Ahad, 16 Mei 2010

Siapa bunuh kucingku?


Pada tanggal 23 September 2009, saya telah diberi kesempatan untuk mengajar di sebuah sekolah. Saya mengajar pelajar menengah satu ekspres cara-cara menjawab soalan kefahaman melalui prosa sastera moden.

Oleh itu, para pelajar harus memahami cerita dengan melakarkan plot, mengenali watak-watak (sampingan atau utama), mengenalpasti latarbelakang tempat dan masa dan mengkaji tema, persoalan dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen dipilih.

Saya talah memilih cerpen “Siapa bunuh kucingku?” yang ditulis oleh Suratman Markasan (pemenang S.E.A. Write 1997) dan pernah diterbitkan di akhbar berita harian pada 7 Julai 1999. Cerpen ini telah dibukukan di dalam antalogi cerpen “Langau menyerang masjid dan cerita-cerita lain.”

Objektif latihan kefahaman ini ialah memberi para pelajar menengah bawahan pendedahan awal untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Elektif.

Pertama, pelajar harus meringkaskan cerita dengan melakarkan plot cerita menerusi acuan tiga segi. Cerita ini akan bermuala dengan eksposisi. Kemudian, jalan cerita ini berkembang sehingga ke puncak sebelum turun ke peleraian. Kedua, pelajar harus mengenal pasti latar belakang cerita dan watak-wataknya.


SEKOLAH MENENGAH DUNEARN
LATIHAN KEFAHAMAN MENERUSI SASTERA PROSA MODEN
SKEMA JAWAPAN

“Barangkali memang betul ada orang bunuh di punya kucing! . . . Sebab minggu lepas pun dia jumpa sama saya dia cakap itu macam juga! . . . Saya fikir kita mesti bikin periksa sama ini orang tua . . . Kita mesti kasihan sama orang tua . . . Apa dia ada famili atau ada? . . . “

(Siapa bunuh kucingku?, dalam antalogi cerpen “Langau menyerang Masjid dan cerita-cerita

lainnya”, halaman 79)

1. a) Siapakah ‘saya’ di dalam dialog di atas? (2m)

Dia adalah salah seorang daripada Anggota Balai (1m) dan namanya Mr Tan Peng Gek (1m).

b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh ‘saya’ selepas bertemu dengan Nek Mok? (2m)

Dia mencadangkan satu rombongan pegawai Anggota Balai menyelidiki lebih lanjut tentantg latarbelakang Nenek Mokinah (1m). Kedua, rombongan ini akan mengusulkan kepada Jawatankuasa Balai supaya memberi bantuan bulanan tetap jika ternya dia tidak mempunyai famili langsung (1m). Ketiga, meminta kerjasama dengan Lembaga masjid, jawatankuasa Qaryah supaya meminta masyarakat menjalankan kempen menyelidik (1m) siapakah telah membunuh kucing Nenek Mokinah. (hlm 87)

c) Pada pendapat kamu, adakah Mak Mok akan mendapat perhatian masyarakat jika dia tidak bertemu denga ‘saya’? (4m)

Tidak. Ramai orang tidak pedulikan masalah Nek Mok. Ramai anak-anak lelaki suka menggangu Nek Mok. Mereka bersikap kurang sopan (1m) terhadap Nek Mok sehinggakan mereka ditegur oleh seorang pakcik. Ramai orang juga seperti Marhamah dan Cik Mun prihatin terhadap Nek Mok tetapi tidak membuat apa-apa tindakan untuk menolong Nek Mok (1m) dan mereka hanya menolong Nek Mok setelah Jawatankuasa Balai mengadakan kempen mencari (2m) siapa yang membunuh kucing Nek Mok.


2. Nyatakan dua pengajaran yang boleh diambil dalam cerita ini? (6m)

Perhatian daripada Anggota balai atau ketua akar umbi dapat mempengaruhi tindakan dan pemikiran orang ramai. Sebelum ini, masalah Nek Mok tidak pernah mendapat perhatian dalam masayarakatnya sehingga dia bertemu dengan Mr Tan. Mr Tan mengarahkan pegawainya uutuk menyelidik latarbelakang Nek Mok dan mengadakan kempen unutk mencari kucing Nek Mok.

Kita harus mengambil perhatian kepada warga emas. Mereka seringkali berasa sunyi. In adalah kerana ramai warga emas juga mahukan teman ketika hari tuanya. Contoh ini boleh dilihat menerusi watak Nek Mok. Walaupun Nek Mok tingal sendiri, dia mengganggap anak patung kucing muatan itu sebagai temannya.


3. Pada pendapat kamu, mengapakah Nek Mok mahu mencari kucingnya yang hilang? (4m)

Nek Mok mahu mencari kucingnya yang hilang kerana dia mahu mencari temannya di yang hilang (1m). Ini adalah kerana dia tinggal sendiri di rumah flat sewanya sejak suaminya meninggal lima tahun dahulu. Walaupun kedua-dua orang anak lelakinya sudah berkahwin mengajak Nek Mok tinggal bersama mereka, dia menolak kemahuan anaknya kerana mahu tinggal sendiri (2m). Oleh kerana, dia merasa kesunyian di rumah, dia menganggap kucing itu sebagai temannya walaupun kucing itu merupakan kucing buatan (1m). (hlm 85)


4. Terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.

a) terketar-ketar (halaman 82, perenggan 10) (2 markah)

b) komat-kamit (halaman 85, perenggan 11) (2 markah)

c) menyorokkan tubuhnya (halaman 90, perenggan 6) (2 markah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan