Khamis, 25 Ogos 2011

Nadirah


Pada tanggal 17 Ogos, saya telah ke sebuah pementasan 'Nadirah' di studio peti hitam NLB. Nadirah merupakan naib presiden Persatuan Islam di universitinya. Ibu bapa Nadirah sudah bercerai sejak dia berusia 8 tahun. Bapanya telah berkahwin dengan seorang Datin di Malaysia. Nadirah menghadapi dilema setelah ibunya mahu berkahwin dengan seorang yang beragama Kristian. Kawannya, Farouk, yang juga Presiden Persatuan Islam, menetang perkahwinan ibu kepada Nadirah dan Robert, lelaki beragama Kristian. Robert merupakan seorang doktor. Dia juga baru kematian isterinya yang beragama Kristian. Tanpa kehadiran Nadirah, ibu Nadirah telah pergi ke gereja dan sanggup membuka tudung kerana takut disalahanggap oleh masyarakat. Drama ini mengetengahkan isu mampukan ibu dan anak menyembah Tuhan yang berlainan tanpa perselisihan? Patutkah orang Islam berkahwin dengan seorang bukan Islam secara civik? Patutkah kita menukar agama semata-mata kita mencintai seseorang itu?

Drama Nadirah ini pernah memenangi Skrip original terbaik dan pembantu pelakon wanita terbaik.

2 ulasan:

  1. Ini kisah nadirah based kisah benar atau apa?

    BalasPadam
  2. Penulis skrip mendapat idea daripada kisah benar iaitu maria hertough controversy di mana seorang wanita Belanda telah dipaksa untuk berpisah dengan suaminya kerana mengikut undang-undang kolonial, pernikahan itu tidak sah. Tetapi teater nadirah ini cerita rekaan semata-mata

    BalasPadam