"Perasmian Bulan Bahasa pada 25 Jun 2010 tidak akan berjaya tanpa semangat gotong-royong yang ada pada masyarakat kita."
Semangat gotong-royong telah lama diterapkan ke dalam jiwa masyarakat Melayu. Malah semangat bergotong-royong ini sudah menjadi satu nilai yang boleh dibanggakan sehingga hari ini. Namun begitu, benarkan semangat bergotong-royong ini semakin pudar?
Pada pendapat saya, semangat bergotong-royong ini i masih lagi kekal dalam masyarakat walaupun rakyant Singapura telah lama tinggal di rumah flat. Sebenarnya semangat bergotong-royong ini seharusnya dipupuk semanjak kecil lagi terutama sekali pada masa muda. salah satu contoh kuat yang boleh kita dapat ialah nilai bergotong-royong yang masih ada dalam masyarakat ketika membuat persiapan perasmian Bulan Bahasa. Berterus terang, bergotong-royong adalah salah satu nilai yang amat tinggi. Bergotong-royong ini memerlukan semangat sukarela tanpa dibayar atau dipaksa. Namun, kita tidak boleh terus leka dengan budaya ini. Jika kita leka, budaya bergotong-royong ini akan pudar.
Namun, daripada pengalaman saya menjalani perkhidmatan negara, saya masih mendapati bahawa nilai-nilai dalam tentera ini sangat berlandaskan semangat bergotong-royong. Ini adalah kerana askar-askar selalunya dipupuk untuk berjuang sebagai kumpulan. Dengan secara tidak langsung, nilai-nilai bergotong-royong ini akan dipupuk ke dalam diri seorang askar.
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) merupakan satu-satunya persatuan pelajar di Universiti Kebangsaan Singapura yang memperjuangkan bahasa dan budaya. Namun begitu, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bangun jatuh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PBMUKS bergantung kepada sokongan masyarakat juga.
Empat projek raksasa - YEP: Ekspedisi OKI, Pentas Budaya, Pesta Pantun dan Perkampungan Bahasa dan Budaya dalam tahun 2010. Seperti papan blog sebelum ini, tujuan saya untuk menulis rencana ini ialah untuk mendidik. Oleh itu, saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai projek-projek melestarikan bahasa dan budaya Melayu yang dianjurkan oleh PBMUKS agar para pembaca dapat sedikit sebanyak dapat menimbah ilmu daripada projek-projek ini.
Pada masa yang sama, kita haruslah bersikap kritikal. Kita harus mengkaji projek-projek tersebut dari sudut perspektif yang berbeza agar kita dapat mengetahui faedah-faedah menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, mengenalpasti punca-punca mengapa masyarakat melayu tidak mahu menyertai aktiviti ini dan mencari akal untuk menarik lebih ramai lagi menyertai aktiviti-aktiviti pada masa yang akan datang.
PESTA PANTUN 2010
Sejarah ringkas
Ditubuhkan oleh jawatankuasa PBMUKS bersama-sama dengan Encik Djamal Tukimin, Encik Suratman Markasan dan Encik Aliman Hassan.
Institusi yang menjadi juara tiga kali berturut-turut akan membawa pulang piala pusingan Suratman Markasan
Pertama kali diadakan pada tahun 1997 di mana Maktab Rendah Kebangsaan menjadi juara
Pada tahun 1998, Politeknik Temasek merupakan politeknik pertama menjuarai pertandingan ini
Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah merupakan madrasah pertama memenagi pertandingan ini pada tahun 1999
Pada tahun 2009, ITE East (Kampus Bishan) merupakan Institiusi Pendidikan Teknikal pertama mewakili ITE
Institusi-institusi yang pernah menang:
4 kali: Maktab Rendah kebangsaan (1997, 2000, 2001, 2003)
3 kali: Maktab Rendah Yishun (2006, 2007, 2010), Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (2005, 2008, 2009)
1 kali: Politeknik Temasek (1998), Politeknik Singapura (2004), Maktab Rendah Anderson (2002)
Faedah-faedah menyertai acara ini:
Memupuk keyakinan diri untuk mengarang pantun secara sepontan
Para pelajar dapat menggunakannya di dalam majlis pertunangan dan perkahwinan
Mengenali kesantunan bahasa Melayu
Mewarisi budaya dan sastera Melayu lisan
Cadangan-cadangan untuk yang boleh dipertimbangkan agak acara ini lebih menarik:
Menubuhkan kelab dondang Sayang PBMUKS - kelab ini boleh membuat persembahan di aktiviti-aktiviti Melayu di NUS
Bekerjasama dengan kelab dondang Sayang peranakan di Singapura dalam memperkayakan nilai estetika dan budaya
Kerjasama dengan persatuan baba/peranakan boleh membuat acara Pesta Pantun ini lebih menarik
Oleh itu, pertandingan ini bukan sahaja menilai pantun-pantun yang dikarang secara bertulis tetapi dinilai dari segi estetiknya
Secara tradisi, Pesta Pantun ini berbentuk pertandingan yang serius. Namun dengan mengaitkan berbalas pantun menerusi persembahan dondang Sayang sebagai bahagian yang akan dinilaikan, pertandingan ini akan lebih menarik sekaligus melestarikan budaya Melayu
Lelaman persatuan baba Singapura adalah seperti berikut: www.gunongsayang.org
PENTAS BUDAYA 2010
Sejarah ringkas
Pertama kali, pentas budaya ditubuhkan pada tahun 2008 untuk memberi saluran kepada mahasiswa daripada NUS yang minat dalam pementasan untuk menunjukkan bakat mereka
Pementasan pertama: Kusuma wangi, Pusat Kebudyaan Universiti (UCC), 13 April 2008
Pementasan kedua: Qalbu, Teater Lee Foundation, 12 April 2009
Pementasan ketiga: Kabus, Pusat Kebudayaan Universiti (UCC), 11 April 2010
Faedah-faedah menyertai acara ini:
memupuk penggunaan bahasa Melayu
memberi saluran kepada mahasiswa yang minat dalam bidang teater untuk memperbaiki bakat mereka
melestarikan budaya dan teater Melayu
memperkayakan tahap lakonan para pelajar dalam bahasa Melayu
Cadangan-cadangan untuk yang boleh dipertimbangkan agak acara ini lebih menarik:
mempertimbangkan teater bangsawan, mungkin 2 tahun atau 3 tahun sekali
menarik kumpulan tarian untuk menyertai lakonan supaya ruang teater dapat dimaksimumkan.
Di dalam papan blog ini saya ingin membincangkan mengenai syair. Oleh itu saya akan membahagikan penulisan saya ini kepada tiga bahagian: Pertama, saya akan membincangkan apakah ciri-ciri syair yang baik. Kedua, mengapa syair tradisional harus dikekalkan dan didokumentasikan. Akhir sekali, bagaimana masyarakat dapat melestarikan syair. Penulisan saya pada kali ini mempunyai tujuan untuk mendidikan pembaca mengenai syair. Oleh itu, saya akan menerangkan perbincangan saya secara berformat dan tersusun tidak seperti penulisan saya sebelum ini yang lebih bercorak penulisan esei.
Saya juga masih dalam proses pembelajaran mengenai syair. Oleh itu, jika ada silap dan salah tolong tunjukkan.
1) Ciri-ciri syair yang baik Saya ingin menukil ciri-ciri syair yang baik daripada buku "Dalam berkekalan persahabatan: Surat-surat Raja Ali Haji kepada Von de Wall" yang diterjemahkan oleh pensyarah saya, Associate Professor Jan van der Putten dan Dr Al Azhar Ibrahim. Di dalam perhubungan surat-menyurat Raja Ali Haji dan Residen Holanda Von de Wall, Raja Ali haji telah memperjelaskan kepada Von de Wall mengenai ciri-ciri syair yang baik. Ciri-ciri syair telah dijelaskan oleh Raja Ali Haji seperti berikut:
Kesempurnaan syair Melayu ada tiga ciri: 1) cukup timbangannya
Syair Melayu ada empat misra', yakni empat keping tudung pintu diumpamakan orang
Maka tiap-tiap satu misra' empat ditimbang dengan empat kalimah yakni empat kata
Adapaun satu kata itu siku-siku disebut orang satu-satunya
Mafhumlah orang sama ada nama atau perbuatan atau huruf
Empat misra' itu jadi enam belas kata-kata
Contohnya:
Dengarkan tuan suatu rencana Dikarang fakir dagang yang hina Barangkali ada yang kuringa kena Tuan betulkan jadi sempurna
2) betul sajaknya
bermula adalah sajak itu huruf yang jatuh pada akhir tiap-tiap misra'
Contohnya:
Ayuhai saudaraku yang pilihan menuntut ilmu janganlah segan Jika tiada ilmu di badan seperti binatang di dalam hutan
3) tiada cacat dengan sebab berulang-ulang apalagi janggal
syair yang cacat atas tiga perkara: cacat pada sajaknya, cacat pada berulang-ulang yang bukan ta'kid dan tiada cacat kepada sajak, yaitu perkataan di dalam empat misra' itu berlainan mafhumnya jadi tiada berketahuan.
Contoh 1:
Dengarkan tuan suatu peri Di dalam laut hiu dan pari Mengenangkan untung nasibnya diri Mukanya manis berseri berseri
Contoh 2:
hai sahabatku yang berbudi lagi berakal janganlah kamu lalai dan jahat Hendaklah kamu berusaha serta rajin dengan tawakal ketika mudamu apalah patut bekerja mencari bekal
Jika hendak dibetulkan timbangannya serta mafhum maknanya, bersamaan juga maksudnya inilah misalnya:
Hai sahabatku yang berakal Janganlah kamu lalai dan nakal hendaklah kamu rajin tawakal Ketika mudamu mencari bekal
"Namun begitu, ciri-ciri syair ini merupakan analisis daripada teorinya. Syair masih ada tradisi oral. Syair merupakan salah satu bentuk puisi tradisional Melayu yang mempunyai tradisi oral. Kesannya lebih kepada mendengar daripada membaca. Oleh itu, syair bukan sahaja diuji dari cara mengarangnya tetapi bacaannya juga"
2) Mengapa syair tradisi harus dikekalkan dan didokumentasikan
Pelbagai sebab mengapa syair-syair lama harus didokumentasikan. Syair-syair lama ini dikarang oleh dengan tujuan berhibur, merakamkan detik-detik sejarah, agama, nasihat dan sebagainya. Salah satu syair yang saya telah mendeklamasikan ialah syair Radin Mas Ayu. pada ketika itu, saya ditugas untuk mempamerkan budaya dan sastera Melayu di Singapura ketika saya berdarmasiwata ke Sumatra Barat.
Pada malam hari kedua, mahasiswa-mahasiswa daripada kedua-dua universiti, Universiti kebangsaaan Singapura dan Universitas Andalas bertukar-tukar budaya. Pada malam itu saya telah menyanyikan syair Radin Mas Ayu. Saya telah memilih syair ini kerana syair ini mengesahkan hikayat Radin Emas yang berlaku di Singapura. Pada pendapat saya, syair ini boleh membuat orang Singapura lebih bangga kerana ia menunjukkan sejarah kerajaan temasek yang lebih lama. walaupun ada juga Syair Singapura terbakar dan Syair kampung Glam terbakar yang dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Namun begitu, syair-syair yang dikarang oleh Abdullah Munsyi ini dikarang dalam konteks moden. Jika kita meneliti syair-syair lama seperti syair Siti Zubaidah dan sebagainya, syair ini tidak jelas siapa pengarangnya. Natijahnya, apa yang hendak ditekankan oleh saya di sini ialah dokumentasi dan pengekalan syair-syair lama ini amat penting kerana ia merupakan warisan pusaka kita.
Inilah gambar saya apabila saya membaca syair. Ini merupakan bacaan syair saya yang pertama di depan khalayak ramai semasa dalam sesi pertukaran budaya dengan mahasiswa Universitas Andalas. Namun, sayangnya, saya tidak memakai sepatu yang sesuai. Berikut adalah sebahagian syair yang saya baca:
Tersebutlah kisah dahulu kala Kisah terjadi di Signapura Seorang wanita cantik parasnya Radin Mas Ayu diberi nama
Pangeran Adipati Agung ayahnya Dia adalah seorang duda Isteri terbunuh kerana bencana Rumah dibakar baginda murka
Kerana kecewa dengan abangnya membawa diri ke Singapura Radin Mas Ayu menurut serta Tinggal di Kampung Telok Belangah
3) bagaimana masyarakat dapat melestarikan bacaan syair
Pelestarian bacaan syair ini boleh diusahakan dari semua lapisan masyarakat:
Pertama, bukan sahaja menerapkan bacaan syair di dalam sukumatapelajaran, bacaan syair juga harus diuji dalam peperiksaan. (a) Jika bacaan syair ini diuji dalam peperiksaan, ramai anak-anak Melayu akan mengambil berat tentang syair ini (b) secara alternatif, para pelajar yang mengambil mata pelajaran sastera di sekolah-sekolah seharusnya diuji secara lisan mengenai puisi tradisional seperti bacaan syair dan mengarang pantun secara spontan
Kedua, melestari syair dengan cara sukarela bukan menerusi peperiksaan (a) persatuan-persatuan bahasa Melayu boleh mengadakan pertandingan mengarang dan membaca syair (b) bengkel untuk mengarang dan membaca syair akan diadakan untuk para peserta
Ketiga, mengarang syair untuk acara-acara khas (a) syair untuk acara-acara khas ini amat jarang dilakukan oleh badan-badan melayu di Singapura (b) Contoh klip video di bawah ini merupakan bacaan syair yang telah dikarang semasa ulang tahun yang ke seratus Kolej Melayu Kuala kangsar (MCKK). Syair ini menceritakan sejarah seratus tahun MCKK.
(c) Diharap juga persatuan-persatuan Melayu di Singapura menjadikan bacaan syair itu sebagai trend (d) trend haruslah dipupuk dari sekarang
"Contohnya, Persatuan Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (NUS MSS) boleh memulakan atau mangadakan bacaan syair sebagai acara selingan. Pengajur juga boleh mencipta syair khas untuk acara Deklamasi Sajak Kreatif (DSK) mengikut tema pada pertandingan tersebut." (Gambar ini diambil semasa DSK 2010)
"Usia Piala Pusingan Suratman Markasan ini sudah berusia hampir 14 tahun. Piala ini ditaja oleh Encik Suratman Markasan. Tahun depan adalah tahun ke 15 pertandingan berbalas pantun di antara institusi posmenengah atau dikenali sebagai Pesta Pantun akan diadakan. Piala ini sungguh berprestij. Alangkah baiknya jika ada orang yang sudi mengarang syair khas untuk acara tahun depan bagi memperingati ulang tahun Pesta Pantun yang kelimabelas. Pesta pantun merupakan acara tahunan PBMUKS"
(e) salah satu lagi contoh untuk melestarikan bacaan syair ini boleh dilihat melalui video klip seterusnya, di mana syair mengenai menunaikan haji turut dibaca sebagai upacara rasmi unutk menghantar jemaah haji dari Signapura untuk ke tanah suci Mekah:
Keempat, syair sebagai alat untuk mengulangkaji pelajaran. (a) Pelajar juga boleh mencipta syair untuk mengulangkaji pelajaran (b) Kaedah ini mungkin berkesan. Ini adalah kerana ini muda diingat kerana bentuk rimanya (c) Syair yang dicipta itu mudah dibaca, difahamkan dan sering rasa terhibur
Kesimpulan
Walaupun syair ini merupakan puisi Melayu tradisional, ia masih boleh kekal relevan hingga ke hari ini dengan menciptan pelbagai-bagai syair yang bersangkut paut dengan hal semasa asalkan format dan cara bacaan syair itu tetapi terpelihara. Namun, ilmu untuk mengarang syair itu tidak mencukupi tanpa belajar cara membacaannya. Saya juga masih dalam proses pembelajaran untuk belajar tentang syair. Masih banyak lagi ilmu mengenai syair yang saya belum pelajari. Saya berharap saya dapat diberi peluang untuk mempelajari lebih mendalam mengenai syair di masa hadapan.
Pada tahun 2009, saya berkesempatan untuk mengikuti program penyerapan di Bali bersama-sama dengan Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Menengah Dunearn. Setibanya di Lapangan terbang Ngurah Rai (Denpasar), rombangan saya dibawa ke SMA Negeri 8. Rombongan kami disambut secara besar-besaran dan adat istiadat. Kemudian kami dihiburkan dengan tarian barungan yang berasal daripada hikayat Seri Rama. Pementasan pelajar-pelajar Bali sungguh memberangsangkan. Namun begitu, saya mula berfikir. Mengapakah pelajar-pelajar Melayu di Singapura tidak mempunyai minat dalam budaya mereka? Kelebihan pendidikan sastera di Bali ialah mereka bukan sahaja belajar kesantuanan bahasa, malah mereka juga belajar untuk diajar secara lisan dan ini termasuk nilai-nilai estetika. Di Singapura, pelajar yang mengambil sastera hanya dididik untuk mengupas sajak, pantun dan syair tetapi mereka tidak diuji dalam mendeklamasikan puisi-puisi tersebut.
Kami disambut oleh pelajar daripada SMA 8 Denpasar dengan penuh gah.
Tarian Barungan ini mengesahkan cerita epik dalam Hikayat Seri Rama di mana watak Hanuman itu merupakan seekor monyet. Tarian Barungan ini amat popular di Bali. Tarian ini diiringi dengan bunyi gendangan dari gamelan.
Sastera Lisan di Bali dan Singapura
Ramai di antara masyarakat kita masih mempunyai pemikiran bahasa pendidikan sastera klasik harus diuji secara teori sahaja dan kurang beri tekanan terhadap lisannya. Sebenarnya, penghayatan sastera klasik perlu ada nilai-nila estetikanya. Ini adalah kerana sastera klasik mempunyai tradisi oral.
Menurut Za'ba pantun yang baik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri: 1) Pantun mesti mempunyai pembanyang dan maksud 2) Pembayang mestilah berunsur alam 3) Imbangannya harus sama seperti jumlah suku kata dalam setiap baris haruslah sama 4) Rima pantun haruslah berlandas corak a, b, a, b dan ini termasuk rima tengah 5) Perlu ada je'da (berhenti seketika) ditengah-tengah baris
Contoh pantun yang baik:
Buah cempedak di luat pagar Ambil galah tolong tunjukkan Saya budak baru belajar Jika salah tolong tunjukkan
Bukan sahaja pantun ini mempunyai rima hujung iaitu ar, kan, ar, kan, pantun ini juga mempunyai rima tengah iaitu cempedak dan budak, galah dan salah. Berdasarkan teori memang pantun ini merupakan pantun yang baik. Namun kita harus juga ingat bahawa pantun mempunyai tradisi untuk dikarang secara sepontan. Contoh ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan. Apabila pantun ini dikarang secara sepontan, apa yang hendak dititik berat ialah bunyi dan sebutan.
Mungkin ramai di antara kita telah dididik cara untuk mengarang pantun dengan baik. Namun begitu, pantun-pantun ini digunakan atau dipraktikan kerana ia tidak diuji dalam peperiksaan oral. Mungkin pantun-pantun klasik diuji secara bertulis tetapi bukan ujian secara lisan. Ramai juga berpendapat bahawa pantun ini tidak ada gunanya lagi. Namun, kita lupa bahawa pantun ini sebenarnya sebahagian daripada budaya kita yang penuh dengan unsur estetika. Contohnya, pantun ini boleh digunakan dalam dondang sayang.
"Persatuan bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) menunjukkan contoh yang baik dalam melestarikan pantun melayu menerusi pertandingan berbalas pantun di antara institusi posmenengah. Namun, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita menganggap pantun dan nilai estetika sebagai dua perkara yang berbeza. Sebenarnya, pantun juga boleh digunakan di dalam dikir barat dan dondang sayang. Masyarakat di Bali pula menyatukan sastera klasiknya dengan nilai-nilai estetika. (Gambar dipetik semasa pertandingan Pesta Pantun 2009)."
Nilai sejarah
Selain daripada nilai-nilai estetika, sastera klasik juga perlu mempunyai nilai-nilai sejarahnya dan mintos asal usulnya. Dengan adanya mintos ini, sesebuah bangsa itu akan merasa bangga dengan sastera dan bahasanya. Bali merupakan salah sebuah pulau di Indonesia yang mempunyai banyak mintos asal usul dan tempat-tempat ini telah dijadikan tempat pelancongan. Nanum begitu, masyarakat kita harus memahami situasi di Singapura. Singapura merupakan sebuah negara kecil. Banyak tempat-tempat sejarah di Singapura telah dimusnah ketika zaman pemerintah Britis demi untuk pembangunan di Singapura. Ketika Crawfurd menjadi Residen Signapura, banyak batu-batu bersurat telah dipecah dan batu-batu itu telah digunakan untuk membuat bangunan pemerintah di Ford Canning (Bukit Larangan). Namun masih ada lagi serpihan batu bersurat yang dipercayai dicampak oleh Badang. Sebenarnya, Singapura mempunyai banyak mintos asal-usul yang berpotensi dijadikan tempat pelancongan seperti di Bali. Namun, tidak banyak temapt-tempat ini masih wujud.
Menurut Hikayat Abdullah, tidak ada orang Melayu pun yang berani naik ke Bukit Larangan yang kini dikenali sebagai Ford Canning. Namun, di dalam hikayat itu juga, Abdullah telah memperlihatkan keberanian Tuan Farquhar yang naik ke atas bukit itu dan sekaligus mengarahkan tenteranya unutk melepaskan beberapa tembakan meriam. Perkara ini membuka minda orang Melayu dan sekaligus Bukit Larangan itu tidak lagi menjadi tempat suci lagi bagi orang-orang Melayu.
"Di Bali Tanah Lot ini merupakan salah satu tempat suci bagi orang Bali. Menurut mintos asal-usul, Niratha, dewa-dewa Hindu telah menetap di gua itu dan kemudian dijadikannya tempat berbala. Yang anehnya ialah Tanah Lot ini dapat mengeluarkan air tawar sedangkan kuil Hindu ini terletak di tengah-tengah laut. Apabila air pasang Tanah Lot ini akan menjadi pulau. Natijahnya, mintos asal-usul ini adakalanya sukar untuk mempercayai. Namun begitu, ia boleh membuat sesebuah bangsa itu berbangga dengan prasejarahnya. Ini adalah kerana mintos asal-usul ini akan membuat sejarah negara atau bangsa kita lebih tua. Di Singapura, walaupun ada mintos menyatakan ada sebuah kerajaan di bukit larangan, orang Melayu di Singapura masih lagi rasa ragu-ragu walaupun mintos ini telah membuat sejarah Singapura lebih lama yang boleh kita banggakan." (Gambar ini diambil ketika saya mengikuti program penyerapan pada tahun 2009)
Mempromosi warisan bangsa
Saya juga berkesempatan untuk melawat ke salah sebuah istana raja Bali. Pewaris istana ini merupakan seorang pemuda berusia 18 tahun. Menurutnya, sebahagian daripada istana ini telah diubahsuai untuk menjadi hotel. Gambar di atas merupakan sebahagian daripada istana yang telah menjadikan hotel.
"Apa yang membuat saya terfikir ialah mengapakah pewaris istana kampung Glam tidak mengambil langkah yang serupa seperti pewaris istana di Bali? Sebelum pemerintah Singapura menjadikan istana kampung Glam sebagai sebuah taman warisan Melayu, pewaris istana tersebut sepatutnya menjadikan tempat kediaman itu sebagai tempat penginapan. Sekurang-kurangnya dia dapat menggunakan wang sewa bilik itu sebagai wang pendapatannya. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang orang melayu di Singapura harus pelajari dalam mengekalkan warisan melayu di Singapura."
Pada bulan Jun yang lalu, Taman Warisan Melayu (TWM) telah menyambut ulang tahu yang kelima. Namun begitu, masa depan Taman Warisan Melayu ini telah menjadi tanda tanya sejak ia mula mendapat pembiayaan daripada Lembaga Warisan Negara (NHB). Ramai pemerhati mula bertanya adakah dasar-dasar jawatankuasa taman Warisan Melayu akan terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh NHB. Malah ada di kalangan orang Melayu berasa Taman Warisan Melayu ini akan menghadapi nasib yang dengan Kampung Melayu Geylang Serai. Namun, Encik Zainul Abidin Rasheed telah memberi jaminan bahawa Taman Warisan Melayu ini akan tetap menjadi hak milik orang Melayu. Mengapakah Taman Warisan Melayu menjadi malap dan tidak bermaya? Adakah Taman Warisan Melayu sudah lagi tidak relevan lagi? Ayuh kita menganalisakan faktor-faktornya
1)Hilangnya nilai-nilai sejarah
Anak muda zaman sekarang menganggap Taman Warisan Melayu (TWM) yang ada sekarang ini sebagai bangunan moden. Malah ada yang mula lupa bahawa TWM merupakan bangunan bersejarah. Sebelum Istana Kampung Glam ini dibaik pulih, banyak kerja-kerja menggalian diadakan di perkarangan istana itu dan pengkaji purba telah menemuni banyak khazanah lama. Salah satu daripadanya ialah senapang yang digunakan oleh regimen askar Melayu ketika perang dunia kedua. Malah, banyak sepihan-sepihan bingkai dan duit syiling lama dijumpai. Kemudian artefak ini dipamerkan di dalam museum. Namun, istana kampung Glam ini sebenarnya tidak pernah berfungsi. Kedaulatan “Sultan Singapura” sebenarnya bergantung kepada Raffles. Apabila Raffles sudah tidak ada lagi, “Sultan Singapura” tidak lagi berfungsi lagi. Malah, Britis tidak melantik “Sultan Singapura” yang baru apabila Sultan Hussein mangkat di Melaka. Oleh itu, apabila Istana Kampung Glam itu akan dijadikan muzium, ramai orang tidak ambil perhatian. Ini adalah kerana istana itu tidak lagi relevan.
Pemuda ini merupakan keturunan Sultan Hussein yang keenam. Beliau sedang menunujukkan gambar Istana Kampung Glam. Beliau mengatakan bahawa banyak aktiviti Melayu di Istana tersebut sebelum ia dijadikan Taman Warisan melayu pada tahun 2005 termasuk pertandingan sepak takraw. Namun ramai di antara masyarakat Melayu yang tidak tahu mengenai sejarah ini. Malah, beliau berasa marah dengan British yang didakwanya telah menghapuskan kerajaan Sultan Hussein secara baik dengan menukil beberapa ayat daripada buku "Prince of Pirates" ditulis oleh Professor Trocki dari University Teknologi Queenslands. (Gambar diambil semasa pelancaran buku "Gedung Kuning: Memories of Malay Childhood")
2)Kedaulatan Istana kampung Glam tidak diiktirafkan
Tuhfat Al-Nafis ditulis dengan tujuan untuk memperjelaskan kedudukan orang-orang Bugis dan sejarah kerajaan negeri Johor. Di dalam Tuhfat Al-Nafis, Tengku Hussein telah ditabalkan sebagai Sultan. Namun begitu, perincian mengenai kerajaan Sultan Hussein tidak begitu menonjol di dalam hikayat tersebut. Pergolakkan politik dan sejarah Kerajaan Johor Riau Lingga masih tertumpu di kepulauan Riau. Malah, kuasa politik masih lagi bearda di tampuk kepemimpinan keturunan Temenggong. Segala surat-menyurat rasmi di antara sanak saudara di Singapura diurus di Telok Blangah sehingga Temenggong Ibrahim yang mengganti ayahandanya berpindah tempat di Tanjong Putri (kini Johor Bahru) untuk membuat kerajaan Johor yang baru. Kedaulatan Sultan Hussin yang bertakhta di kampung Glam tidak diberi banyak tumpuan dalam Tuhfat Al-Nafis. Sebenarnya, kerajaan Sultan Hussein di Singapura telah mula terdedah dengan penulisan dan pencetakkan yang moden. Sultan Hussein tidak melantik sesiapa untuk merakamkan sejarah kerajaannya.
Di dalam Hikayat Abdullah Munsyi, kerajaan Sultan di Singapura digambarkan secara negatif. Menurut Hikayat Abdullah, Sultan Hussein seorang pemimpin yang lemah. Malah, kerajaan kepemimpin Sultan Hussein selalu dikutuk. Abdullah membuat kritikan terhadap nilai-nilai feudalisme apabila Sultan Hussein bersuara kepada Tuan Raffles bahawa duit yang diberikan kepadanya tidak mencukupi dan baginda tidak berkecimpung dalam perniagaan.Sebenarnya kerajaan Sultan Hussein tidak pernah diiktirafkan oleh mana-mana hikayat lama. Oleh itu, Istana kampung Glam di Singapura tidak ada kedaulatannya.
3)Memahami aktiviti Taman Warisan Melayu yang belih bersifat komersial
Walaupun Taman Warisan Melayu (TWM) merupakan sebuah institusi untuk mendidik orang awam, ia masih bersifat komersial. Pernahkah anda terfikir, mengapakah Muzium di TWM bersifat komersial jika dibandingkan dengan muzium-muzium yang lain? Ini adalah kerana TWM tidak mendapat sokongan yang penuh daripada Lembaga Warisan Negara (NHB) dari segi kewangan. Mengikut perangkaan, NHM akan memberi sokongan kewangan untuk tiga tahun pertama sahaja. Selapas itu, TWM harus mencara dana sendiri untuk menampong kos pembiayaan. Oleh itu aktiviti-aktiviti di TWM lebih kepada bersifat komersial sedangkan peranan yayasan ini sememangnya harus bertujuan untuk mendidik. Oleh kerana kos pembiayaan terlalu mahal, harga unutk menyewa dewan juga dikenekan bayaran yang tinggi. Ramai orang telah memberi pendapat bahawa TWM bersifat terlalu komersial jika dibandingkan dengan muzium yang lain seperti muzium negara, muzium kesenian dan muzium tamadun Asia. Malangnya, masih ramai juga orang melayu tidak faham bahawa TWM harus bersifat komersial untuk menampung kos pembiayaannya kerana TMW tidak mendapat mendapat sokongan yang penuh oleh NHB. Sangat diharapkan dengan sokongan dana daripada NHB, TWM tidak lagi bersifat komersial.
4)Sikap orang Melayu yang tidak menyokong Taman Warisan Melayu
Masyarakat orang Melayu di Singapura bukan masyarakat yang kaya. Namum, orang Melayu juga suka memilih. Harga sewa dewan di TWM juga agak tinggi. Bukan sahaja di TWM, restoran Tepak Sireh juga mengenakan bayaran yang mahal untuk makanan yang disediakan. Bukan niat saya untuk mengutuk restoran Tepak Sireh. Ramai di antara kita lebih suka memakan di restoran-restoran yang mewah tetapi mereka tidak suka memakan di restoran Tepak Sireh. Masyarakat Melayu menganggap bahawa makan di restoran Tepak Sireh terlalu mahal tetapi mereka sanggup makan di Seoul Garden. Padahal kos pemakanan di Seoul garden dan Tepak Sireh tidak jauh berbeza. Dewan di TWM juga mengalami nasib yang sama. Sewa dewan istana itu lebih kurang sama harga dengan dewan di kelab masyarakat.. Namun, mayarakat Melayu masih berpendapat bahawa sewa dewan di TWM agak mahal. Aktiviti-aktiviti di TMW juga kurang mendapat sokongan daripada masyarakat melayu. Malah, masih ramai lagi masyarakat kita yang masih tidak tahu bahawa TWM telah banyak menganjurkan aktiviti warisan melayu.
Kesimpulan
Ramai orang yang tidak tahu sejarah Kampung Glam. Malah, sejarah kampung Glam tidak pernah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Ini disebabkan gambaran yang negatif terhadap nialai-nilai feudalisme yang ditampilkan oleh Sultan Hussein melalui Hikayat Abdullah. Oleh kerana, perjanjian di antara Sultan Hussein dan Tuan Raffles dianggap mengaibkan menurut Hikayat Abdullah, ramai di antara masyarakat Melayu tidak mahu perkara ini diingatkan lagi. Malah, sejarah perjanjian ini seringkali dikutuk kerana ia menunjukkan kelemahan raja Melayu pada ketika itu. Ini sungguh berbeza dengan masyarakat di Riau. Pulau Penyengat menjadi kebanggaan orang Melayu yang tinggal di sana. Ini adalah kerana Pulau Penyengat telah dirakamkan sebagai sebuah tempat bersejarah yang boleh dibanggakan. Malah nilai-nilai sejerah di Pulau Penyengat masih kekal. Sehingga hari ini masih lagi orang Melayu yang melawat ke Pulau Penyengat untuk belajar bersyair dan berguridam. Ada juga yang datang ke sana untuk mengkaji khazanah-khazanah termasuk manuskrip yang belum dikaji atau diterjemahkan dalam tulisan rumi. Tetapi sayangnya, Istana Kampung Gelam tidak ada tradisi yang sebegini.
"Perbezaan di antara Pulau Penyengat dan Kampung Glam ialah nilai-nilai sejarahnya. Kampung Glam sudah hilang nilai-nilai sejarahnya tetapi Pulau Penyengat masih dapat mengekalnya. Namun Pulau Penyengat ada sejarah sasteranya seperti Tuhfat Al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji. Mungkin Kampung Glam juga ada sejarah sasteranya yang dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kader Munsyi menerusi Syair Kampung Glam terbakar dan syair Singapura terbakar. Namun begitu, penulisan Abdullah Munsyi agak berat sebelah dan senantiasa menggambarkan Sultan Hussein sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak boleh dibanggakan,"
Masyarakat Melayu sudah mengecapi pemodenan. Namun, ada di antara kita menganggap pemodenan ini sebagai penghalang utama dalam mengekalkan budaya Melayu. Ada juga yang berpendapat bahawa sukar bagi masyarakat Melayu untuk mengekalkan budaya Melayu di samping hidup dalam keadaan moden. Malah tanggapan popular dalam masyarakat kita ialah pemodenan bererti kebaratan. Adakah pemodenan ini bererti kita harus meninggalkan cara hidup lama? Menurut Syed Hussin Alatas di dalam bukunya “Modernization dan Social Change”, pemodenan ditaktifkan sebagai satu proses di mana ilmu saintifik moden mencakupi semua aspek dalam kehidupan manusia diperkenalkan berperingkat-peringkat, pertama, dalam tamadun barat dan kemudian diterapkan ke dunia bukan barat, menerusi cara yang berbeza dengan tujuan untuk mengecap kehidupan yang lebih memuaskan selagi diterima oleh masyarakat berkenaan. Sebelum kita membincangkan cara-cara untuk melestarikan, memperkembangkan dan mengekalkan budaya Melayu, elok juga kita memperbetulkan tanggapan yang kurang betul mengenai pemodenan dan budaya.
1) Pemodenan bukan bererti pembaratan
Ramai orang melayu berpendapat bahawa pemodenan akan membuat masyarakat Melayu semakan barat atau kurang melayu. Mereka tidak menganggap perubahan itu adalah sebahagian daripada evolusi. Contohnya, apabila kita memakan nasi lemak menggunakan sudu dan garpu, kita akan mengatakan bahawa kita tidak lagi mengikut adat orang Melayu. Mereka melihat cara memakan sudu dengan garpu sebagai satu budaya yang asing. Namun, apabila orang Melayu terutama sekali orang yang hidup dalam istana sudah mula menghasilkan manuskrip dengan menggunakan kertas, tidak ada satu orang pun yang telah mengatakan bahawa adat istiadat melayu sudah “kecinaan” sedangkan kertas dilahirkan dalam tamadun Cina semasa dinasti Han dan wang kertas dicipta dalam zaman dinasti Song (960-1279). Tamadun Cina telah lama merevolisi ekonomi dunia dengan ciptaan wang kertas. Namun, revolusi ini tidak pernah dipanggil “ketimuran” atau “kecinaan.”
Tanggapan moden sebagai pembaratan harus diperbetulkan. Memakan dengan sudu dan garpu tidak bererti kita sudah menjadi kebaratan (Gambar diambil semasa berada di Padang, Sumatra Barat).
2) Pemodenan sebagai alat perubahan budaya
Untuk memahami masyarakat Melayu dan budaya,kita harus melihat masyarakat dan budaya adalah proses peralihan daripada tradisional dan moden. Tradisional merupakan warisan budaya dan sosial yang diturunkan dari masa ke masa. Tanggapan orang ramai mengenai pemodenan sebagai satu budaya amat ketara. Memang benar sain dan teknologi tidak dapat tercipta tanpa menggunakan akal fikiran. Namun, pemodenan itu bukanlah satu budaya. Ia merupakan alat untuk mengubah budaya hidup masayarakat. Apabila kita membaca Ceretera Kapal Asap, Abdullah Munsyi berasa kagum dengan kapal-kapal yang datang daripada Eropah.Di dalam ceretera ini dia mengatakan “syahdan lagi adapun pekerjaan membuat kapal asap itu bukannya dengan kesaktiannya atau hantu syaitan atau polong atau penanggal atau pontianak atau barang-barang bagai kuasa yang ada di negeri Melayu, melainkan jikalau ada orang yang hendak belajar itu, dengan mudahnya juga boleh mendapat.” Apabila kita bandingkan kapal-kapal dari Eropah dan perahu-perahu yang direka oleh orang Melayu pada kurun kesembilanbelas, sudah tentu kapal-kapal dari Eropah ini lebih canggih dan perahu-perahu kecil dianggap mundur. Sebenarnya, pembuat-pembuat kapal oleh orang Melayu sudah menunjukkan kegunaan sains. Ini adalah kerana, pembuat-pembuat kapal dan perahu ini juga mempunyai corak dan rekaan tersendiri untuk membolehkan kapal-kapal ini dapat belayar mengikut arah tuju angin bertiup.
Nelayan di Bali masih menggunakan perahu kecil unutk menangkap ikan. Perahu kecil ini masih digunakan kerana masih berkesan (Gambar diambil di Bali).
3) Budaya boleh dibentuk
Menurut Alfred Schutz, konstruksi sosial merupakan satu kaedah di mana budaya sesebuah masyarakat dibentuk dan ditetapkan oleh manusia sendiri. Konstruksi budaya ini lebih bergantung kepada pemikiran orang yang berkuasa di dalam masyarakat pada ketika itu. Contohnya, pada zaman kesultanan Melaka, pemikiran orang melayu telah dijajah untuk taat setia tanpa berbelah bagi kepada rajanya. Ini adalah kerana raja mempunyai daulat. Peraturan dan adat istiadat orang Melayu ada tertera dalam Undang-undang melaka (dikaji dan di[erkenalkan oleh Liaw Yiok Fang). Sesiapa sahaja memakai pakaian berwarna kuning akan dihukum bunuh.Kini, sesiapa sahaja boelh memakai pakaian kuning. Kenapa dibolehkan memakai pakaian kuning pada hari ini? Ini adalah kerana undang-undang Melaka tidak lagi berfungsi lagi. Undang-undang sekarang tidak kira di Malaysia atau Singapura tidak melarang rakyatnya memakai. Ini merupakan salah satu contoh bagaimana budaya Melayu dibentuk oleh pemikiran orang yang berkuasa.
Jika Undang-undang Melaka masih digunakan lagi, sudah tentu orang yang memegang payung kuning itu akan dihukum bunuh. Namun, masa sudah berubah (Gambar diambil di Melaka, hari pernikahan anak saudara).
4) Perubahan minda tidak semestinya mendatangkan pemodenan
Namun, ini tidak bererti perubahan minda akan membuat budaya kita semakin moden. China misalnya, revolusi budaya atau Culture Revolution yang mendokong fahaman sosialis tidak membawa apa-apa kemajuan. Sistem sosialis yang menolak budaya ganjaran bagi setiap pekerjaan gagal untuk memupuk rakyatnya untuk bekerja dengan ikhlas untuk kesejahteraan masyarakat. Budaya feudalisme telah dihapuskan secara sistematik. Nilai-nilai Confucius yang dianggap menjejas fahaman komunis telah diharamkan. Akhirnya, ekonomi China semakin mundur dan rakyat hidup dalam kemiskinan hampir tiga dekad. Oleh kerana revolusi budaya inilah, ekonomi China semakin kebelakang. Negara seperti Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Singapura yang dikenali sebagai Asia Timur sudah menikmati kemakmuran berdasarkan mengamalkan nilai-nilai Asia (Asian values) yang berasaskan daripada fahaman Confucius. Akhirnya, Deng Xioping telah membuat keputusan untuk mengetepikan fahaman sosialis ini dan buka semula ekonomi China yang agak malap pada ketika itu. Kini, China sudah menampak kemajuan dari segi ekonomi. Namun, tidak salah bagai orang melayu mengamalkan nilai-nilai Confucius asalkan tidak menentang nilai-nilai Islam. Malah, nilai-nilai murni daripada fahaman Confucius ini adalah nilai universal. Mengikut nilai-nilai Confucius tidak bererti orang Melayu semakin kecinaan.
Kesimpulannya
Mempertingkatkan, memperkayakan dan mengekalkan budaya Melayu haruslah mempunyai tanggap yang betul mengenai pemodenan dan budaya. Jika kita tidak menganggap kemodenan sebagai sebahagian daripada evolusi budaya, sukar bagai masyarakat Melayu untuk menerima kemajian. Kapal-kapal berasap yang diceritakan oleh Abdullah Munsyi merupakan perubahan evolusi daripada kapal layar dan kapal enjin yang ada kini merupakan sebahagian daripada evolusi perkapalan. Jika masyarakat Melayu menganggap kapal berasap adalah hasil daripada budaya barat dan tidak mahu menerima teknologi dan kepakaran daripada mereka, orang Melayu akan ketinggalan. Ikutilah semangat orang Jepun yang berjaya menghasilkan pesawat perjuangnya Mitsubishi A5M atau dikenali sebagai gelaran pesawat “zero fighter” yang merupakan pesawat pejuang yang tercanggih dalam perang dunia kedua hasil daripada kepintaran jurutera Jepun yang juga belajar ilmu sains daripada barat.