Ahad, 16 Mei 2010

Rawa: Tragedi Pulau Batu Putueh


Novel Rawa: Tragedi Pulau Batu Puteh merupakan satu percubaan yang berani oleh Isa kamari untuk mengupas sejarah Singapura dari sudut pandangan orang laut. Sejarah Singapura yang kita pelajari dari teks buku sekolah merupakan sejarah rasmi yang telah ditetapkan oleh pemerintah Singapura atas usaha untuk membina negara (national building). namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa sejarah negara mempunyai pelbagai versi bergantung kepada siapa yang membentuknya. Jika kita kupas sejarah Singapura dariapda novel Rawa, Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Johor Riau. Namun begitu, kita mesti akui bahawa versi sejarah Singapura yang dikatakan oleh orang laut mungkin amat berbeza dengan versi sejarah Singapura daripada sudut orang Tionghua yang bekerja sebagai seorang penarik beca. Ini adalah kerana kedua-dua personaliti ini mempunyai pengalaman yang amat berbeza walaupun mereka hidup dalam zaman yang sama. Orang laut yang menetap di Sungai Seletar berpendapat bahawa kerajaan Melayu di Singapura telah kehilangan kuasa politlik disebabkan oleh kuasa Barat yang lebih kuat. Dia akan menganggap bahawa orang Melayu merupakan bangsa asal Singapura. Namun begitu, dari sudut pandang orang Tionghua atau perniaga Arab yang tiba di Singapura setelah Raffles membuka Singapura sebagai tempatt perdagangan, mereka tidak mengangap Singapura sebagai tanah tumpah mereka. Tujuan mereka ke Singapura ialah untuk mencari rezeki dan berniaga.

Di dalam novel ini juga, Isa kamari telah menimbulkan dua watak yang tinggal dalam dua zaman yang berbeza. Hassan merupakan cucu kepada Rawa. Dia telah dibesarkan di Singapura selepas Singapura dipisahkan daripada Malaysia. Berdasarkan teks novel Rawa, Isa kamari telah mengetengahkan watak Hassan sebagai seorang yang belajar mengenai sejarah Singapura melalui buku teks. Rawa pula merupakan seorang yang telah mengalami perubahan politik memandangkan dia hidup pada zaman itu. Memandangkan buku teks sekolah merupakan satu alat di mana pemerintah telah menetapkan versi sejarah Singapura, ada perkara-perkara yang tidaka ada dalam buku teks di atas sebab-sebab yang sensitif.

Namun begitu, sejarah yang rasmi amat penting bagi sesebuah negara. Ini adalah kerana rakyat sesebuah negara itu harus berpegang teguh kepada satu nilai atau sastera sejarah yang sama agar negara bangsa dapat dicipta dengan beratur. Sejrah Singapura yang berada di dalam sekolah mempunyai tujuan untuk menerapkan nilai kenegaraan. Apabila Singapura dipisahkan daripada tanah Melayu pada tahun 1965, muncu pula isu siapakah sebenarnya bapa pengasas Singapura. Namun begitu, atas dasar pembanguanan Singapura dibina oleh masyarakat pendatang, Raffles telah diiktirafkan sebagai pengasas Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan