Ahad, 24 Julai 2011

Gerak Puisi@Esplanade

Acara Gerak Puisi ini merupakan salah satu acara Bulan Bahasa 2011. Acara ini dijayakan oleh Kelompok Sekolah-sekolah Kesusasteraan (KSSK). Terdapat empat buah sekolah yang mengadakan persembahan ini. Persembahan satu jam ini diadakan di Concourse@Esplanade pada 8 Julai 2011 pada pukul 6 petang dan 9 Julai 2011 pada pukul 3 petang. Objektif Gerak Puisi ini ialah memupuk minat terhadap sastera Melayu dan mempamerkan bakat kreatif pelajar kepada masyarakat umum.

Sekolah Menengah Dunearn



Sekolah Menengah Dunearn telah mendeklamasikan sajak 'Apa yang kau marahkan, tsunami?' hasil karya Encik Peter Augustine Goh. Sajak ini dihasilkan pada tahun 2005 selepas Acheh dilanda tusnami. Encik Peter juga turut hadir bersama.

Sekolah Menengah Tanjong Katong



Sekolah Menengah Tanjong Katong mempersembahankan sajak 'Nadim' dengan cara kreatif yang penuh bergaya. Lakonan mereka juga amat membanggakan.

Sekolah Menengah Yusof Ishak



Sekolah Menengah Yusof Ishak telah mempersembahkan sebuah puisi yang berjudul 'Aku'. Puisi ini membawa perutusan bahawa seseorang harus mempunyai sebuah impian untuk menikmati kejayaan dan mencapai cita-cita.

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang



Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang telah mengadakan persembahan drama puisi 'Hang Nadim'. Persembahan ini berdasar cerita klasik daripada Sulalatus As-Salatin yang telah diubahsuai. Seorang budak lelaki mahu mengubah sejarah. Dia telah mencipta satu mesin yang boleh membawa mereka ke kurun duabelas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan