah meragut ribuan jiwa yang berdosa dan tidak berdosa.
Tsunami merupakan kesan daripada gegaran atau gempa bumi di laut. Gegaran bumi tersebut di dasar laut yang dikenali sebagai pinggir lencongan. Gegaran ini mengakibatkan gelombang besar berlaku apabila pinggir lencongan plat bergerak terbenam. Kemudian gelombang ini akan bergerak laju hingga 800km sejam setinggi 50 sentimeter. Malangnya, apabila gelombang telah mendekati pantai, kelajuan gelombang merosot sehingga kira-kira 100km sejam tetapi paras ombak meningkat hingga boleh mencapai 30 meter. Ombak setinggi 30 meter inilah yang menyebabkan kemusnahan besar-besaran umpamanya di Acheh dan Sri Lanka.
Kemusnahan yang ditimpa oleh negara-negara boleh dianggap satu satu malapetaka yang amat digerunkan. Ada yang mengatakan bahawa tahap kemusnahan ini seperti apa yang telah berlaku ketika Perang Dunia Kedua. Baru-baru ini, Berita Harian telah mendedahkan gambar-gambar satelit DigitalGlobe yang menunjukkan persisiran pantai Banda Aceh yang rosak ditimpa gelombang. Sebahagiankawasan itu telah hilang ditelan gelombang. Rumah-rumah yang dahulu penghuninya menyara hidup dengan menagkan ikan kini terperangkap dalam lautan. Lebih tiga suku daripada penduduk bandar Aceh yang berada 50km daripada pantai dilaporkan hilang atau mati.Sistem komunikasi terjejas teruk. Keretaapi tidak dapat berfungsi. Bantuaan makanan tidak dapat disalurkan dengan mengunakan kenderaan darat.
Selain daripada kemusnahan dari segi fizikal, ekonomi juga turut terjejas. Di Thailand umpamanya, industri pelancongan terjejas dek tsunami. Segala infrastruktur di pulau peranginan rosak umpamanya hotel Phi Phi yang terletak di tepi pantai. Negara Thailand yang selama ini mendapat hasil mansul daripada industri pelancongan terpaksa mencari alternatif baru untuk terus merancakkan lagi ekonominya. Jelas ini menunjukkan bahawa kesan tsunami juga menjejas ekonomi sesebuah negara.
Malah kemusnahan ini juga dirasakan oleh rakyat Singapura. Ini disusuli dengan kelewatan kapal yang mengangkutkabing dari Austrilia untuk ibadah korban. Cuaca buruk dan masalah logistik, kapal yang sepatutnya mendarat seketika di Jakarta untuk mengisi minyak terkandas buat seketika kerana menyaluran minyak tersebut telah diarahkan kepada pembangunan Aceh. Disiebabkan itulah ibadah korban terpaksa ditangguhkan buat beberapa hari sehingga kambing tiba.
Kemusnahan-kemusnahan ini amat mengerunkan. Untuk perkara ini tidak diulang lagi, masyarakat duani telah sepakat untuk membina sistem kesan awal untuk mengesan gegaran bumi di lautan Hindi.. Sokongan pada masyarakat dunia terhadap langkah-langkah ini boleh dilihat apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah bercadang untuk memperuntukkan beberapa bilion dolar untuk membina infrakstruktur tersebut ketika sedang mengadakan mesyuarat kepuncak dyang diterajui oleh Singapura.
Selain daripada membina sistem pengesan awal, negara terjejas seperti Indonesia bolah membina tembak penghadang di keliling pantai untuk menahan ombak yang kuat. Sekurang-kurangnya tembok ini dapat mengekalkan sedikit sebanyak bentuk pantai. Di samping itu, sistem komunikasi haruslah diperlicinkan supaya isyarat kecemasan dapat disampaikan dengan baik. Dengan adanya langkah-langkah ini, jumlah kerosakan dan angka kematian boleh diturunkan jika berlakunya bencana tsunami.
Walaupun tsunami mendatangkan kemusnah yang berpanjangan, ia juga boleh mendatang kebaikan yang boleh dijadikan pengajaran. Pertama, kita dapat belajar cara untuk respon dengan baik dalam masa kecemasan. Contohnya, Singapura talah menawarkan dirinya untuk menjadi penyelaras untuk menyalur bantuan kepada Aceh daripada negara lain. Baru-baru ini, pemerintah kita bercadang untuk menyalurkan 50 juta dolar untuk membangunkan beberapa sekolah di Aceh. Daripada bencana tsunami, rakyat Singpaura dapat tahu bagaimana cara untuk merespon dengan rasional.
Kedua, bencana tsunami yang berlaku di negara jiran kita menyedarkan kita bahawa kita masih belum peka dan belum tahu mengenai ilmu alam. Ada ilmu alam yang kita tahu memeng tidak mencukupi. Oleh itu, ini mendorong para pengkaji tanah untuk mengkaji lebih lanjut mengenai punca tsunami berlaku. Dengan kajian ini, manusia akan bersikap lebih rasional untuk memperbaiki hidup manusia sejagat.
Kesimpulannya, sememangnya Singapura tidak terjejas dengan tsunami yang berlaku tahun lalu. Walaupun demikian, ini tidak bererti Singapura tidak akan ditimpa bencara pada masa akan datang. Kita harus bersyukur dengan lokasi kita yang dikelilingi oleh pulau Sumatra yang senantiasa ‘mempertahankan’ Singapura daripada kesan bencana. Oleh itu, Singapura haruslah mengambil bahsa untuk menolong negara yang selama ini menyelamatkan kita daripada bencana alam.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah perbahasa Melayu yang seringkali diungkap oleh neenek moyang kita. Namun demikian, peribahasa ini seakan-akan sudah diluput dek zaman. Semangat gotong-royong yang diamalkan oleh nenek moyang kita semakin berkurangan dan tidak bermaya. Apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat Melayu meningglkan amalan tradisi ini?
Sebelum menganalisa faktor-faktor yang mendorong masyarakat malayu Singapura kurang mengamalkan semangat gotong-royong, mari kita mentakrifkan perkataan ‘gotong-royong’. Gotong-royong boleh ditakrifkan sebagai perbuatan tolong-menolong dan kerja bersama-sama. Semangat gotong-royong ini merupakan aktiviti masyarakat yang tinggi nilainya. Individu yang masih mengamalkan aktiviti ini sanggup mengorbankan dirinya demi masyarakat. Walaupun aktiviti itu mulia dari segi nilai, semangat gotong-royong ini agak berkurangan di dalam masyarakat Melayu Singapura. Kenapa hal ini berlaku?
Salah satu faktor yang menyebabkan masayarakat melayu Singapura kurang mengamalakan gotaong-royong ialah kekurangan masa. Di Singapura. Fakto mas penting dalam kehidupan seharian.Ini kerana ramai masyarakat Singapura menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki.Masyarakat Melayu Singapura, walaupun hanya kaum minoriti, harus mengikut rentak rakyat Singapura bekerja. Jika masyarakat Melayu tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi.Ini kerana persaingan di Singapura amat sengit. Oleh kerana masyarakat Melayu Singapura mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan.Ini kerana kegiatan bergotong-royong ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kueh secara beramai-ramai.Membuat kueh raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak.Oleh itu, tidak ramai masyarakat Melayu Singapura mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa.Pada mereka, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.
Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika dahulu, masyarakat Melayu Singapura menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara bufet
Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat Melayu Singapura kurang mangamalkan semangat gotong-royong.Kini masyarakat Melayu dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat melayu untuk bergotong-royong.
Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotong-royong. Persepsi hidup generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Menerusi meritokrasi, generasi muda lebih angkuh dan locek. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan.Ini secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.
Akhir sekali, sistem perumahan di Singapura. Di Singapura, pemerintah telah mengadakan kuota pada setiap rumah flat. Oleh disebabkan itu, jumlah masyarakat melayu yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat Melalyu yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat..
Di Sngapura, penggunaan komputer di peringkat perseokolahan sangat digalakkan. Malah, pemerintah telah banyak membelanjakan wang agar setiap pelajar di Singapura diberi peluang untuk belajar dengan menggunakan komputer. Komputer boleh ditakrifkan sebagai alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisa dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Komputer telah banayak mengubah fikiran dan cara pembelanjaran pelajar Singapura. Dengan adanya komputer, para pelajar boleh melungsuri internet untuk mendapatkan informasi terkini. Walaupun demikian, tersapat juga manfaat boleh diraihkan pelajar Singapura dalam membantu proses pendidikan mereka.
Pertama, komputer merupakan jambatan uang menghubungkan para pelajar dengan internet. Internet telah dikenali sebai pemangkin utama dalam membantu para pelajar ketika menimba ilmu. Malah, ia juga dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apa yang yang membantu para pelajar dalam pendidikan ialah komputer dapatberkhidmat dengan pantas untuk mendapatkat maklumat. Mendapatkan matlumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menetukan kejayaan seseorang pelajar. Ini kerena pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapat markah terbaik.
Selain daripada itu, komputer juga berperanan dalam mempercepatkan proses pembelajaran. Dengan tercipta program pendidikan dalam bentuk cakera padat, para pelajar dapat dibantu dalam memahami sesuatu perkara yang sukar difahamkan. Cakera padat dapat yang berorientasikan pendidikan dicipata dengan tujuan membantu para pelajar dalam memperbaiki tahap pemahaman mereka mengenai topik-topik yang dipelajari di dalam kelas. Cakera padat ini hanya boleh digunakan menerusi komputer. Contohnya, baru-baru ini kementerian Pendidikan telah mengeluarkan cakera padat bertajuk ‘Little Rede Dot’. Cakera padat ini dicipta untuk mengajar pelajar Singapura mengenai bagaimana Singapura dapat mengekalkan daya saingnya di dalam era globalisasi yang penuh pancaroba. Menerusi program ini, para pelajar dapat manfaat daripada kegunaan komputer dari segi mempercepatkan proses pembelajaran.
Seterusnya, komputer juga boleh digunakan untuk membuat nota dengan lebih teratur dan ringkas. Setiap isi yang disalin ketika belajar di dalam kelas boleh ditaipkan semula dengan cepat. Kini, terdapat juga program komputer yang berbentuk peta minda. Menerusi komputer. Pembikinan nota menerusi komputer lebih teratur daripada membuat nota secara meneulis. Ini kerana setiap huruf yang ditaip telah dijaga menerusi program komputer dan ini membuat setiap baris yang ditaip nampak lurus dan teratur. Ini akan membantu para pelajar mudah untuk menelaah mata pelajarannya dengan berkesan.
Selanjutnya, komputer juga boleh membantu pelajar dalam membuat projek. Pelajar dapat menggunakan program yang terdapat di komputer untuk melukis grafik. Program komputer ini lazim digunakan di politeknik terutama sekali dalam bidang kejuruteraan. Dengan adanya program tersebut, para pelajar dapat menghasilkan satu rekaan yang bermutu tinggi. Selain daripa itu, para pelajar juga boleh mewarnakan gambar lukisan dengan baik. Contohnya, para pelajar yang mengambil subjek senidigital di peringkat persekolahan boleh menggunakan teknologi ini untuk mencantikkan seni lukis mereka. Oleh itu, komputer dapat membantu pelajar dalam pelajaran mereka.
Di samping itu, komputer juga berfungsi untuk menyimpan fail. Fungsi ini amat diperlukan oleh setipa pelajar. Ini keran para pelajar juga mengalami masalah untuk menyimpan nota mereka. Nota yang berbentuk cetak akan memakan tempat dan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam mencari nota mereka. Kadangk-kalanya, nota-nota mereka akan hilang kerana tidak dijaga denga baik. Menerusi komputer, masalah-masalah ini menugkin dapat diselesaikan. Pelajar boleh menyimpan fail-fail mereka dalam sekeping disket yang tipis. Pelajar juga boleh menbuat saliana fail itu dalam masa yang singkat. Mereka juga boleh merakamkan sauara atau pita video dalam cakaera padat padat dalam jangka maa yang panjang. Oleh itu, pelajar dapat manfaat daripada komputer dari segi penyimpanan fail.
Ditambah pula komputer berfungsi sebagai alat komunikasi bagi pelajar. Menerusi internet, para pelajar dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Mereka boleh berkongsi nota atau pengalaman menerusi warkah elektronik. Pelajar juga boleh berhubung dengan guru untuk menanyakan beberapa topik yang kurang faham. Dengan adanya internet ini, para pelajar dapat meluaskan rangkaian mereka dan bertukar-tukar idea.
Akhir sekali, komputer boleh dijadikan alat untuk berhibur. Dengan alat penghibur ini, pelajar dapat menghilangkan tekanan. Pelajar dapat mendengar lagu-lagu di internet ketika belajar.
Kesimpulannya, kegunaan komputer telah banayk memberi manfaat kepada pelajar. Walaupun kos pembelanjaan komputer amat tinggi, ini tidak boleh dijadikan alsan kenapa para pelajar tidak mahu menggunkan komputer. Di samping itu, ibu bapa yang mempunyai pandangan serong terhadpa komputer. Meraka bimbang anak-anak mereka menyalahgunaan komputer. Walaubagaimanpun, ibu bapa haruslah mengawasi anak-anak mereka supaya mereka mendapat manfaat yang baik.