Dalam perbandingan di antara Abdullah Munsyi dan Ibrahim Munsyi dari segi pemikiran, memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua tokoh ini melihat kemaslahatan masyarakat daripada punca yang sama iaitu, kurang penegasan kepada pendidikan asas seperti menulis dan membaca terutama sekali di kalangan golongan aristokrat. Namun begitu, kita juga harus mengubah satu tanggapan bahawa Ibrahim Munsyi telah peniru idea dan pendapat daripada bapanya secara bulat-bulat tanpa berfikir. Ibrahim Munsyi, jika diteliti struktur teks karyanya Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi, terdapat tanda-tanda di mana Ibrahim Munsyi cuba menggunakan Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan sebagai contoh untuk menghasilkan karyanya tersediri. Pada masa yang sama, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Ibrahim Munsyi ada cita-cita untuk menyambung dan mewarisi peranan dan kebolehan bapanya, Abdullah Munsyi, sebagai seorang intelek. Namun begitu, kisah pelayaran Ibrahim Munsyi adalah asli dari segi isi kandungannya.
Hasil buah fikiran Ibrahim Munsyi adalah berdasarkan pengalamannya berlayar ke Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang terletak di pantai barat semenanjung tanah Melayu pada tahun 1971 hingga 1972. Ini amat berbeza dengan Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan yang hanya mendokumentasikan pengalamannya ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai timur semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Penulisan dan buah fikiran Ibrahim Munsyi di dalam kisah pelayarannya telah memberi perpektif yang berbeza mengenai kerajaan negeri Melayu pada kurun kesembilanbelas memandangkan kedua-dua kisah pelayaran yang didokumentasi oleh mereka berdasarkan konteknya yang sama, iaitu, pada kurun kesembilanbelas tetapi pada tempat yang lain. Oleh itu, corak pemikiran Ibrahim Munsyi telah banyak terpengaruh daripada pengalamannya ketika semasa dalam pelayarannya telah membuatnya sebagai seorang pemikir yang bebas dan tidak tertawan oleh prinsip bapanya sahaja.
Terdapat beberapa faktor melalui pengalamannya yang menyembabkan dia mempunyai berasa perlunya sistem pendidikan yang formal untuk pengajian anak-anak bangsa. Ibrahim Munsyi amat kritikal terhadap golongan aristokrat yang tidak tahu membaca dan menulis langsung. Dia mempunyai pendapat ini seteleh bertemu dengan Yamtuan Abdul Samad dan Raja Yaakob di tempat yang berlainan. Untuk memberi konteks yang tepat, sewaktu ketika Ibrahim Munsyi sedang membuat lawatan ke Selangor dengan Tuan Irving, negeri Selangor sedang berada di ambang peperangan. Punca peperangan ini berlaku disebabkan persaingan untuk merebut kawasan yang mendatangkan hasil bumi seperti biji timah. Kemarahan Ibrahim Munsyi terhadap golongan aristokrat ini ialah mereka terlalu bergantung kepada orang kepercayaannya. Yamtuan Abdul Samad, sebagai contoh, tidak langsung membaca surat yang ditulis oleh keraninya yang akan dihantar kepada anaknya Raja Yaakob. Di dalam masa yang lain pula, Ibrahim Munsyi melihat sendiri betapa dahsyatnya Raja Yaakob yang tidak tahu menandatangani suratnya yang mahu dihantarkan kepada ayandanya untuk menjelaskan kedudukan selangor. Ibrahim Munsyi berpendapat bahawa pemimpin masyarakat perlu tahu sekurang-kurangnya ilmu surat-menyurat terutama sekali dalam hal diplomatik. Kelemahan pemimpin masyarakat Melayu menurut Ibrahim Munsyi ialah tidak tahu membaca dan menulis. Oleh disebabkan itulah, kesulitan mungkin akan berlaku kerana raja-raja Melayu, memandangkan mereka buta huruf, tidak dapat menyemak surat yang ditulis oleh orang suruhnya.
Kesedaran Ibrahim Munsyi terhadap pentingnya memberi pendidikan asas menulis dan membaca kepada masyarakat Melayu juga bermula daripada pengalamannya berlayar ke Melaka. Ibrahim Munsyi sebenarnya diminta tolong oleh Tuan Birch untuk mengalihkan bahasa borang mengisi geran daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Oleh kerana ramai orang melayu tidak faham Inggeris, Tuan Birch telah mengetawakan kebodohan orang Melayu. Daripada pertemuannya kepada masyarakat Melayu Melaka yang terbabit, Ibrahim Munsyi sedar bahawa persuratan Melayu sudah mula menghadapi perubahan. Pentadiran negeri yang berorientasikan perjanjian bertulis telah memberi perlaksanaan tugas yang lebih teratur dan kemas. Dengan pentadbiran yang berlandaskan perjanjian bertulis yang semakin menyerap ke dalam hidup seharian masyarakat Melayu, pengetahuan asas seperti menulis dan membaca seharusnya diberi penekanan kepada orang Melayu.
Jika dibandingkan pengalaman Ibrahim Munsyi dan telah saya bincangkan di atas dan bapanya, Abdullah Munsyi, terdapat beberapa persamaan mengenai keadaan masyarakat Melayu pada kurun kesembilanbelas. Abdullah Munsyi, di dalam Kisah Pelayaran Ke Kelantan, pernah mengutuk anak-anak raja di Kelantan kerana tidak tahu membaca surat sehinggakan Abdullah Munsyi memberi Tengku Temena kitab Taju As-Salatin sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Namun begitu, isi kandungan kisah pelayaran Ibrahim Munsyi tetap asli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan