Pada malam itu, aku seorang diri di rumah. Ibu bapa dan adik-beradik ku tiada di rumah. Mereka ke Seremban untuk menghadiri majilis perkahwinan sepupuku. Aku memberitahu mereka bahawa aku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan itu. Aku harus menyiapkan tesis yang mesti disiapkan pada hujung bulan ini. Aku sedang menulis tesis mengenai hak wanita dalam Islam. Kajian aku mengenai hak wanita ini telah membuat aku menghayati surah An-Nisa dengan lebih mendalam. Tanpa aku sedari, hari demi hari aku mula terkesan dengan Surah An-Nisa. Aku mula sedar bahawa menjadi seorang lelaki bukanlah mudah seperti mana yang aku fikirkan. Tiba-tiba, lagu “11 Januari” dari kumpulan Gigi, berkumandang dari corong radio:
“Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu”
Aku mendengar dengan teliti lirik lagu ini dan cuba menghayati apakah maksud yang tersirat dalam lagu ini. Aku tergerak untuk menulis surat kepada seorang gadis yang telah menjadi idaman hidupku. Walaupun aku tahu ini bukanlah masa yang terbaik untuk menulis surat cinta ditengah-tengah persiapanku untuk menulis tesis, aku tetap akan mencari masa untuk menuis surat ini agar aku dapat meluahkan hati ini yang sudah lama terpendam:
Adinda Efa
Pertama kali aku bertemu dengan mu di majlis iftar di kampus, tidak pernah aku merasai perasaan hatiku muncul sebagai seorang abang. Dan perasaan di hati ini hanya timbul hanaya berdepan dengan mu dan tidak kepada perempuan lain. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini ada pada diriku sejaki aku bertemu denganmu. Tetapi apa yang aku tahu pada ketika itu aku mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan tarian di sekolah dan kamu merupakan pemimpin kumpulan tarian itu. Dan kerana itulah aku bertemu dengan mu (Rusydy 2010: 14). Pada mulanya, aku menganggap perasaan ini hanya satu permainan hati. Kerana aku tahu, memang secara semulajadi seseorang lelaki itu akan mencapai puncaknya ketika pertama kali melihat seorang gadis yang anggun yang memakai baju kurung warna hijau (Rusydy 2010: 15). Lama-kelamaan aku mula percaya perasaan ini bukan sekadar permainan hati.
Efa, namamu akan tetap tersemat di dalam hati. Kerana kau terlalu istemewa untukku. Engkaulah adalah inspirasiku untuk menjadi seorang lelaki yang sejati. Sejak aku bertemu dengan mu, aku mula kenal apa erti lembut dan manja. Dan hari demi hari aku membiarkan diriku yang keras ini melawan arus manja mu. Sehingga ke hari ini aku terkesan dengan lembut manja mu. Akhirnya, keras baran ku rebah oleh buaian manjamu yang semanis madu (Rusydi 2010: 12). Aku menjadi seorang yang lembut.
Efa, aku manyahut cabaran arwah ibuku. Arwah ibuku pernah berpesan kepada aku. Untuk menambat hati wanita bukan dengan cara membeli kit kat coklat kegemaranmu, bukan dengan cara menumpang motorsikal untuk pulang dari sekolah. Tetapi menambat hati wanita dari hati seorang lelaki yang tulus memberi semangat dan dorongan agar wanita yang dia sayangi itu dapat mencapai impian yang dia mahukan (Hariani 2010: 23). Aku tahu engkau mahu menjadi seorang peguam. Dan pada suatu ketika itu, kau mahu memiliki sebuah majalah KITA edisi khas mengenai karyawan wanita dalam kerjaya guaman. Kau pernah berkata kepada ku yang kau tidak dapat memilikinya (Efa 2010: 15). Aku tahu edisi khas itu sungguh bermakna untuk mu kerana ia akan memberi inspirasi kepada mu untuk terus berusaha gigih untuk mencapai impian mu.. Kerana itulah, aku sanggup ikat perut dan menyimpan wang saku hasil daripada tuisyen sedikit demi sedikit. Dengan wang disimpanan itu, aku beli majalah itu hanya untuk mu (Rusydy 2010: 24). Dan aku dapat melihat perasaan keriangan memancar dari wajah mu apabila aku memberikan majalah itu kepada mu.
Namun, harapan ku berkecai apabila aku dapat tahu bahawa ada lelaki lain yang mendampingmu selama ini. Aku masih ingat lagi apabila aku mendapat berita bahawa bapa mu telah kembali ke Rahmatullah pada tahun lalu (Efa 2010: 27). Pada ketika itu, aku tahu yang kau benar-benar memerlukan sokongan daripada seorang lelaki terutama sekali apabila kejadian ini berlaku pada minggu peperiksaan. Namun, lelaki itu bukan aku. Pada saat itu, aku melihat ada seorang lelaki lain yang mendampingmu. Dan lelaki itu adalah rakan sekolah lama yang sudah lama terputus hubungan dengan mu yang kau sudah kenali sejak di sekolah rendah lagi (Hazwan 2008: 64) . Sejak hari itu, hubungan kau dan lelaki itu semakin rapat. Hampir setiap hari aku melihat lelaki itu mengambil mu pulang dengan kereta Jaguar model XK (Efa 2009: 48). Aku mula sedar harapan ku untuk menambat hari mud mula pudar.
Efa, walaupun aku sedar bahawa aku hanya mempunyai satu peratus harapan untuk memenangi hati mu, aku tetap percaya bahawa menawani hati wanita bukanlah satu perlumbaan. Ia adalah keyakinan daripada hati seorang wanita terhadap seorang lelaki. Selagi jantung masih berdenyut lagi, aku akan terus manfaatkan satu peratus yang ada pada diriku ini untuk meyakinkan hatimu bahawa apa yang aku lakukan selama ini adalah ikhlas daripada hati seorang lelaki (Rusydy 2010: 44). Jika aku ditakdirkan tewas dalam pertandingan ini, aku redha dan aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki diriku sehingga aku diketemukan teman hidup yang telah ditakdirkan bersama. Aku akan tetap berpegang teguh kepada maksud Surah An-Nisa, ayat keempat, lelaki adalah pelindung kepada kaum wanita. Mungkin pendirian mengenai lelaki sebagai pelindung kepada wanita memperkuatkan lagi sistem patriakal. Namun begitu, elok jika lelaki dikenali sebagai pelindung dan bukan dikenali sebagai penjajah. Ini adalah kerana lelaki sebagai pelindung akan mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang jagaanya dan dia akan melakukan apa yang terbaik agar kesejateraan hidup dapat dicapai untuk orang yang dia sayangi (Rusydy 2011: 16).
Efa, terlalu awal untuk ku melamar mu pada saat pertama kali aku bertemu denganmu. Sungguh tidak matang untuk aku melamar seorang perawan yang tidak pernah kukenali pada ketika itu. Aku cuba mengenali mu dengan lebih dekat lagi dengan menghadiri kuliah-kuliah yang kau hadiri di kampus Bukit Timah. Aku tetap aktif dalam tarian walaupun aku tahu tahap komitmen dalam tarian Melayu amat tinggi untuk mahasiswa tahun keempat. Aku buat perkara ini semata-mata kerana aku mahu menjadi contoh baik kepada mu bahawa untuk menjadi seorang mahasiswa teladan, dia harus dapat mengimbangi masa dalam pelajaran, ibadah, keluarga dan kegiatan kokurikulum. (Rusydy 2010: 67). Aku melihat susah payah mu dan ceria riang mu ketika sedang berada dalam latihan berlatih. Dan apa yang aku lihat selama ini, kau memang ikhlas dalam setiap perbuatan dan tindakan mu. Kau seorang gadis yang berhati mulia dan mula terpegun dengan kepemimpinanmu dalam kumpulan tarian ini. Walaupun hanya setahun aku mengenali mu, aku pasti dan akan yakin bahawa kaulah gadis yang aku cari selama ini. Kau telah meredupkan suhu hatiku yang panas dengan buai manjamu. Dan aku berharap aku belum terlambat untuk mengatakan kepada mu bahawa aku benar-benar cintakan pada mu.
Yang pasrah
Rusydy
Bibilografi:
1. Efa Farisha Nasiruddin, Andai aku dewasa: Cita-cita menjadi seorang peguam, (Jakarta: Gramedia, 2009)
2. Hariyani Affandi, Nasihat Orang Tua, (Kuala Lumpur: Pelanduk, 2004)
3. Hazwan Hanafie, Motivasi untuk berjaya: Tip rahsia daripada seorang Jurutera, (Singapura: Pustaka Nasional, 2007)
4. Rusydy Ahmad, Rintihan hati ini: Hikayat seorang Mahasiswa NUS, (Singapura: Times News, 2010)
5. Rusydy Ahmad, Kesan Surah An-Nisa, ayat 4, terhadap kaum lelaki, 2011. Rampaian Academik. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Seni dan Sains Kemasyarakatan. Universiti Nasional Singapura (Tesis dalam proses untuk diluluskan)
Setelah aku selesaikan surat ini, aku melihat jam di dinding. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul satu pagi. Aku mula rasa mengantuk. Aku lelapkan mataku ketika untuk menanti subuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan