Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) merupakan satu-satunya persatuan pelajar di Universiti Kebangsaan Singapura yang memperjuangkan bahasa dan budaya. Namun begitu, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bangun jatuh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PBMUKS bergantung kepada sokongan masyarakat juga.
Empat projek raksasa - YEP: Ekspedisi OKI, Pentas Budaya, Pesta Pantun dan Perkampungan Bahasa dan Budaya dalam tahun 2010. Seperti papan blog sebelum ini, tujuan saya untuk menulis rencana ini ialah untuk mendidik. Oleh itu, saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai projek-projek melestarikan bahasa dan budaya Melayu yang dianjurkan oleh PBMUKS agar para pembaca dapat sedikit sebanyak dapat menimbah ilmu daripada projek-projek ini.
Pada masa yang sama, kita haruslah bersikap kritikal. Kita harus mengkaji projek-projek tersebut dari sudut perspektif yang berbeza agar kita dapat mengetahui faedah-faedah menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, mengenalpasti punca-punca mengapa masyarakat melayu tidak mahu menyertai aktiviti ini dan mencari akal untuk menarik lebih ramai lagi menyertai aktiviti-aktiviti pada masa yang akan datang.
PESTA PANTUN 2010
Sejarah ringkas
- Ditubuhkan oleh jawatankuasa PBMUKS bersama-sama dengan Encik Djamal Tukimin, Encik Suratman Markasan dan Encik Aliman Hassan.
- Institusi yang menjadi juara tiga kali berturut-turut akan membawa pulang piala pusingan Suratman Markasan
- Pertama kali diadakan pada tahun 1997 di mana Maktab Rendah Kebangsaan menjadi juara
- Pada tahun 1998, Politeknik Temasek merupakan politeknik pertama menjuarai pertandingan ini
- Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah merupakan madrasah pertama memenagi pertandingan ini pada tahun 1999
- Pada tahun 2009, ITE East (Kampus Bishan) merupakan Institiusi Pendidikan Teknikal pertama mewakili ITE
- Institusi-institusi yang pernah menang:
3 kali: Maktab Rendah Yishun (2006, 2007, 2010), Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (2005, 2008, 2009)
1 kali: Politeknik Temasek (1998), Politeknik Singapura (2004), Maktab Rendah Anderson (2002)
Faedah-faedah menyertai acara ini:
- Memupuk keyakinan diri untuk mengarang pantun secara sepontan
- Para pelajar dapat menggunakannya di dalam majlis pertunangan dan perkahwinan
- Mengenali kesantunan bahasa Melayu
- Mewarisi budaya dan sastera Melayu lisan
- Menubuhkan kelab dondang Sayang PBMUKS - kelab ini boleh membuat persembahan di aktiviti-aktiviti Melayu di NUS
- Bekerjasama dengan kelab dondang Sayang peranakan di Singapura dalam memperkayakan nilai estetika dan budaya
- Kerjasama dengan persatuan baba/peranakan boleh membuat acara Pesta Pantun ini lebih menarik
- Oleh itu, pertandingan ini bukan sahaja menilai pantun-pantun yang dikarang secara bertulis tetapi dinilai dari segi estetiknya
- Secara tradisi, Pesta Pantun ini berbentuk pertandingan yang serius. Namun dengan mengaitkan berbalas pantun menerusi persembahan dondang Sayang sebagai bahagian yang akan dinilaikan, pertandingan ini akan lebih menarik sekaligus melestarikan budaya Melayu
- Lelaman persatuan baba Singapura adalah seperti berikut: www.gunongsayang.org
PENTAS BUDAYA 2010
Sejarah ringkas
- Pertama kali, pentas budaya ditubuhkan pada tahun 2008 untuk memberi saluran kepada mahasiswa daripada NUS yang minat dalam pementasan untuk menunjukkan bakat mereka
- Pementasan pertama: Kusuma wangi, Pusat Kebudyaan Universiti (UCC), 13 April 2008
- Pementasan kedua: Qalbu, Teater Lee Foundation, 12 April 2009
- Pementasan ketiga: Kabus, Pusat Kebudayaan Universiti (UCC), 11 April 2010
- memupuk penggunaan bahasa Melayu
- memberi saluran kepada mahasiswa yang minat dalam bidang teater untuk memperbaiki bakat mereka
- melestarikan budaya dan teater Melayu
- memperkayakan tahap lakonan para pelajar dalam bahasa Melayu
- mempertimbangkan teater bangsawan, mungkin 2 tahun atau 3 tahun sekali
- menarik kumpulan tarian untuk menyertai lakonan supaya ruang teater dapat dimaksimumkan.
PERKAMPUNGAN BAHASA DAN BUDAYA 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan