Ahad, 4 Julai 2010

Pelestarian budaya dan sastera lisan Melayu: Perbandingan Bali dan Singapura

Pada tahun 2009, saya berkesempatan untuk mengikuti program penyerapan di Bali bersama-sama dengan Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Menengah Dunearn. Setibanya di Lapangan terbang Ngurah Rai (Denpasar), rombangan saya dibawa ke SMA Negeri 8. Rombongan kami disambut secara besar-besaran dan adat istiadat. Kemudian kami dihiburkan dengan tarian barungan yang berasal daripada hikayat Seri Rama. Pementasan pelajar-pelajar Bali sungguh memberangsangkan. Namun begitu, saya mula berfikir. Mengapakah pelajar-pelajar Melayu di Singapura tidak mempunyai minat dalam budaya mereka? Kelebihan pendidikan sastera di Bali ialah mereka bukan sahaja belajar kesantuanan bahasa, malah mereka juga belajar untuk diajar secara lisan dan ini termasuk nilai-nilai estetika. Di Singapura, pelajar yang mengambil sastera hanya dididik untuk mengupas sajak, pantun dan syair tetapi mereka tidak diuji dalam mendeklamasikan puisi-puisi tersebut.

Kami disambut oleh pelajar daripada SMA 8 Denpasar dengan penuh gah.

Tarian Barungan ini mengesahkan cerita epik dalam Hikayat Seri Rama di mana watak Hanuman itu merupakan seekor monyet. Tarian Barungan ini amat popular di Bali. Tarian ini diiringi dengan bunyi gendangan dari gamelan.

Sastera Lisan di Bali dan Singapura
Ramai di antara masyarakat kita masih mempunyai pemikiran bahasa pendidikan sastera klasik harus diuji secara teori sahaja dan kurang beri tekanan terhadap lisannya. Sebenarnya, penghayatan sastera klasik perlu ada nilai-nila estetikanya. Ini adalah kerana sastera klasik mempunyai tradisi oral.

Menurut Za'ba pantun yang baik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri:
1) Pantun mesti mempunyai pembanyang dan maksud
2) Pembayang mestilah berunsur alam
3) Imbangannya harus sama seperti jumlah suku kata dalam setiap baris haruslah sama
4) Rima pantun haruslah berlandas corak a, b, a, b dan ini termasuk rima tengah
5) Perlu ada je'da (berhenti seketika) ditengah-tengah baris

Contoh pantun yang baik:

Buah cempedak di luat pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Jika salah tolong tunjukkan

Bukan sahaja pantun ini mempunyai rima hujung iaitu ar, kan, ar, kan, pantun ini juga mempunyai rima tengah iaitu cempedak dan budak, galah dan salah. Berdasarkan teori memang pantun ini merupakan pantun yang baik. Namun kita harus juga ingat bahawa pantun mempunyai tradisi untuk dikarang secara sepontan. Contoh ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan. Apabila pantun ini dikarang secara sepontan, apa yang hendak dititik berat ialah bunyi dan sebutan.

Mungkin ramai di antara kita telah dididik cara untuk mengarang pantun dengan baik. Namun begitu, pantun-pantun ini digunakan atau dipraktikan kerana ia tidak diuji dalam peperiksaan oral. Mungkin pantun-pantun klasik diuji secara bertulis tetapi bukan ujian secara lisan. Ramai juga berpendapat bahawa pantun ini tidak ada gunanya lagi. Namun, kita lupa bahawa pantun ini sebenarnya sebahagian daripada budaya kita yang penuh dengan unsur estetika. Contohnya, pantun ini boleh digunakan dalam dondang sayang.


"Persatuan bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) menunjukkan contoh yang baik dalam melestarikan pantun melayu menerusi pertandingan berbalas pantun di antara institusi posmenengah. Namun, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita menganggap pantun dan nilai estetika sebagai dua perkara yang berbeza. Sebenarnya, pantun juga boleh digunakan di dalam dikir barat dan dondang sayang. Masyarakat di Bali pula menyatukan sastera klasiknya dengan nilai-nilai estetika. (Gambar dipetik semasa pertandingan Pesta Pantun 2009).
"

Nilai sejarah
Selain daripada nilai-nilai estetika, sastera klasik juga perlu mempunyai nilai-nilai sejarahnya dan mintos asal usulnya. Dengan adanya mintos ini, sesebuah bangsa itu akan merasa bangga dengan sastera dan bahasanya. Bali merupakan salah sebuah pulau di Indonesia yang mempunyai banyak mintos asal usul dan tempat-tempat ini telah dijadikan tempat pelancongan. Nanum begitu, masyarakat kita harus memahami situasi di Singapura. Singapura merupakan sebuah negara kecil. Banyak tempat-tempat sejarah di Singapura telah dimusnah ketika zaman pemerintah Britis demi untuk pembangunan di Singapura. Ketika Crawfurd menjadi Residen Signapura, banyak batu-batu bersurat telah dipecah dan batu-batu itu telah digunakan untuk membuat bangunan pemerintah di Ford Canning (Bukit Larangan). Namun masih ada lagi serpihan batu bersurat yang dipercayai dicampak oleh Badang. Sebenarnya, Singapura mempunyai banyak mintos asal-usul yang berpotensi dijadikan tempat pelancongan seperti di Bali. Namun, tidak banyak temapt-tempat ini masih wujud.

Menurut Hikayat Abdullah, tidak ada orang Melayu pun yang berani naik ke Bukit Larangan yang kini dikenali sebagai Ford Canning. Namun, di dalam hikayat itu juga, Abdullah telah memperlihatkan keberanian Tuan Farquhar yang naik ke atas bukit itu dan sekaligus mengarahkan tenteranya unutk melepaskan beberapa tembakan meriam. Perkara ini membuka minda orang Melayu dan sekaligus Bukit Larangan itu tidak lagi menjadi tempat suci lagi bagi orang-orang Melayu.

"Di Bali Tanah Lot ini merupakan salah satu tempat suci bagi orang Bali. Menurut mintos asal-usul, Niratha, dewa-dewa Hindu telah menetap di gua itu dan kemudian dijadikannya tempat berbala. Yang anehnya ialah Tanah Lot ini dapat mengeluarkan air tawar sedangkan kuil Hindu ini terletak di tengah-tengah laut. Apabila air pasang Tanah Lot ini akan menjadi pulau. Natijahnya, mintos asal-usul ini adakalanya sukar untuk mempercayai. Namun begitu, ia boleh membuat sesebuah bangsa itu berbangga dengan prasejarahnya. Ini adalah kerana mintos asal-usul ini akan membuat sejarah negara atau bangsa kita lebih tua. Di Singapura, walaupun ada mintos menyatakan ada sebuah kerajaan di bukit larangan, orang Melayu di Singapura masih lagi rasa ragu-ragu walaupun mintos ini telah membuat sejarah Singapura lebih lama yang boleh kita banggakan." (Gambar ini diambil ketika saya mengikuti program penyerapan pada tahun 2009)

Mempromosi warisan bangsa



Saya juga berkesempatan untuk melawat ke salah sebuah istana raja Bali. Pewaris istana ini merupakan seorang pemuda berusia 18 tahun. Menurutnya, sebahagian daripada istana ini telah diubahsuai untuk menjadi hotel. Gambar di atas merupakan sebahagian daripada istana yang telah menjadikan hotel.

"Apa yang membuat saya terfikir ialah mengapakah pewaris istana kampung Glam tidak mengambil langkah yang serupa seperti pewaris istana di Bali? Sebelum pemerintah Singapura menjadikan istana kampung Glam sebagai sebuah taman warisan Melayu, pewaris istana tersebut sepatutnya menjadikan tempat kediaman itu sebagai tempat penginapan. Sekurang-kurangnya dia dapat menggunakan wang sewa bilik itu sebagai wang pendapatannya. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang orang melayu di Singapura harus pelajari dalam mengekalkan warisan melayu di Singapura."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan