Pada tanggal 15 Ogos 2009, saya telah menghadiri sesi “Bicara Sastera” yang dianjurkan oleh Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Di dalam sesi ini, kami diberi peluang untuk bertemu dengan Encik Suratman Markasan, penulis novel Hilang Subuh Senja. Encik Suratman menceritakan bagaimana dia mendapat ilham untuk menulis novel itu.
Pada tanggal 24 Disember 2008, saya telah mengikuti satu aktiviti sekolah yang dianjur oleh Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Di dalam aktiviti ini, para palajar dan guru-guru dikehendaki mengembara ke tempat-tempat yang dipaparkan di dalam novel “Hilang Subuh Senja”.
Secara umumnya, tema Subuh Hilang Senja adalah mengenai persekitaran suasana di sebuah Maktab Bebas Elit, yaitu perhubungan antra pelajar dengan gurunya.
Hubungan antara guru dengan pelajar:
Dua orang guru yang kerap mengambil tahu tentang pelajar-pelajarnya ialah Cikgu Daerah. beliau mengajar bahasa Melayu dan sastera melayu, juga manjadi discipline teacher. Beliau serign mengambil tahu pelajar Subuh yang miskin. Sering juga membayarkan yuran maktab Subuh dan membayarkan wang peperiksaan HSCnya. Membela Subuh dan teman-temannya yang dihukum sebat di depan umum, akibat mereka tidak datang berlatih apabila pasukan bolasepak maktabnya berlatih. Beliau juga membela Bujang yang dituduh mencuri di RI dan menggaris kereta Mr Rodrigues. Sebaliknya tidak disengani oleh Salih kerana Cikgu Saerah, yang menjaga tata-tertip perhubungan pelajar lelaki dan perempuan. Perhatikan petikan-petikan ini:
"Cikgu . . . sebenarnya bapa tak eprnah kasi saya duit Cikgu. Saya cari sendiri pada sebelah petang atau malam. Saya bekerja di Haw par Villa Food Centre; dapatlah tiga dollar satu malam dan ditambah dengan saya mencuci kereta guru-guru . . . itulah yang saya gunakan unutk tambang, buku dan membayar yuran maktab Cikgu. Tapi unutk bayar duit periksa ni, saya belum cukup duit, saya minta tangguh atau . . . saya malu nak cakaplah Cikgu . . ."
"O.K. Cikgu faham . . . Begini, Cikgu bayarkan wang periksa awak. Tapi belajar betul-betul supaya awak boleh lulus dan dengan itu awak tidak sia-siakan wang ini dan usaha awak yang bekerja keras unutk membantu diri awak sendir itu. Cikgu sanjung tinggi atas usaha dan kejujuran awak itu . . . Subuh!" (halaman 128)
Petentangan antara pelajar dengan guru-guru:
Pertentangan antara Mer Rodrigues dengan Subuh, Senja dan Bujang, kerana dia menganggap bahawa pelajar-pelajar yang datang dari Pulau Seking itu, semuanya bodoh dan malas. Selain itu apabila pelajar-pelajar tersebut, sebagai ahli pasukan bola Maktab Elit tidak datang berlatih, pelajar-pelajar tersebut didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tata-Tertip. Jawatankuasa tata-tertip yang terdiri daripada ketua-ketua pelajar dan guru-guru; mengundi 5 lawan 5, tetapi Mr Rodrigues mengabil sikap vetonya, bahawa pelajar-pelajar tersebut bersalah. Alasannya pelajar-pelajar tersebut tidak taat kepada peraturan Maktab. menurut peraturan maktab, bahawa taat setia kepada maktab tidak boleh berbelah bagi, walau dengan apapun alasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan