Jumaat, 8 Oktober 2010

Imbas Ampas: Kenangan Bersamaku - sebuah pementasan NUS Ilsa Tari


Pada tanggal 2 Oktober 2010, saya berkesempatan untuk menontoni pementasan oleh ilsa tari. pementasan Ilsa tari pada kali ini berdasarkan filem-filem yang pernah ditayangkan di Jalan Ampas. Jalan Ampas merupakan temapt bersejarah di mana banyak filem-filem Melayu yang dihasilkan. namun begitu, ramai orang melayu Singapura lupa bahawa Studio Jalan Ampas adalah sebuah tempat di mana zaman kegemilangan industri filem Melayu bermula.

Di antara lakonan dan tarian yang dipentaskan ialah Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Pendekar Bujang Lapok, Anakku Sazali dan tiga Abdul.

Gambar ni diambil di UCC

Pada keseluruhannya, pementasan ini agak baik dan memuaskan walaupun pementasan ini agak pendek. Saya rasa pementasan ini harus diulangi lagi. Namun begitu, masih ada ruang untuk dibaiki. Filem-filem yang dipilih unutk dilakonankan agak tersekat. Ramai orang masih tidak tahu siapakah pengarah filem tersebut. Malah, keunggulan P.Ramlee tidak ditonjolkan di dalam pementasan ini. Saya perpendapat, pementasan ini harus memberi sedikit latarbelakang mengenai kehidupan P. Ramlee. Atau mengadakan pementasan yang memaparkan kisah P.Ramlee. Pementasan ini mungkin akan lebih gah jika diakhiri dengan lagu 'Air mata di Kuala Lumpur".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan