Isnin, 25 April 2011

Perubahan, Penyesuaian dan Penangkis: Kesan pensejagatan kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura sebagai kaum minoriti.

Perubahan yang mampu menggoncang status quo

Sebelum mengupas apakah masalah-masalah yang mungkin akan timbul disebabkan oleh perubahan-perubahan berlaku terhadap struktur masyarakat dan landskap negara, terlebih dahulu kita harus memahami keadaan Singapura dengan memberi konteks yang tepat.

Ciri-ciri kosmopolitan ini sudah lama ada dalam masyarakat melayu/Islam di Singapura. Ciri-ciri kosmopolitan ini merupakan kesan daripada status Singapura sebagai bandaraya global. Singapura telah dibuka sebgai satu tempat persinggahan di aman ramai pendatang dari luar negeri akan datang untuk berbincang, berhimpun dan mencari rezeki dan pada masa yang sama sikap toleransi ini terhadap kaum dan agama lain telah diamalkan dengan secara aman. Ciri-ciri kosmopolitan ini tercermin dalam konsep Furnivall, yang diberi nama plural Society, di mana terlihat ‘pembahagian fungsi ekonomi menerusi kaum cukup ketara, hidup dalam suasana aman walaupun kaum-kaum ini tidak berinteraksi antara sesuatu sama lain.’[1] Malah, masyarakat Malayu/Islam sudah menjadi masyarakat yang majmuk sebelum perang dunia kedua. Menurut Roff, Singapura telah menjadi sebuah hub di mana banyak pendatang yang beragama Islam datang ke Singapura untuk berniaga dan menuntut ilmu[2]. Banyak madrasah telah dibina. “Madrasah Aljunied telah menjadi sekolah pilihan unutk pelajar daripada Indonesia dan Filipina. Malah, sebelum perang dunia kedua, hampir separuh daripada pelajar datang daripada luar negeri.”[3] Menurut Djamour, ‘masyarakat Melayu di Singapura merangkumi dua kumpulan; orang Melayu yang sudah tinggal dalam tanah jajahan untuk beberapa generasi atau telah berhijrah dari semanjung dan pendatang daripada Indonesia (Jawe dan Bawean) yang sudah bermaustatin di Singapura selama dua atau tiga generasi.’[4]

Komplek dalam masyarakat Melayu/Islam ini juga bukan sahaja harus dilihat dari segi struktur. Perkara ini juga harus melihat struktur kepemimpinan masyarakat melayu/islam di Singapura pada zaman itu. Walaupun, masyarakat Islam di Singapaura pada zaman itu terdiri daripada majoriti orang Melayu, terdapat juga orang India dan Arab yang menjadi sebahagian daripada identiti ini. Masyarakat Islam di Singapura sudah lama mempunyai ciri-ciri kepelbagaian. ‘Arab dan Melayu mengikut mazhab Shafi’i, manakala India Islam mengikut mazhab Hambali.’[5] Namun begitu, ada sebilangan mereka telah menerima budaya dan adat melayu sebahagian daripada cara kehidupan mereka.

Namun begitu, walaupun masyarakat Melayu/Islam di Singapura merupakan sebuah masyarakat majmuk, ini tidak bererti masalah integrasi dalam masyarakat Islam itu sendiri tidak akan timbul. Dalam konteks hari ini, Singapuara sedang berdepan dengan pendatang yang semakin meningkat. Di dalam Ucapan Rapat Umnum Hari Kebangsaan 2006, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong telah menyokong kedatangan immigrasi ke Singapura dengan mengatakan bahawa ‘nenek moyang kita adalah pendatang. Jika mereka ditolak kedatangan mereka, kita tidak akan berada di sini pada hari ini.’[6] Jika dilihat dari sudut sejarah, masyarakat Melayu/Islam merupakan masyarakat majmuk sejak kurun kesembilanbelas. Tidak mungkin kedatangan pendatang Islam daripada Timur Tengah dan India boleh menjejaskan integrasi dalam masyarakat itu sendiri memandangkan masayarkat Melayu/Islam di Singapura sudah lama menerima pendatang Islam daripada pelbagai laterbelakang. Namun begitu, masalah juga mungkin akan timbul disebabkan oleh masalah komunikasi terutama sekali dari segi soal bahasa. Memandangkan majoriti penganut Islam berasal adalah orang Islam, banyak pergaulan dan cara pengendalian dalam institusi Islam mempunyai elemen-elemen kemelayuan. Contoh yang ketara ini boleh dilihat menerusi bahasa yang digunakan untuk menyampai kutbah dan kelas agama yang dikendalikan di masjid-masjid di merata Singapura.

Selain daripada itu, perubahan yang mempunyai besar untuk menggugat kedudukan penduduk Melayu/Islam ialah perubahan landskap negara. Perubahan landskap negara mempunyai hubungan yang bersangkut paut dengan kegunaan tanah. Memandangkan penduduk Singapura semakin meningkat, pemerintah Singapura harus memastikan bahawa setiap tanah yang ada di Singapura harus digunakan secara maksimum. Setiap penggunaan tanah di Singapura harus mendatangkan nilai dan keuntungan kepada ekonomi negara. Isu penggunaan tanah di Singapura juga mempunyai kesan kepada masyarakat Melayu/Islam. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu/Islam di Singapura ialah tanah perkuburan. Tanah perkuburan di Choa Chu Kang mengambil kawasan tanah yang agak luas. Tidak mungkin Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan mengkhianati orang Islam dengan membenarkan jenazah orang Islam dibakar seperti mayat daripada agama lain. Untuk menghadapi masalah penggunaan tanah ini, National Environment Agency (NEA) telah membina crypt atau ruang bahawa tanah di tanah perkuburtan orang Islam di Choa Chu Kang agar proses pengkebumian boelh dilakukan secara bertingkat-tingkat. ‘Dengan penggunaan sistem ini, tanah perkuburan ini boleh menampung sehingga tahun 2130.’[7] Dalam usaha untuk menggali tanah perkuburan Islam, ‘NEA dan MUIS juga telah bekerjasama untuk berhubung dengan pewaris unutk kehadapan untuk membuat tuntutan terhadap.’[8]

Selanjutnya, masalah penggunaan tanah juga dihadapi oleh masyarakat Islam ada hubungan kait dengan tanah wakaf. Wakaf adalah aset yang ditinggalkan oleh seseorang Muslim untuk dimanfaatkan oleh masyarakat Islam. Oleh kerana ada di antara tanah wakaf ini terletak di tengah-tengah bandar, penggunaan tanah wakaf di situ juga harus mengambil kira kegunaan tanah atau aset yang berada di sekelilingnya. Penyesuaian dalam penggunaan tanah wakaf ini boleh dilihat menerusi contoh bagaimana MUIS telah menjadikan ‘Masjid Bencoolen tempat beribadah, berniaga dan penginpan dan diharapkan mendapat hasil pendapatan sebanyak dua juta dolar setahun.’[9] Perubahan dalam fungsi masjid ini dapat tentangan daripada orang islam yang menganggapnya sebagai menyalahgunakan tanah wakaf untuk meraih keuntungan. Namun begitu, perubahan dalam fungsi tanah wakaf ini telah dilakukan mengikut konteks tempat. Masjid Bencoolen tetap mengekalkan aspek ibadah dan hasil keuntungan daripada sewa kedai dan bilik penginap seharusnya dilihat sebagai satu initiatif baru oleh MUIS untuk menampung kos dan cukai tanah di bandar.

Menerusi kedua-dua, masalah yang timbul disebabkan oleh perubahan daripada landskap negara, kita dapat melihat betapa pentingnya MUIS sebagai autori agama memainkan peranan dalam membuat pendirian dan tindakan yang sewajar untuk memastikan bahawa kepentingan orang Islam di Singapura harus dijaga. Walaupun masyarakat Melayu/Islam di Singapura boleh memilih untuk tidak setuju dengan pendapat mufti, setiap pendapat Mufti masih dianggap penting. Ini adalah kerana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti akan mewakili seluruh masyarakat Islam di Singapura. Di dalam konteks Singapura, pendapat atau fatwa yang dilakukan oleh seorang autori agama atau mufti hasruslah mengambil kira mengenai kedudukan masyarakat Melayu/Islam Signapura sebagai sebuah kaum minoriti di Singapura. Autoriti agama harus mengambil tahu peranan MUIS dalam usahanya untuk mengintegrasikan masyarakat Melayu/Islam dengan arus utama nasional. Oleh kerana kedudukan kuasa MUIS sebagai pemimpin kaum minoriti di Singapura, terletak di atas jasa baik pemerintah, kedudukan MUIS untuk mengetengahkan kepentingan masyarakat Melayu/Islam menjadi semakin lemah. Oleh itu, tidak menghairanlah autoriti agama Islam di Singapura cuba sedaya upaya untuk membuat penyesuaian bagi hampir setiap perubahan yang telah menjejas kehidupan harian masyarakat Melayu/Islam dan bukan dengan cara menentang dasar-dasar pemerintah.



[1] Carl A. Trocki, “Political Structures in the Nineteenth and Early Twentieth Centuries” in Cambridge History of Southeast Asia: Volume 2 ed Nicholas Tarling, (Singapore: Cambridge University Press, 1994) p108-109

[2] Roff, William R, The Origins of Malay nationalism, (Singapore: University Press, 1967) p 38-39

[3] Chee Min Fui, “The Historical Evolution of Madrasah Education in Singapore” in Secularism and spirituality: seeking integrated knowledge and success in madrasah education in Singapore ed Noor Aisha Abdul Rahman and Lai Ah Eng (Singapore: Marshall Cavendish Academic, 2006) p 10

[4] Judith Djamour, Malay Kinship and Marriage in Singapore (London: Humanities Press, 1965), p4

[5] Syed Muhammad Khairudin Aljunied, Colonialism, Violence and Muslims in Southeast Asia; The Maria Hertogh controversy and its aftermath, (London: Routledge, 2009 ), p10

[6] http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/sp/PMspeech/

[7] The Sunday Times, 8 May 2007, Crypts make space for more burial plots

[8] Channel NewsAsia, 26 September 2008, Next-of-kin urged to register claims for Muslim graves at CCK cemetery

[9] The Sunday Time, 18 March 2001, Mosque site to blend old and new uses

Jumaat, 22 April 2011

Gersang di sebalik keriangan


Penilaian terhadap kepemimpinan Dr Mahathir: Di antara Riya’ , Takbur, ikhlas dan perasaan takut

(a) Dr Mahathir sebagai pemimpin yang sensitif

Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang sensitif. Dengan sikap sensitif ini, Dr Mahathir sukar untuk membuat tindakan secara rasional dalam perlaksanaan dasar-dasarnya. Jika dikupas dengan teliti mengenai buku memoir terbarunya, “A Doctor in the House”, sebahagian besar daripada memori sosialnya merupa memori sosial merupakan. antara perkara-perkara yang dia masih ingat sehingga ke hari ini merupakan perkara yang tidak penting kepada pembaca. Namun begitu, ada sebab-sebabnya beliau anggap perkara-perkara yang pilih untuk ingat hingga ke hari amat penting. Perkara-perkara yang dia anggap penting ini sedikit sebanyak membentuk keperibadian beliau. Boleh dikatakan Dr Mahathir ini merupakan seorang yangg sensistif yang mudah terkesan dengan perkara yang berlaku disekelilingnya mahupun pengalaman yang dia hadapi kini. Di dalam memoirnya juga, Dr Mahathir telah menulis sebuah bab di mana dia menganggap Tun Abdul Razak sebagai pembimbingnya. Tun Abdul Razak sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran Dr Mahathir dalam cara untuk memajukan negara. Kematian Tun Abdul Razak telah membawa kesan terhadap Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, dia mengambil peluang ini meneruskan dasar-dasar Tun Abdul Razak seperti memberi hak keistemewaan orang melayu.

(b) Perasaan takut yang mencengkam Dr Mahathir

Memandangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini telah gagal walaupun ia telah dilaksana hampir limapuluh tahun, sudah tiba masa pemerintah Malaysia untuk menyemak dasar-dasar yang ada dalam DEB dan melakukan apa yang patut untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara. DEB ini juga telah membuat pengaliran perlaubhan asing menurun kerana dasar ekonomi Malaysia yang berat sebelah terhadap orang melayu telah membuat daya saing ekonmi yang rendah dan keyakinan untuk melabur menipis. Persoalannya, haruskah Dasar Ekonomi Baru ini terus dilaksanakan walaupun ia telah terbukit gagal? Mengenai persoalan ini, sukar bagai pemerintah Malaysia untuk mengakui bahawa Dasar Ekonomi Baru ini telah gagal. Ini adalah kerana ia boleh menjejas imej parti yang memerintah.

Salah satu sebab kenapa hak istemewa orang Melayu terus dikekalkan ialah perasaan takut yang menghantui Dr Mahathir akan orang melayu kehilangan negaranya. Walaupun DEB sudah terbukti membawa kesan buruk terhadap ekonomi negara, beliau tetap mempertahakan hak istemewa orang Melayu selagi perasaan takut itu masih mencengkam minda beliau. Perasaan takut ini terbentuk daripada pengalaman hidupnya di mana dia melihat sendiri bagaimana orang Melayu hampir-hampir kehilangan negaranya kerana jumlah pendatang semakin ramai, pertubuhan Malayan Union dan yang lebih dahsyat lagi ialah peristiwa di mana Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mahu memperjuangkan hak sama rata di Malaysia dengan slogannya ‘Malaysian Malaysia’. Oleh kerana ditakuti orang melayu akan kehilangan kuasa di Malaysia, Dr Mahathir seringkali mempergunakan keadaan Melayu Singapura sebagai contoh kuat bagaimana nasih orang Melayu di Malaysia akan mengalami nasih yang serupa jika UMNO kehilangan kuasa di Malaysia. Hingga ke hari ini, Dr Mahathir masih belum yakin kepada orang Melayu yang mereka boleh berdiri di atas kakinya sendiri, beliau tetap akan mempertahankan hak istemewa orang Melayu.

(c) Sikap takbur dan riya’ Dr Mahathir

Namun begitu, sikap sensitif juga ada-kalanya perwatakan ini menimbulkan banyak tanda tanya sama ada dia memajukan Malaysia dengan seikhlas hati atau sebaliknya. Oleh kerana banyak tindakan-tindakannya menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas untuk memajukan negaranya. Salah satu sikap negatif yang ada dalam hati Dr Mahathir ialah sikap takburnya. Sikap takbur ini boleh dilihat menerusi tindakannya untuk mengkritik kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawie dengan mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin Malaysia yang tidak tegas dengan pendiriannya terutama sekali dalam hubungan Malaysia dan Singapura. Perkara yang membuat Dr Mahathir marah terhadap tindakan Abdullah Ahmad Badawi ialah pembatalan untuk membina jembatan bengkok untuk koswe yang baru. Menerusi contoh ini, kita boleh lihat betapa tegasnya Dr Mahathir untuk memastikan pemodenan dan pembangunan di Malaysia harus diteruskan mengikut coraknya walaupun dia sudah bersara daripada politik. Walaupun niatnya selama dalam pemerintah ini ialah untuk membuktikan kepada dunia barat bahawa Malaysia boleh maju dibawah pemerintah orang Melayu, tindakannya untuk mengkritik penggantinya menunjukkan bahawa dia seorang yang riya’. Perasaan riya’ inimungkin tidak disedari oleh Dr Mahathir sendiri. Namun begitu tindakan ini cukup untuk membuktikan bahawa beliau rasa dirinya terlalu bagus dengan menetapkan standard yang amat tinggi sehinggakan pemimpin yang penggantikannya akan dianggap sebagai pemimpin yang telah gagal jika standard yang ditetapkan oleh Dr Mahathir tidak tercapai.

(d) Hati seorang pemimpin

Kegersangan di hati Dr Mahathir sampai kemuncaknya apabila dia mengumumkan perletakkan jawatannya serta-merta sebagai Presiden UMNO dan Perdan Menteri Malaysia. Tindakannya untuk meletak jawatan serta merta semasa dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2002, boleh membawa banyak interpretasi yang berbeza. Namun begitu, tidak mungkin Dr Mahathir sengaja menunjukkan kelemahannya sebagai pemimpin terhadap rakyat dengan menangis dikhalayak ramai setelah hampir dua dekad menjadi Perdana Menteri terutama sekali apabila Malaysia telah banyak mengecapi kemajuan. Kegersangan di dalam diri Dr Mahathir ini hanya timbul selagi dia berasa dirinya terlalu bagus dan beliau akan senantiaasa berasa sangsi bahawa Malaysia tidak akan terus maju tanpa bimbingan beliau. Disebalik menyambut keriangan di atas kemajuan yang telah tercapai selama ini, rasa kegersangan masih tersemat di hati seorang pemimpin nasionalis yang anggap diri masih gagal untuk mengubah nasib orang melayu. Kepujian Dr Mahathir terletak kepada jasa baik beliau untuk memodenan negara tetapi bukan untuk sikap peribadinya yang takbur. Kelemahan Dr Mahathir sebagai pemimpin ialah beliau membiarkan perasaannya mempengaruhi dasar-dasar pemerintahnya. Jika beliau dapat memisahkan emosi dan tugas kerjanya, nescaya dia akan mengendalikan dasar-dasar yang lebih prakmatik dalam memajukan bangasa Melayu.

(e) Kesimpulan

Sebagai akhirul kalam, Dr Mahathir tetap akan menjadi wira kepada orang Melayu walaupun terdapat banyak kegelinciran dalam melaksanaan dasar-dasarnya. Jasa Dr Mahathir akan senantiasa dikenang dalam buku sejarah Malaysia. Banyak kemajuan telah tercapai. Namun begitu, kita dapat lihat bagaimana perwatakan seorang pemimpin dapat mempengaruhi pembentukan sebuah negara. Dengan pengalaman hidupnya yang penuh pancaroba ini, Dr Mahathir senantiasa menganggap diri mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memajukan bangsa Melayu walaupun tanggungjawab ini turut dirasakan oleh nasionalis yang lain. Tanpa disedari ramai rakyat Singapura dan Malaysia telah menjadi mangsa keadaan semasa Dr Mahathir berkuasa. Hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura seringkali menjadi masalah disebabkan perasaan takut akan Melayu kehilangan kuasa yang dihadapi oleh Dr Mahathir. Sehingga hari ini, setelah hampir dua dekad Dr Mahathir memerintah Malaysia, masih ramai orang Melayu terperangkap dengan ideologi UMNO sebagai “perlindung” orang Melayu di Malaysia.



Kesan terhadap Bahasa Melayu jika hilang status Bahasa Ibunda

Kukuhnya bahasa Melayu di Singapura selama ini bergantung kepada dasar-dasar pemerintah yang terus menyokong bahasa ibunda sebagai usaha untuk memupuk nilai-nilai tradisional dan jati diri orang Melayu Singapura. Selagi bahasa Melayu diajar di sekolah, nescaya bahasa Melayu tidak akan pupus di Singapura. Ini adalah kerana penggalakkan dan penggunaan bahasa Melayu masih terus diusahakan secara sistematik. Kukuhnya bahasa melayu di Singapura juga disebabkan ada pihak berkuasa yang memantau kualiti penguasaan bahasa Melayu di Singapura. Memandangkan bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa rasmi di Singapura, pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahasa Melayu tidak akan terpinggir. Salah satu contoh sokongan daripada pemerintah ialah penubuhan Jawatankuasa Pembelanjaan dan Pengalakkan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) pada tahun 2006. Jawatankuasa ini telah banyak menyokong kegiatan bahasa Melayu yang dianjurkan oleh badan-badan mahasiswa dari segi dana dan motivasi. Oleh itu, memang sukar untuk menafikan bahawa dasar-dasar pemerintah terhadap bahasa ibunda memainkan peranan dalam membina jati diri orang Melayu di Singapura.

Namun begitu, kehilangan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda sudah tentu membawa padah kepada masa depan Bahasa Melayu yang sekian lama bergantung kepada jasa baik pemerintah. Jika bahasa Melayu diiktirafkan sebagai bahasa asing, bahasa Melayu tidak akan manfaat sama rata dengan bahasa ibunda yang lain seperti Bahasa Mandarin dan Tamil. Malah, mungkin Bahasa Melayu tidak lagi menjadi mata pelajaran wajib untuk pelajar Melayu memandangkan Bahasa Melayu sudah tidak lagi terikat oleh dasar-dasar pemerintah mengenai Bahasa Ibunda.

Apa yang akan menjadi cabaran kepada masyarakat Melayu ialah bagaimana cara untuk melestarikan penggunaan bahasa Melayu sekiranya pada suatu hari bahasa Melayu tidak lagi diajar di sekolah dan lebih malang lagi ialah kehilangan status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Cabaran ini mungkin belum lagi dihadapi oleh masyarakat Melayu di Singapura memandangkan bahasa melayu masih lagi diajar di sekolah. Namun begitu, masyarakat melayu harus mengambil contoh Melayu di Sri Lanka. Walaupun mereka merupakan kaum minoriti, mereka tetap usaha gigih untuk mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Melayu. Sama ada Bahasa Melayu akan diajar sebagai bahasa asing di sekolah atau Bahasa Melayu kehilangan status sebagai bahasa kebangsaan di Singapura sekali pun, saya yakin bahawa Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa ibunda di dalam hati setiap orang Melayu di Singapura. Masyarakat melayu akan terus berusaha untuk melestarikan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah milik masyarakat melayu.

Selasa, 12 April 2011

Biarkan buta

“Argh . . . !” Rudy meneran kesakitan.

“Keparat kau, Rafi!” menerannya lagi sambil merapatkan giginya seperti menggigit daging yang tidak empuk. Mulutnya berlumuran darah kerena tergigit bibir sendiri.

Dia memegang lengan kirinya kuat-kuat. Namun denyutan jantungnya masih bertenaga lagi. Dia cuba melawan kecacatannya itu dengan terus menghayung parang yang dicapainya ke arah Rafi. Tetapi hayunannya agak lemah hinggakan Rafi dapat mengelaknya dengan tangkas lalu melepaskan beberapa tumbukan di bawah tulang rusuk kiri Rudy. Rudy tidak punya kekuatan untuk berdiri lagi lalu dia melutut kesakitan sebelum dia tumbang sujud ke bumi.

Muka Rudy merah padam menelan kesakitan. Lengan kirinya yang putus itu berada di atas rumput nampaknya masih hidup meletik-letik macam ikan yang dahagakan air untuk bernafas. Pancutan darah di tangan itu telah mewarnai tanah di situ sekaligus menggambarkan satu pesta berdarah telah berlaku.

“Inilah azabnya kerana melanggar perintah aku. Kau akhirnya tumbang juga di tangan aku,” bisik Rafi di telinga Rudy yang sedang terbaring kesakitan.

Rafi terus melepaskan kahak lendirnya ke muka Rudy. Tanpa belas kasihan Rafi mengeluarkan sebilah pisau berukiran gambar syaitan yang diselitkan dalam kasutnya lalu merodok pisau itu ke mata kiri Rudy. Rudy menjerit sekuat-kuat hatinya dan membiarkan percikan darah daripada mata menghinggapi muka Rafi.

“Biarkan buta . . .”

Tiba-tiba bisikan itu muncul di kekuping telinga Rudy.

“Tidak . . . tidak . . . Aku tidak mahu buta!” kata Rudy.

Rudy pejam matanya sekuat-kuatnya. Yang mengalir dari kelopak matanya bukanlah air mata tetapi darah pekat daripada mata kirinya yang buta itu.

“Aku akan siksa kau dahulu sebelum kau mati dalam kehinaan. Inilah yang kau harus terima,” bisik Rafi dengan suara hangatnya sambil ketawa sinis.sebelum Rafi tinggalkan Rudy seorang diri, dia menggigit telinga kiri Rudy hingga putus. Rudy menjerit kesakitan.

“Ini neraka, Rudy . . . neraka,” bisik Rafi sambil cuba menguyah-menguyah kekuping telinga itu tetapi ternyata perbuatan itu amat sia-sia kerana kuping telingam itu sangat pejal. Kemudian, dia membuang sisa telinga itu ke muka Rudy daripada mulutnya. Dia mengesat bekas darahnya di pinggir bibir lalu dia beredar dari tempat itu.

Tubuh Rudy mula lemah. Penglihatan mata kanannya mula kabur. Pergerakannya mula tersekat. Dia benar-benar berasa tubuhnya lemah kerana dia sudah kehilangan darah. Di dalam keheningan malam itu, Rudi hanya ditemani oleh awan mendung yang mula menangis membasahi muka bumi. Air hujan itu menambah lagi keperitannya untuk menahan kesakitan. Ketika itu, Rudy sudah tahu yang dia akan mati pada bila-bila masa. Dalam keadaan hiba dia mengimbas kembali masa silamnya . . .

“Rudy, jangan buat aku macam gini. Tolonglah Rudy.” Sebelum sempat dia menepis, aku sudah pun menariknya ke dalam dakapanku.

Rudy terus menampar-nampar budak itu berkali-kali untuk membuat dia diam hinggakan bibirnya luka berdarah. Dia terus mencium dan memegang bahagian-bahagian yang dia geramkannya. Pada malam, itu cuaca amat mendung. Rembulan seolah-olah sembunyi disebalik awan malu untuk melihat perbuat terkutuk itu.

Rudy menghempas budak itu ke lembah kehinaan. Budak itu menangis terdesak-desak di sudut kamar yang berdaki itu dengan hanya mampu mendakap bantal untuk menutup bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya mendedahnya.

Namun malam itu masih siang lagi. Dengan nafsu buayanya lagi dia terus meraba dan mencium lagi ke bahagian-bahagian yang dia geramnya. Sekali lagi budak itu menjadi mangsa lelaki yang tidak mempunyai sedikit pun rasa simpati kepada perempuan yang lemah. Budak perempuan itu sudah letih kepenatan kerana tidak terlayan tusukan yang bertubi-tubi daripada tubuh lelaki yang agak rancak itu. Budak perempuan itu adalah adik kepada Rafi.

Tiba-tiba seekor ular berwarna hijau perlahan-lahan menghampir tubuh Rudy yang masih bernafas lagi. Ular itu terus membelit tubuh Rudy dengan eratnya sehingga bahu kanan Rudy sudah hampir bersentuhan dengan bahu kirinya. Terdengar beberapa bunyi tulang patah bagaikan bunyi ranting pokok yang telah dipatah-patahkan. Rudy masih bertahan lagi. Denyutan jantungnya masih bergerak lagi. Dengan sekilas kilat, ular itu mematuk mata kanannya pula dan terus menelan Rudy dari kepalanya. Pada ketika itu Rudy sudah tidak rasa apa-apa lagi kerana dia sudah berasa dirinya telah diangkat ke alam lain yang tidak pernah dia alami . . .

Jumaat, 8 April 2011

Tesis untuk Efa

Pada malam itu, aku seorang diri di rumah. Ibu bapa dan adik-beradik ku tiada di rumah. Mereka ke Seremban untuk menghadiri majilis perkahwinan sepupuku. Aku memberitahu mereka bahawa aku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan itu. Aku harus menyiapkan tesis yang mesti disiapkan pada hujung bulan ini. Aku sedang menulis tesis mengenai hak wanita dalam Islam. Kajian aku mengenai hak wanita ini telah membuat aku menghayati surah An-Nisa dengan lebih mendalam. Tanpa aku sedari, hari demi hari aku mula terkesan dengan Surah An-Nisa. Aku mula sedar bahawa menjadi seorang lelaki bukanlah mudah seperti mana yang aku fikirkan. Tiba-tiba, lagu “11 Januari” dari kumpulan Gigi, berkumandang dari corong radio:


“Akulah Penjagamu


Akulah Pelindungmu


Akulah Pendampingmu


Di setiap langkah-langkahmu”


Aku mendengar dengan teliti lirik lagu ini dan cuba menghayati apakah maksud yang tersirat dalam lagu ini. Aku tergerak untuk menulis surat kepada seorang gadis yang telah menjadi idaman hidupku. Walaupun aku tahu ini bukanlah masa yang terbaik untuk menulis surat cinta ditengah-tengah persiapanku untuk menulis tesis, aku tetap akan mencari masa untuk menuis surat ini agar aku dapat meluahkan hati ini yang sudah lama terpendam:


Adinda Efa


Pertama kali aku bertemu dengan mu di majlis iftar di kampus, tidak pernah aku merasai perasaan hatiku muncul sebagai seorang abang. Dan perasaan di hati ini hanya timbul hanaya berdepan dengan mu dan tidak kepada perempuan lain. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini ada pada diriku sejaki aku bertemu denganmu. Tetapi apa yang aku tahu pada ketika itu aku mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan tarian di sekolah dan kamu merupakan pemimpin kumpulan tarian itu. Dan kerana itulah aku bertemu dengan mu (Rusydy 2010: 14). Pada mulanya, aku menganggap perasaan ini hanya satu permainan hati. Kerana aku tahu, memang secara semulajadi seseorang lelaki itu akan mencapai puncaknya ketika pertama kali melihat seorang gadis yang anggun yang memakai baju kurung warna hijau (Rusydy 2010: 15). Lama-kelamaan aku mula percaya perasaan ini bukan sekadar permainan hati.


Efa, namamu akan tetap tersemat di dalam hati. Kerana kau terlalu istemewa untukku. Engkaulah adalah inspirasiku untuk menjadi seorang lelaki yang sejati. Sejak aku bertemu dengan mu, aku mula kenal apa erti lembut dan manja. Dan hari demi hari aku membiarkan diriku yang keras ini melawan arus manja mu. Sehingga ke hari ini aku terkesan dengan lembut manja mu. Akhirnya, keras baran ku rebah oleh buaian manjamu yang semanis madu (Rusydi 2010: 12). Aku menjadi seorang yang lembut.


Efa, aku manyahut cabaran arwah ibuku. Arwah ibuku pernah berpesan kepada aku. Untuk menambat hati wanita bukan dengan cara membeli kit kat coklat kegemaranmu, bukan dengan cara menumpang motorsikal untuk pulang dari sekolah. Tetapi menambat hati wanita dari hati seorang lelaki yang tulus memberi semangat dan dorongan agar wanita yang dia sayangi itu dapat mencapai impian yang dia mahukan (Hariani 2010: 23). Aku tahu engkau mahu menjadi seorang peguam. Dan pada suatu ketika itu, kau mahu memiliki sebuah majalah KITA edisi khas mengenai karyawan wanita dalam kerjaya guaman. Kau pernah berkata kepada ku yang kau tidak dapat memilikinya (Efa 2010: 15). Aku tahu edisi khas itu sungguh bermakna untuk mu kerana ia akan memberi inspirasi kepada mu untuk terus berusaha gigih untuk mencapai impian mu.. Kerana itulah, aku sanggup ikat perut dan menyimpan wang saku hasil daripada tuisyen sedikit demi sedikit. Dengan wang disimpanan itu, aku beli majalah itu hanya untuk mu (Rusydy 2010: 24). Dan aku dapat melihat perasaan keriangan memancar dari wajah mu apabila aku memberikan majalah itu kepada mu.


Namun, harapan ku berkecai apabila aku dapat tahu bahawa ada lelaki lain yang mendampingmu selama ini. Aku masih ingat lagi apabila aku mendapat berita bahawa bapa mu telah kembali ke Rahmatullah pada tahun lalu (Efa 2010: 27). Pada ketika itu, aku tahu yang kau benar-benar memerlukan sokongan daripada seorang lelaki terutama sekali apabila kejadian ini berlaku pada minggu peperiksaan. Namun, lelaki itu bukan aku. Pada saat itu, aku melihat ada seorang lelaki lain yang mendampingmu. Dan lelaki itu adalah rakan sekolah lama yang sudah lama terputus hubungan dengan mu yang kau sudah kenali sejak di sekolah rendah lagi (Hazwan 2008: 64) . Sejak hari itu, hubungan kau dan lelaki itu semakin rapat. Hampir setiap hari aku melihat lelaki itu mengambil mu pulang dengan kereta Jaguar model XK (Efa 2009: 48). Aku mula sedar harapan ku untuk menambat hari mud mula pudar.


Efa, walaupun aku sedar bahawa aku hanya mempunyai satu peratus harapan untuk memenangi hati mu, aku tetap percaya bahawa menawani hati wanita bukanlah satu perlumbaan. Ia adalah keyakinan daripada hati seorang wanita terhadap seorang lelaki. Selagi jantung masih berdenyut lagi, aku akan terus manfaatkan satu peratus yang ada pada diriku ini untuk meyakinkan hatimu bahawa apa yang aku lakukan selama ini adalah ikhlas daripada hati seorang lelaki (Rusydy 2010: 44). Jika aku ditakdirkan tewas dalam pertandingan ini, aku redha dan aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki diriku sehingga aku diketemukan teman hidup yang telah ditakdirkan bersama. Aku akan tetap berpegang teguh kepada maksud Surah An-Nisa, ayat keempat, lelaki adalah pelindung kepada kaum wanita. Mungkin pendirian mengenai lelaki sebagai pelindung kepada wanita memperkuatkan lagi sistem patriakal. Namun begitu, elok jika lelaki dikenali sebagai pelindung dan bukan dikenali sebagai penjajah. Ini adalah kerana lelaki sebagai pelindung akan mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang jagaanya dan dia akan melakukan apa yang terbaik agar kesejateraan hidup dapat dicapai untuk orang yang dia sayangi (Rusydy 2011: 16).


Efa, terlalu awal untuk ku melamar mu pada saat pertama kali aku bertemu denganmu. Sungguh tidak matang untuk aku melamar seorang perawan yang tidak pernah kukenali pada ketika itu. Aku cuba mengenali mu dengan lebih dekat lagi dengan menghadiri kuliah-kuliah yang kau hadiri di kampus Bukit Timah. Aku tetap aktif dalam tarian walaupun aku tahu tahap komitmen dalam tarian Melayu amat tinggi untuk mahasiswa tahun keempat. Aku buat perkara ini semata-mata kerana aku mahu menjadi contoh baik kepada mu bahawa untuk menjadi seorang mahasiswa teladan, dia harus dapat mengimbangi masa dalam pelajaran, ibadah, keluarga dan kegiatan kokurikulum. (Rusydy 2010: 67). Aku melihat susah payah mu dan ceria riang mu ketika sedang berada dalam latihan berlatih. Dan apa yang aku lihat selama ini, kau memang ikhlas dalam setiap perbuatan dan tindakan mu. Kau seorang gadis yang berhati mulia dan mula terpegun dengan kepemimpinanmu dalam kumpulan tarian ini. Walaupun hanya setahun aku mengenali mu, aku pasti dan akan yakin bahawa kaulah gadis yang aku cari selama ini. Kau telah meredupkan suhu hatiku yang panas dengan buai manjamu. Dan aku berharap aku belum terlambat untuk mengatakan kepada mu bahawa aku benar-benar cintakan pada mu.


Yang pasrah


Rusydy


Bibilografi:


1. Efa Farisha Nasiruddin, Andai aku dewasa: Cita-cita menjadi seorang peguam, (Jakarta: Gramedia, 2009)


2. Hariyani Affandi, Nasihat Orang Tua, (Kuala Lumpur: Pelanduk, 2004)


3. Hazwan Hanafie, Motivasi untuk berjaya: Tip rahsia daripada seorang Jurutera, (Singapura: Pustaka Nasional, 2007)


4. Rusydy Ahmad, Rintihan hati ini: Hikayat seorang Mahasiswa NUS, (Singapura: Times News, 2010)


5. Rusydy Ahmad, Kesan Surah An-Nisa, ayat 4, terhadap kaum lelaki, 2011. Rampaian Academik. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Seni dan Sains Kemasyarakatan. Universiti Nasional Singapura (Tesis dalam proses untuk diluluskan)


Setelah aku selesaikan surat ini, aku melihat jam di dinding. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul satu pagi. Aku mula rasa mengantuk. Aku lelapkan mataku ketika untuk menanti subuh.