Sesi ASTAKA pada tanggal 15 September 2012
membawa peserta ke ‘Kelantan.’ Sebagai sebuah program penerapan nilai manusiawi,
sesi ASTAKA pada kali ini memperkenalkan para peserta dengan sebuah persembahan
seni yang dinamakan dikir barat. Acara dikir barat ini telah dipersembahkan
oleh kumpulan Jumantan dari Sekolah Menengah Jurongville. Dengan mengadakan
sebuah sesi yang bercorak interaktif, persembahan dan penjelasan daripada
beberapa pelajar daripada Sekolah Menengah Jurongville telah sedikit sebanyak
mengubah persepsi masyarakat umum mengenai dikir barat. Dikir barat seringkali
dikaitkan dengan budaya lepak yang kumpulannya dianggotai oleh remaja yang
dipercayai bermasalah. Seni ASTAKA kali ini memberi peluang kepada peserta CITA
untuk mengenali dikir barat dengan lebih mendalam.
Dikir barat sebenarnya berasal dari
Kelantan. Perkataan ‘dikir’ ini sebutannya seakan-akan perkataan ‘zikir’.
Perihal berzikir ini ada kaitan dengan amalan keagamaan. Secara tradisional,
dikir barat ini dilakukan untuk memuja dewa-dewa selepas musim penuaian.
Setelah kedatangan Islam, persembahan dikir barat hanya dilakukan untuk
hiburan. ‘Barat’ merupakan negeri Siam berdasarkan pandangan daripada Kelantan.
Kumpulan dikir barat terdiri daripada Tok Juara, Tukang Karut, awok-awok dan
kumpulan paluan. Alat muzik tradisional terdiri daripada ibu rebana, rebana
anak, canang, gong dan marakas. Rentak irama ibu rebana pula mempunyai lima
jenis. Rentak-rentak itu adalah mambo, jinjeng, joget, dangdut dan wau bulan.
Walaupun persembahan dikir barat ini dilakukan secara santai, gaya penyampaian
oleh tukang karut dan tok juara memerlukan ketangkasan dalam mencerna idea-idea
baru. Mesej yang mahu disampaikan oleh Tok Juara mengandugi perbincangan
intelektual. Setiap puisi yang dikarang oleh Tok Juara harus mempunyai rima
yang betul. Persembahan dikir barat ini perlukan tahap disiplin yang tinggi.
Setiap gerak-geri awok-awok harus dilakukan dengan rentak yang seragam. Di
akhir sesi ASTAKA, kesemua peserta belajar cara-cara untuk mengadakan
persembahan dikir barat.
Di
dalam sesi KOMENTARI, Puan Nuraini Ismail pula membentangkan makalah berjudul
“Kajian Mendalam Mengenai Drama Teater Kontemporari: Pandangan dan perspektif.”
Puan Nuraini mengupas persoalan dan tema yang dikedepankan oleh para penggiat
teater tempatan pada masa kini. Isu atau persoalan yang disampaikan oleh
penggiat teater termasuk isu etnik sosial, perkhawinan berlainan agama dan
identiti budaya. Penggiat teater yang turut dibincangkan dalam makalahnya ialah
Alin Mosbit, Zizi Azah an Alfian Saat. Memandangkan masyarakat Melayu Singapura
semakin dekat dengan pemodenan, perspektif dan pandangan dalam minda penggiat
teater juga semakin matang dan berani. Ramai di antara mereka berani mengupas
isu-isu yang dahulu dianggap tabu. Perkara ini juga bergantung kepada perubahan
perspektif penonton.
Di
dalam sesi BICHARA, Encik Suradi Sipan telah membentangkan makalah mengenai
sejarah evolusi sastera Melaya dan kedudukan sastera Melayu sebagai waah
pendidikan menerusi karya sastera yang telah dihasilkan semasa zaman kolonial
sehingga ke zaman ini. Diharapkan juga dalam pembicaraan ini, pemakalah dapat
meneliti cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dunia persuratan Melayu pada masa
akan datang. Encik Suradi Sipan merupakan seorang guru yang telah mengajar
lebih daripada 40 tahun. Beliau juga
merupakan seorang anggota APAD bersama-sama pelukis S. Mohdir. Beliau juga
telah menjadi editor Majalah Singa dibawa naung Kementerian Budaya. Program
CITA: Sastera dan Seni akan sampai penghujungnya pada tanggal 13 November 2012
di Chamber, The Arts House. Sesi
ketujuh ini adalah sesi terakhir untuk sesi bulanan CITA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan