Jumaat, 21 Mei 2010
W2 Bengkel O Elemen Cereka(Dunearn)
Isnin, 17 Mei 2010
Hilang Subuh Senja
Pada tanggal 15 Ogos 2009, saya telah menghadiri sesi “Bicara Sastera” yang dianjurkan oleh Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Di dalam sesi ini, kami diberi peluang untuk bertemu dengan Encik Suratman Markasan, penulis novel Hilang Subuh Senja. Encik Suratman menceritakan bagaimana dia mendapat ilham untuk menulis novel itu.
Pada tanggal 24 Disember 2008, saya telah mengikuti satu aktiviti sekolah yang dianjur oleh Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Di dalam aktiviti ini, para palajar dan guru-guru dikehendaki mengembara ke tempat-tempat yang dipaparkan di dalam novel “Hilang Subuh Senja”.
Secara umumnya, tema Subuh Hilang Senja adalah mengenai persekitaran suasana di sebuah Maktab Bebas Elit, yaitu perhubungan antra pelajar dengan gurunya.
Hubungan antara guru dengan pelajar:
Dua orang guru yang kerap mengambil tahu tentang pelajar-pelajarnya ialah Cikgu Daerah. beliau mengajar bahasa Melayu dan sastera melayu, juga manjadi discipline teacher. Beliau serign mengambil tahu pelajar Subuh yang miskin. Sering juga membayarkan yuran maktab Subuh dan membayarkan wang peperiksaan HSCnya. Membela Subuh dan teman-temannya yang dihukum sebat di depan umum, akibat mereka tidak datang berlatih apabila pasukan bolasepak maktabnya berlatih. Beliau juga membela Bujang yang dituduh mencuri di RI dan menggaris kereta Mr Rodrigues. Sebaliknya tidak disengani oleh Salih kerana Cikgu Saerah, yang menjaga tata-tertip perhubungan pelajar lelaki dan perempuan. Perhatikan petikan-petikan ini:
"Cikgu . . . sebenarnya bapa tak eprnah kasi saya duit Cikgu. Saya cari sendiri pada sebelah petang atau malam. Saya bekerja di Haw par Villa Food Centre; dapatlah tiga dollar satu malam dan ditambah dengan saya mencuci kereta guru-guru . . . itulah yang saya gunakan unutk tambang, buku dan membayar yuran maktab Cikgu. Tapi unutk bayar duit periksa ni, saya belum cukup duit, saya minta tangguh atau . . . saya malu nak cakaplah Cikgu . . ."
"O.K. Cikgu faham . . . Begini, Cikgu bayarkan wang periksa awak. Tapi belajar betul-betul supaya awak boleh lulus dan dengan itu awak tidak sia-siakan wang ini dan usaha awak yang bekerja keras unutk membantu diri awak sendir itu. Cikgu sanjung tinggi atas usaha dan kejujuran awak itu . . . Subuh!" (halaman 128)
Petentangan antara pelajar dengan guru-guru:
Pertentangan antara Mer Rodrigues dengan Subuh, Senja dan Bujang, kerana dia menganggap bahawa pelajar-pelajar yang datang dari Pulau Seking itu, semuanya bodoh dan malas. Selain itu apabila pelajar-pelajar tersebut, sebagai ahli pasukan bola Maktab Elit tidak datang berlatih, pelajar-pelajar tersebut didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tata-Tertip. Jawatankuasa tata-tertip yang terdiri daripada ketua-ketua pelajar dan guru-guru; mengundi 5 lawan 5, tetapi Mr Rodrigues mengabil sikap vetonya, bahawa pelajar-pelajar tersebut bersalah. Alasannya pelajar-pelajar tersebut tidak taat kepada peraturan Maktab. menurut peraturan maktab, bahawa taat setia kepada maktab tidak boleh berbelah bagi, walau dengan apapun alasannya.
Ahad, 16 Mei 2010
Siapa bunuh kucingku?
Pada tanggal 23 September 2009, saya telah diberi kesempatan untuk mengajar di sebuah sekolah. Saya mengajar pelajar menengah satu ekspres cara-cara menjawab soalan kefahaman melalui prosa sastera moden.
Oleh itu, para pelajar harus memahami cerita dengan melakarkan plot, mengenali watak-watak (sampingan atau utama), mengenalpasti latarbelakang tempat dan masa dan mengkaji tema, persoalan dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen dipilih.
Saya talah memilih cerpen “Siapa bunuh kucingku?” yang ditulis oleh Suratman Markasan (pemenang S.E.A. Write 1997) dan pernah diterbitkan di akhbar berita harian pada 7 Julai 1999. Cerpen ini telah dibukukan di dalam antalogi cerpen “Langau menyerang masjid dan cerita-cerita lain.”
Objektif latihan kefahaman ini ialah memberi para pelajar menengah bawahan pendedahan awal untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Elektif.
Pertama, pelajar harus meringkaskan cerita dengan melakarkan plot cerita menerusi acuan tiga segi. Cerita ini akan bermuala dengan eksposisi. Kemudian, jalan cerita ini berkembang sehingga ke puncak sebelum turun ke peleraian. Kedua, pelajar harus mengenal pasti latar belakang cerita dan watak-wataknya.
SEKOLAH MENENGAH DUNEARN
LATIHAN KEFAHAMAN MENERUSI SASTERA PROSA MODEN
SKEMA JAWAPAN
“Barangkali memang betul ada orang bunuh di punya kucing! . . . Sebab minggu lepas pun dia jumpa sama saya dia cakap itu macam juga! . . . Saya fikir kita mesti bikin periksa sama ini orang tua . . . Kita mesti kasihan sama orang tua . . . Apa dia ada famili atau ada? . . . “
(Siapa bunuh kucingku?, dalam antalogi cerpen “Langau menyerang Masjid dan cerita-cerita
lainnya”, halaman 79)
1. | a) Siapakah ‘saya’ di dalam dialog di atas? (2m) Dia adalah salah seorang daripada Anggota Balai (1m) dan namanya Mr Tan Peng Gek (1m). b) Apakah tindakan yang dilakukan oleh ‘saya’ selepas bertemu dengan Nek Mok? (2m) Dia mencadangkan satu rombongan pegawai Anggota Balai menyelidiki lebih lanjut tentantg latarbelakang Nenek Mokinah (1m). Kedua, rombongan ini akan mengusulkan kepada Jawatankuasa Balai supaya memberi bantuan bulanan tetap jika ternya dia tidak mempunyai famili langsung (1m). Ketiga, meminta kerjasama dengan Lembaga masjid, jawatankuasa Qaryah supaya meminta masyarakat menjalankan kempen menyelidik (1m) siapakah telah membunuh kucing Nenek Mokinah. (hlm 87) c) Pada pendapat kamu, adakah Mak Mok akan mendapat perhatian masyarakat jika dia tidak bertemu denga ‘saya’? (4m) Tidak. Ramai orang tidak pedulikan masalah Nek Mok. Ramai anak-anak lelaki suka menggangu Nek Mok. Mereka bersikap kurang sopan (1m) terhadap Nek Mok sehinggakan mereka ditegur oleh seorang pakcik. Ramai orang juga seperti Marhamah dan Cik Mun prihatin terhadap Nek Mok tetapi tidak membuat apa-apa tindakan untuk menolong Nek Mok (1m) dan mereka hanya menolong Nek Mok setelah Jawatankuasa Balai mengadakan kempen mencari (2m) siapa yang membunuh kucing Nek Mok. |
2. | Nyatakan dua pengajaran yang boleh diambil dalam cerita ini? (6m) Perhatian daripada Anggota balai atau ketua akar umbi dapat mempengaruhi tindakan dan pemikiran orang ramai. Sebelum ini, masalah Nek Mok tidak pernah mendapat perhatian dalam masayarakatnya sehingga dia bertemu dengan Mr Tan. Mr Tan mengarahkan pegawainya uutuk menyelidik latarbelakang Nek Mok dan mengadakan kempen unutk mencari kucing Nek Mok. Kita harus mengambil perhatian kepada warga emas. Mereka seringkali berasa sunyi. In adalah kerana ramai warga emas juga mahukan teman ketika hari tuanya. Contoh ini boleh dilihat menerusi watak Nek Mok. Walaupun Nek Mok tingal sendiri, dia mengganggap anak patung kucing muatan itu sebagai temannya. |
3. | Pada pendapat kamu, mengapakah Nek Mok mahu mencari kucingnya yang hilang? (4m) Nek Mok mahu mencari kucingnya yang hilang kerana dia mahu mencari temannya di yang hilang (1m). Ini adalah kerana dia tinggal sendiri di rumah flat sewanya sejak suaminya meninggal lima tahun dahulu. Walaupun kedua-dua orang anak lelakinya sudah berkahwin mengajak Nek Mok tinggal bersama mereka, dia menolak kemahuan anaknya kerana mahu tinggal sendiri (2m). Oleh kerana, dia merasa kesunyian di rumah, dia menganggap kucing itu sebagai temannya walaupun kucing itu merupakan kucing buatan (1m). (hlm 85) |
4. | Terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan. a) terketar-ketar (halaman 82, perenggan 10) (2 markah)
b) komat-kamit (halaman 85, perenggan 11) (2 markah)
c) menyorokkan tubuhnya (halaman 90, perenggan 6) (2 markah) |
Bilik Ahmad Berdaki
Sejajar dengan Pesta M1 Singapore Fringe 2010: Art and Law, drama teatre Bilik Ahmad Berdaki memaparkan sebuah bingkisan hati yang terpendam dari golongan terpinggir. Drama yang trilogi 180 minit ini merupakan satu saluran di mana suara terpinggir dapat diluahkan melalui seni lakonan. Walaupun teater ini ringkas, ia padat dengan perutusan-perutusan yang ingin disampaikan oleh sang pengarang.
Kekuatan drama Bilik Ahmad Berdaki boleh dilihat menerusi ekspresi muka daripada pelakon-pelakon dan kesan bunyi daripada perkakas-perkakas yang digunakan. Dari awal lagi, para penonton telah terkesan dengan bunyi-bunyi yang disengajakan oleh para pelakon menerusi. Teatre ini banyak menggunakan perkakas besi yang dapat mengeluarkan bunyi nyaring apabila dilanggar atau digesir. Contoh ini dapat dilihat apabila Hamid sedang membuat air kopi. Bunyi nyaring itu dapat didengar apabila dia menuang air ke dalam cawan besi dan mengacaunya perlahan-lahan menggunakan sudu besi. Ini membuat daya menarik agar penonton dapat memberi fokus kepadanya walaupun Farid dan Hasni sedang duduk berokok. Ini menunjukkan kesan sunyi itu lebih mendapat perhatian daripada kesan visual seperti asap rokok.
Di dalam babak “Ahmad”, buah pisang itu membawa sesuatu konotasi yang berusur erotisme. Konotasi ini juga hidup seiring dengan ekspresi muka dan nada suara yang dilakukan oleh pelakon. Contohnya, keseronokan Ahmad untuk memakan pisang yang disuap ke mulut boleh dilihat menerusi ekspresi muka pelakon. Mereka memakannya dengan mengunyah pisang itu dengan memek muka yang manja. Walaupun muka-muka pelakon tidak didandan, ekpresi muka dan nada suara yang asli cukup kuat unutk menghidupkan watak yang dibawa mereka.
Walaupun demikian, drama teatre Bilik Ahmad Berdaki ini juga mempunyai kelemahan. Kelemahan ini boleh dilihat menerusi kegagalan sang pengarang untuk memberi perutusan yang berunsur komidi atau jenaka. Seperti apa yang telah dicatatkan dan diakui sendiri oleh Encik Noor Effendy Ibrahim di dalam sesi soal jawab, tujuan drama ini ialah meluahkan perasaaan orang terpinggir melalui komidi. Namum begitu, pada persepsi saya, drama ini tidak boleh dikategorikan sebagai drama komidi seperti mana yang telah ditulis di dalam risalah.
Pengarang dapat melukiskan unsur-unsur jenaka pada babak Ahmad di mana terdapat unsur-unusr erotisme yang amat ketara. Namun nada babak Bilik dan Berdaki tidak melucukan. Pada babak Bilik, cara menyampaikan mesej itu amat kasar. Terdapat beberapa aksi menaik seperti mencabul kehormatan wanita dan pembunuhan. Aksi-aksi ini terus mengeluarkan nada yang kasar. Aksi-aksi lucu hanya berlaku dalam pertelingkahan mengenai menggunakan perkata “mengapa” dan “kenapa”. Namun secara keseluruhannya, jalan cerita babak ini penuh dengan konflik dan sulit bagi penonton untuk renung apa yang dimaksudkan pelakon itu. Pada babak terakhir “Berdaki” pula sungguh tragis. Di sini saya boleh melihat kelemahan drama ini dari segi nada suara dan dialog yang digunakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perutusan drama ini dibawa dengan baik. Jika perutusan drama ini mahu diutarakan dengan cara komidi, saya berpendapat bahawa dialog dan nada suara pelakon harus diteliti semula.
Secara keseluruhannya, drama teater ini telah jaya membawa luahan perasaan golongan terpinggir ke persada seni. Walaupun drama ini mengupas isu-isu yang terlarang seperti homoseksual, pengkhianatan, kerakusan dan kebobrokan individu, namum nilai-nilai estetik dalam drama ini dapat dikawal dengan rapi.
Rawa: Tragedi Pulau Batu Putueh
Novel Rawa: Tragedi Pulau Batu Puteh merupakan satu percubaan yang berani oleh Isa kamari untuk mengupas sejarah Singapura dari sudut pandangan orang laut. Sejarah Singapura yang kita pelajari dari teks buku sekolah merupakan sejarah rasmi yang telah ditetapkan oleh pemerintah Singapura atas usaha untuk membina negara (national building). namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa sejarah negara mempunyai pelbagai versi bergantung kepada siapa yang membentuknya. Jika kita kupas sejarah Singapura dariapda novel Rawa, Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Johor Riau. Namun begitu, kita mesti akui bahawa versi sejarah Singapura yang dikatakan oleh orang laut mungkin amat berbeza dengan versi sejarah Singapura daripada sudut orang Tionghua yang bekerja sebagai seorang penarik beca. Ini adalah kerana kedua-dua personaliti ini mempunyai pengalaman yang amat berbeza walaupun mereka hidup dalam zaman yang sama. Orang laut yang menetap di Sungai Seletar berpendapat bahawa kerajaan Melayu di Singapura telah kehilangan kuasa politlik disebabkan oleh kuasa Barat yang lebih kuat. Dia akan menganggap bahawa orang Melayu merupakan bangsa asal Singapura. Namun begitu, dari sudut pandang orang Tionghua atau perniaga Arab yang tiba di Singapura setelah Raffles membuka Singapura sebagai tempatt perdagangan, mereka tidak mengangap Singapura sebagai tanah tumpah mereka. Tujuan mereka ke Singapura ialah untuk mencari rezeki dan berniaga.
Di dalam novel ini juga, Isa kamari telah menimbulkan dua watak yang tinggal dalam dua zaman yang berbeza. Hassan merupakan cucu kepada Rawa. Dia telah dibesarkan di Singapura selepas Singapura dipisahkan daripada Malaysia. Berdasarkan teks novel Rawa, Isa kamari telah mengetengahkan watak Hassan sebagai seorang yang belajar mengenai sejarah Singapura melalui buku teks. Rawa pula merupakan seorang yang telah mengalami perubahan politik memandangkan dia hidup pada zaman itu. Memandangkan buku teks sekolah merupakan satu alat di mana pemerintah telah menetapkan versi sejarah Singapura, ada perkara-perkara yang tidaka ada dalam buku teks di atas sebab-sebab yang sensitif.
Namun begitu, sejarah yang rasmi amat penting bagi sesebuah negara. Ini adalah kerana rakyat sesebuah negara itu harus berpegang teguh kepada satu nilai atau sastera sejarah yang sama agar negara bangsa dapat dicipta dengan beratur. Sejrah Singapura yang berada di dalam sekolah mempunyai tujuan untuk menerapkan nilai kenegaraan. Apabila Singapura dipisahkan daripada tanah Melayu pada tahun 1965, muncu pula isu siapakah sebenarnya bapa pengasas Singapura. Namun begitu, atas dasar pembanguanan Singapura dibina oleh masyarakat pendatang, Raffles telah diiktirafkan sebagai pengasas Singapura.
Putera Gunung Tahan
Peranan pengenal dalam novel “Putera Gunung Tahan”
Perenggan 1:
- Memberi pengenalan kepada pembaca mengenai ciri-ciri negeri pahang
- Menyifatkan megeri Pahang sebagai negeri paling besar di senanjung Malaya
- Konsep “terbesar”
- “besar” lambang kekuatan, kemegahan, keberanian
- Paling besar, megah dan berani
- Bukan negeri yang boleh dipandang rendah atau temeh
- Bukan negeri yang harus dipandang rendah kedudukannya apatah lagi orang-orang yang berasal dari negeri itu
- Menunjuk kemegahan diri sebagai watan negeri itu
- Tuan gabenor, pandangan/pemerhati dari orang asing juga mengatakan negeri Pahang adalah negeri yang besar
- Hutan rimba belum lagi dilawati manusia (ms. 1)
Perengan 2:
- Menerangkan bahawa negeri Pahang telah menyaksikan banyak peperangan
- Melahirkan hulubalang-hulubalang dan pahlawan yang menentang kedatangan inggeris
- Orang pahang terkenal dengan darah kepahlawannya seperti Bahaman, Mat Gajah, Mat Kilau dan lain-lainnya
- Mempunyai semangat kepewiraan untuk melawan penjajah British
- Teguh dan berani menentang musuh
- Hikayat yang boleh dibanggakan
- Namun, ramai orang tidak menghargai langsung perjuangan orang
- Contohnya, banayk orang menyombong-nyombongkan keturunan daripada bahaman atau Mat Gajah unutk mendapatkan jawatan
Perenggan 3:
- Namun begitu, pahlawan-pahlawan melayu berasal daripada negeri Pahang itu tetap disemadikan ke dalam hati orang pahang
- Ini adalah milik warisan orang Pahang yang tidak boleh diubah
- Tidak boleh dilupakan
- Tidak boleh direndah-rendahkan
- Kerana orang pahang mempunyai sejarah yang boleh dimegahkan
Peranggan 4:
- Menggunakan asal nama “Lubuk Rakit’ sebagai contoh
- Asal-usul nama tempat ini penuh dengan sejarah
- Dipercayai berasal daripada peristiwa sejarah dalam menentang Inggeris
- “Zaman perang Bahaman dahulu terlalu banyak askar0askar Sikh mati dibunuh itu beratus-ratus hanyut dan tersangkut di lubuk itu macam rakit rupanya
- Ada beratus-ratus benda yang akan mengekalkan dan memperingatkan selama-lamanya perihal kepahlawanan ruh-ruh yang suci itu.
Peranggan 5:
- Mengetengahkan kewujudan Gunung Tahan sebagai kemuncak tertinggi di dalam Semenanjung Tanah Melayu
- Gunung Tahan sebagai payung:
- Pelindung kepada negeri sembilan
- Menurut cerita dongeng orang lama-lama banayak orang bumian dan makhluk kayangan yang tinggal di kawasan tinggi
- orang yang tinggal di tempat tinggi mempunyai taraf yang tinggi
- mengadungi misteri dan mintos yang dimiliki orang ramai sebagai sastera rakyat
- Menyamakan kedudukan bangsa Melayu dengan bangsa lain
- Bangsa lain bermegah dan berbangga dengan gunung semulajadi yang terletak di negeri mereka seperti orang India menghormati Gunung Himalay, Jepun memuji Fuji dan Europah bermegah dengan kemuncak Alps
- Berbangga dengan sejarah mintos dan lagenda
- Gunung sebagai pelindung tanda mercu kejayaan dan pelindung
Perenggan 6:
- Mengaitkan lagenda puteri Gunung Ledang dengan Putera Gunung Tahan
- Secara sedar mengatakan bahawa cerita “Putera Gunung Bongsu” merupakan sebuah mintos yang harus dibanggakan
- Sama seperti cerita Puteri Gunung Ledang yang menjadi kebanggaan rakyat
Perenggan 7 & 8:
- Kononnya, putera raja lari unutk menyelamatkan diri ke gunung tahan
- Membandingkan peperangan orang Putih dan orang Melayu seperti peperangan di antara Itali dan Habshi
- Pihak Inggeris dengan askarnya daripada orang-orang Sikh itu ada juga lengkap dengan senjatanya iaitu senapang tetapi pihak orang Melayu hanya bersenjatakan tombak atau lembeng
- Orang Melayu tidak bnayk yang mati kerana tahu selok-belok dan daerah-daerah di dalam negeri seperti perang di hutan (serang hendap)
Perenggan 9:
- Ada seorang putera raja telah pergi ke gunung Tahan
- Oleh kerana tewas dam peperangan dan malu dengan sikap saudar-saudarnya telah bermuka dua dan tidak upaya melawan musuhnya
- Maka putera itu lari ke hulu sungai ke dalam hutan menuju ke leretan gunung
- Dan diakui oleh penulis yang ini merupakan cerita rekaan.