Ahad, 8 Ogos 2010
Seminar Imbas . . . Ampas: Kenangan bersamamu oleh Yusnor Ef
Jumaat, 30 Julai 2010
Gotong-royong sebagai budaya Melayu
"Perasmian Bulan Bahasa pada 25 Jun 2010 tidak akan berjaya tanpa semangat gotong-royong yang ada pada masyarakat kita."
Semangat gotong-royong telah lama diterapkan ke dalam jiwa masyarakat Melayu. Malah semangat bergotong-royong ini sudah menjadi satu nilai yang boleh dibanggakan sehingga hari ini. Namun begitu, benarkan semangat bergotong-royong ini semakin pudar?
Pada pendapat saya, semangat bergotong-royong ini i masih lagi kekal dalam masyarakat walaupun rakyant Singapura telah lama tinggal di rumah flat. Sebenarnya semangat bergotong-royong ini seharusnya dipupuk semanjak kecil lagi terutama sekali pada masa muda. salah satu contoh kuat yang boleh kita dapat ialah nilai bergotong-royong yang masih ada dalam masyarakat ketika membuat persiapan perasmian Bulan Bahasa. Berterus terang, bergotong-royong adalah salah satu nilai yang amat tinggi. Bergotong-royong ini memerlukan semangat sukarela tanpa dibayar atau dipaksa. Namun, kita tidak boleh terus leka dengan budaya ini. Jika kita leka, budaya bergotong-royong ini akan pudar.
Namun, daripada pengalaman saya menjalani perkhidmatan negara, saya masih mendapati bahawa nilai-nilai dalam tentera ini sangat berlandaskan semangat bergotong-royong. Ini adalah kerana askar-askar selalunya dipupuk untuk berjuang sebagai kumpulan. Dengan secara tidak langsung, nilai-nilai bergotong-royong ini akan dipupuk ke dalam diri seorang askar.

Selasa, 6 Julai 2010
YEP - Ekspedisi OKI, Pentas Budaya, Pesta Pantun, Perkampungan Bahasa dan Budaya: PBMUKS sebagai pejuang bahasa dan budaya Melayu
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) merupakan satu-satunya persatuan pelajar di Universiti Kebangsaan Singapura yang memperjuangkan bahasa dan budaya. Namun begitu, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bangun jatuh aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PBMUKS bergantung kepada sokongan masyarakat juga.
Empat projek raksasa - YEP: Ekspedisi OKI, Pentas Budaya, Pesta Pantun dan Perkampungan Bahasa dan Budaya dalam tahun 2010. Seperti papan blog sebelum ini, tujuan saya untuk menulis rencana ini ialah untuk mendidik. Oleh itu, saya akan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai projek-projek melestarikan bahasa dan budaya Melayu yang dianjurkan oleh PBMUKS agar para pembaca dapat sedikit sebanyak dapat menimbah ilmu daripada projek-projek ini.
Pada masa yang sama, kita haruslah bersikap kritikal. Kita harus mengkaji projek-projek tersebut dari sudut perspektif yang berbeza agar kita dapat mengetahui faedah-faedah menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, mengenalpasti punca-punca mengapa masyarakat melayu tidak mahu menyertai aktiviti ini dan mencari akal untuk menarik lebih ramai lagi menyertai aktiviti-aktiviti pada masa yang akan datang.
PESTA PANTUN 2010

Sejarah ringkas
- Ditubuhkan oleh jawatankuasa PBMUKS bersama-sama dengan Encik Djamal Tukimin, Encik Suratman Markasan dan Encik Aliman Hassan.
- Institusi yang menjadi juara tiga kali berturut-turut akan membawa pulang piala pusingan Suratman Markasan
- Pertama kali diadakan pada tahun 1997 di mana Maktab Rendah Kebangsaan menjadi juara
- Pada tahun 1998, Politeknik Temasek merupakan politeknik pertama menjuarai pertandingan ini
- Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah merupakan madrasah pertama memenagi pertandingan ini pada tahun 1999
- Pada tahun 2009, ITE East (Kampus Bishan) merupakan Institiusi Pendidikan Teknikal pertama mewakili ITE
- Institusi-institusi yang pernah menang:
3 kali: Maktab Rendah Yishun (2006, 2007, 2010), Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (2005, 2008, 2009)
1 kali: Politeknik Temasek (1998), Politeknik Singapura (2004), Maktab Rendah Anderson (2002)
Faedah-faedah menyertai acara ini:
- Memupuk keyakinan diri untuk mengarang pantun secara sepontan
- Para pelajar dapat menggunakannya di dalam majlis pertunangan dan perkahwinan
- Mengenali kesantunan bahasa Melayu
- Mewarisi budaya dan sastera Melayu lisan
- Menubuhkan kelab dondang Sayang PBMUKS - kelab ini boleh membuat persembahan di aktiviti-aktiviti Melayu di NUS
- Bekerjasama dengan kelab dondang Sayang peranakan di Singapura dalam memperkayakan nilai estetika dan budaya
- Kerjasama dengan persatuan baba/peranakan boleh membuat acara Pesta Pantun ini lebih menarik
- Oleh itu, pertandingan ini bukan sahaja menilai pantun-pantun yang dikarang secara bertulis tetapi dinilai dari segi estetiknya
- Secara tradisi, Pesta Pantun ini berbentuk pertandingan yang serius. Namun dengan mengaitkan berbalas pantun menerusi persembahan dondang Sayang sebagai bahagian yang akan dinilaikan, pertandingan ini akan lebih menarik sekaligus melestarikan budaya Melayu
- Lelaman persatuan baba Singapura adalah seperti berikut: www.gunongsayang.org
PENTAS BUDAYA 2010

Sejarah ringkas
- Pertama kali, pentas budaya ditubuhkan pada tahun 2008 untuk memberi saluran kepada mahasiswa daripada NUS yang minat dalam pementasan untuk menunjukkan bakat mereka
- Pementasan pertama: Kusuma wangi, Pusat Kebudyaan Universiti (UCC), 13 April 2008
- Pementasan kedua: Qalbu, Teater Lee Foundation, 12 April 2009
- Pementasan ketiga: Kabus, Pusat Kebudayaan Universiti (UCC), 11 April 2010
- memupuk penggunaan bahasa Melayu
- memberi saluran kepada mahasiswa yang minat dalam bidang teater untuk memperbaiki bakat mereka
- melestarikan budaya dan teater Melayu
- memperkayakan tahap lakonan para pelajar dalam bahasa Melayu
- mempertimbangkan teater bangsawan, mungkin 2 tahun atau 3 tahun sekali
- menarik kumpulan tarian untuk menyertai lakonan supaya ruang teater dapat dimaksimumkan.
PERKAMPUNGAN BAHASA DAN BUDAYA 2010

Isnin, 5 Julai 2010
Melestarikan syair: Fungsi, tradisi dan relevannya
Di dalam papan blog ini saya ingin membincangkan mengenai syair. Oleh itu saya akan membahagikan penulisan saya ini kepada tiga bahagian: Pertama, saya akan membincangkan apakah ciri-ciri syair yang baik. Kedua, mengapa syair tradisional harus dikekalkan dan didokumentasikan. Akhir sekali, bagaimana masyarakat dapat melestarikan syair. Penulisan saya pada kali ini mempunyai tujuan untuk mendidikan pembaca mengenai syair. Oleh itu, saya akan menerangkan perbincangan saya secara berformat dan tersusun tidak seperti penulisan saya sebelum ini yang lebih bercorak penulisan esei.
Saya juga masih dalam proses pembelajaran mengenai syair. Oleh itu, jika ada silap dan salah tolong tunjukkan.
1) Ciri-ciri syair yang baik
Saya ingin menukil ciri-ciri syair yang baik daripada buku "Dalam berkekalan persahabatan: Surat-surat Raja Ali Haji kepada Von de Wall" yang diterjemahkan oleh pensyarah saya, Associate Professor Jan van der Putten dan Dr Al Azhar Ibrahim. Di dalam perhubungan surat-menyurat Raja Ali Haji dan Residen Holanda Von de Wall, Raja Ali haji telah memperjelaskan kepada Von de Wall mengenai ciri-ciri syair yang baik. Ciri-ciri syair telah dijelaskan oleh Raja Ali Haji seperti berikut:
Kesempurnaan syair Melayu ada tiga ciri:
1) cukup timbangannya
- Syair Melayu ada empat misra', yakni empat keping tudung pintu diumpamakan orang
- Maka tiap-tiap satu misra' empat ditimbang dengan empat kalimah yakni empat kata
- Adapaun satu kata itu siku-siku disebut orang satu-satunya
- Mafhumlah orang sama ada nama atau perbuatan atau huruf
- Empat misra' itu jadi enam belas kata-kata
- Contohnya:
Dengarkan tuan suatu rencana
Dikarang fakir dagang yang hina
Barangkali ada yang kuringa kena
Tuan betulkan jadi sempurna
2) betul sajaknya
Dikarang fakir dagang yang hina
Barangkali ada yang kuringa kena
Tuan betulkan jadi sempurna
2) betul sajaknya
- bermula adalah sajak itu huruf yang jatuh pada akhir tiap-tiap misra'
- Contohnya:
Ayuhai saudaraku yang pilihan
menuntut ilmu janganlah segan
Jika tiada ilmu di badan
seperti binatang di dalam hutan
3) tiada cacat dengan sebab berulang-ulang apalagi janggalmenuntut ilmu janganlah segan
Jika tiada ilmu di badan
seperti binatang di dalam hutan
- syair yang cacat atas tiga perkara: cacat pada sajaknya, cacat pada berulang-ulang yang bukan ta'kid dan tiada cacat kepada sajak, yaitu perkataan di dalam empat misra' itu berlainan mafhumnya jadi tiada berketahuan.
- Contoh 1:
Dengarkan tuan suatu peri
Di dalam laut hiu dan pari
Mengenangkan untung nasibnya diri
Mukanya manis berseri berseri
Di dalam laut hiu dan pari
Mengenangkan untung nasibnya diri
Mukanya manis berseri berseri
- Contoh 2:
hai sahabatku yang berbudi lagi berakal
janganlah kamu lalai dan jahat
Hendaklah kamu berusaha serta rajin dengan tawakal
ketika mudamu apalah patut bekerja mencari bekal
janganlah kamu lalai dan jahat
Hendaklah kamu berusaha serta rajin dengan tawakal
ketika mudamu apalah patut bekerja mencari bekal
- Jika hendak dibetulkan timbangannya serta mafhum maknanya, bersamaan juga maksudnya inilah misalnya:
Hai sahabatku yang berakal
Janganlah kamu lalai dan nakal
hendaklah kamu rajin tawakal
Ketika mudamu mencari bekal
Janganlah kamu lalai dan nakal
hendaklah kamu rajin tawakal
Ketika mudamu mencari bekal
"Namun begitu, ciri-ciri syair ini merupakan analisis daripada teorinya. Syair masih ada tradisi oral. Syair merupakan salah satu bentuk puisi tradisional Melayu yang mempunyai tradisi oral. Kesannya lebih kepada mendengar daripada membaca. Oleh itu, syair bukan sahaja diuji dari cara mengarangnya tetapi bacaannya juga"
Tersebutlah kisah dahulu kala
Kisah terjadi di Signapura
Seorang wanita cantik parasnya
Radin Mas Ayu diberi nama
Pangeran Adipati Agung ayahnya
Dia adalah seorang duda
Isteri terbunuh kerana bencana
Rumah dibakar baginda murka
Kerana kecewa dengan abangnya
membawa diri ke Singapura
Radin Mas Ayu menurut serta
Tinggal di Kampung Telok Belangah
2) Mengapa syair tradisi harus dikekalkan dan didokumentasikan
Inilah gambar saya apabila saya membaca syair. Ini merupakan bacaan syair saya yang pertama di depan khalayak ramai semasa dalam sesi pertukaran budaya dengan mahasiswa Universitas Andalas. Namun, sayangnya, saya tidak memakai sepatu yang sesuai. Berikut adalah sebahagian syair yang saya baca:Pelbagai sebab mengapa syair-syair lama harus didokumentasikan. Syair-syair lama ini dikarang oleh dengan tujuan berhibur, merakamkan detik-detik sejarah, agama, nasihat dan sebagainya. Salah satu syair yang saya telah mendeklamasikan ialah syair Radin Mas Ayu. pada ketika itu, saya ditugas untuk mempamerkan budaya dan sastera Melayu di Singapura ketika saya berdarmasiwata ke Sumatra Barat.
Pada malam hari kedua, mahasiswa-mahasiswa daripada kedua-dua universiti, Universiti kebangsaaan Singapura dan Universitas Andalas bertukar-tukar budaya. Pada malam itu saya telah menyanyikan syair Radin Mas Ayu. Saya telah memilih syair ini kerana syair ini mengesahkan hikayat Radin Emas yang berlaku di Singapura. Pada pendapat saya, syair ini boleh membuat orang Singapura lebih bangga kerana ia menunjukkan sejarah kerajaan temasek yang lebih lama. walaupun ada juga Syair Singapura terbakar dan Syair kampung Glam terbakar yang dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Namun begitu, syair-syair yang dikarang oleh Abdullah Munsyi ini dikarang dalam konteks moden. Jika kita meneliti syair-syair lama seperti syair Siti Zubaidah dan sebagainya, syair ini tidak jelas siapa pengarangnya. Natijahnya, apa yang hendak ditekankan oleh saya di sini ialah dokumentasi dan pengekalan syair-syair lama ini amat penting kerana ia merupakan warisan pusaka kita.

Pada malam hari kedua, mahasiswa-mahasiswa daripada kedua-dua universiti, Universiti kebangsaaan Singapura dan Universitas Andalas bertukar-tukar budaya. Pada malam itu saya telah menyanyikan syair Radin Mas Ayu. Saya telah memilih syair ini kerana syair ini mengesahkan hikayat Radin Emas yang berlaku di Singapura. Pada pendapat saya, syair ini boleh membuat orang Singapura lebih bangga kerana ia menunjukkan sejarah kerajaan temasek yang lebih lama. walaupun ada juga Syair Singapura terbakar dan Syair kampung Glam terbakar yang dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Namun begitu, syair-syair yang dikarang oleh Abdullah Munsyi ini dikarang dalam konteks moden. Jika kita meneliti syair-syair lama seperti syair Siti Zubaidah dan sebagainya, syair ini tidak jelas siapa pengarangnya. Natijahnya, apa yang hendak ditekankan oleh saya di sini ialah dokumentasi dan pengekalan syair-syair lama ini amat penting kerana ia merupakan warisan pusaka kita.

Tersebutlah kisah dahulu kala
Kisah terjadi di Signapura
Seorang wanita cantik parasnya
Radin Mas Ayu diberi nama
Pangeran Adipati Agung ayahnya
Dia adalah seorang duda
Isteri terbunuh kerana bencana
Rumah dibakar baginda murka
Kerana kecewa dengan abangnya
membawa diri ke Singapura
Radin Mas Ayu menurut serta
Tinggal di Kampung Telok Belangah
3) bagaimana masyarakat dapat melestarikan bacaan syair
"Contohnya, Persatuan Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (NUS MSS) boleh memulakan atau mangadakan bacaan syair sebagai acara selingan. Pengajur juga boleh mencipta syair khas untuk acara Deklamasi Sajak Kreatif (DSK) mengikut tema pada pertandingan tersebut." (Gambar ini diambil semasa DSK 2010)
"Usia Piala Pusingan Suratman Markasan ini sudah berusia hampir 14 tahun. Piala ini ditaja oleh Encik Suratman Markasan. Tahun depan adalah tahun ke 15 pertandingan berbalas pantun di antara institusi posmenengah atau dikenali sebagai Pesta Pantun akan diadakan. Piala ini sungguh berprestij. Alangkah baiknya jika ada orang yang sudi mengarang syair khas untuk acara tahun depan bagi memperingati ulang tahun Pesta Pantun yang kelimabelas. Pesta pantun merupakan acara tahunan PBMUKS"
(e) salah satu lagi contoh untuk melestarikan bacaan syair ini boleh dilihat melalui video klip seterusnya, di mana syair mengenai menunaikan haji turut dibaca sebagai upacara rasmi unutk menghantar jemaah haji dari Signapura untuk ke tanah suci Mekah:
Keempat, syair sebagai alat untuk mengulangkaji pelajaran.
(a) Pelajar juga boleh mencipta syair untuk mengulangkaji pelajaran
(b) Kaedah ini mungkin berkesan. Ini adalah kerana ini muda diingat kerana bentuk rimanya
(c) Syair yang dicipta itu mudah dibaca, difahamkan dan sering rasa terhibur
Kesimpulan
Pelestarian bacaan syair ini boleh diusahakan dari semua lapisan masyarakat:
Pertama, bukan sahaja menerapkan bacaan syair di dalam sukumatapelajaran, bacaan syair juga harus diuji dalam peperiksaan.
(a) Jika bacaan syair ini diuji dalam peperiksaan, ramai anak-anak Melayu akan mengambil berat tentang syair ini
(b) secara alternatif, para pelajar yang mengambil mata pelajaran sastera di sekolah-sekolah seharusnya diuji secara lisan mengenai puisi tradisional seperti bacaan syair dan mengarang pantun secara spontan
Kedua, melestari syair dengan cara sukarela bukan menerusi peperiksaan
(a) persatuan-persatuan bahasa Melayu boleh mengadakan pertandingan mengarang dan membaca syair
(b) bengkel untuk mengarang dan membaca syair akan diadakan untuk para peserta
Ketiga, mengarang syair untuk acara-acara khas
(a) syair untuk acara-acara khas ini amat jarang dilakukan oleh badan-badan melayu di Singapura
(b) Contoh klip video di bawah ini merupakan bacaan syair yang telah dikarang semasa ulang tahun yang ke seratus Kolej Melayu Kuala kangsar (MCKK). Syair ini menceritakan sejarah seratus tahun MCKK.

(c) Diharap juga persatuan-persatuan Melayu di Singapura menjadikan bacaan syair itu sebagai trend
(d) trend haruslah dipupuk dari sekarang
(d) trend haruslah dipupuk dari sekarang
"Usia Piala Pusingan Suratman Markasan ini sudah berusia hampir 14 tahun. Piala ini ditaja oleh Encik Suratman Markasan. Tahun depan adalah tahun ke 15 pertandingan berbalas pantun di antara institusi posmenengah atau dikenali sebagai Pesta Pantun akan diadakan. Piala ini sungguh berprestij. Alangkah baiknya jika ada orang yang sudi mengarang syair khas untuk acara tahun depan bagi memperingati ulang tahun Pesta Pantun yang kelimabelas. Pesta pantun merupakan acara tahunan PBMUKS"(e) salah satu lagi contoh untuk melestarikan bacaan syair ini boleh dilihat melalui video klip seterusnya, di mana syair mengenai menunaikan haji turut dibaca sebagai upacara rasmi unutk menghantar jemaah haji dari Signapura untuk ke tanah suci Mekah:
Keempat, syair sebagai alat untuk mengulangkaji pelajaran.
(a) Pelajar juga boleh mencipta syair untuk mengulangkaji pelajaran
(b) Kaedah ini mungkin berkesan. Ini adalah kerana ini muda diingat kerana bentuk rimanya
(c) Syair yang dicipta itu mudah dibaca, difahamkan dan sering rasa terhibur
Kesimpulan
Walaupun syair ini merupakan puisi Melayu tradisional, ia masih boleh kekal relevan hingga ke hari ini dengan menciptan pelbagai-bagai syair yang bersangkut paut dengan hal semasa asalkan format dan cara bacaan syair itu tetapi terpelihara. Namun, ilmu untuk mengarang syair itu tidak mencukupi tanpa belajar cara membacaannya. Saya juga masih dalam proses pembelajaran untuk belajar tentang syair. Masih banyak lagi ilmu mengenai syair yang saya belum pelajari. Saya berharap saya dapat diberi peluang untuk mempelajari lebih mendalam mengenai syair di masa hadapan.
Ahad, 4 Julai 2010
Pelestarian budaya dan sastera lisan Melayu: Perbandingan Bali dan Singapura
Pada tahun 2009, saya berkesempatan untuk mengikuti program penyerapan di Bali bersama-sama dengan Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, Sekolah Menengah Yusof Ishak dan Sekolah Menengah Dunearn. Setibanya di Lapangan terbang Ngurah Rai (Denpasar), rombangan saya dibawa ke SMA Negeri 8. Rombongan kami disambut secara besar-besaran dan adat istiadat. Kemudian kami dihiburkan dengan tarian barungan yang berasal daripada hikayat Seri Rama. Pementasan pelajar-pelajar Bali sungguh memberangsangkan. Namun begitu, saya mula berfikir. Mengapakah pelajar-pelajar Melayu di Singapura tidak mempunyai minat dalam budaya mereka? Kelebihan pendidikan sastera di Bali ialah mereka bukan sahaja belajar kesantuanan bahasa, malah mereka juga belajar untuk diajar secara lisan dan ini termasuk nilai-nilai estetika. Di Singapura, pelajar yang mengambil sastera hanya dididik untuk mengupas sajak, pantun dan syair tetapi mereka tidak diuji dalam mendeklamasikan puisi-puisi tersebut.
Tarian Barungan ini mengesahkan cerita epik dalam Hikayat Seri Rama di mana watak Hanuman itu merupakan seekor monyet. Tarian Barungan ini amat popular di Bali. Tarian ini diiringi dengan bunyi gendangan dari gamelan.
Sastera Lisan di Bali dan Singapura
Menurut Za'ba pantun yang baik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri:
1) Pantun mesti mempunyai pembanyang dan maksud
2) Pembayang mestilah berunsur alam
3) Imbangannya harus sama seperti jumlah suku kata dalam setiap baris haruslah sama
4) Rima pantun haruslah berlandas corak a, b, a, b dan ini termasuk rima tengah
5) Perlu ada je'da (berhenti seketika) ditengah-tengah baris
Contoh pantun yang baik:
Sastera Lisan di Bali dan Singapura
Ramai di antara masyarakat kita masih mempunyai pemikiran bahasa pendidikan sastera klasik harus diuji secara teori sahaja dan kurang beri tekanan terhadap lisannya. Sebenarnya, penghayatan sastera klasik perlu ada nilai-nila estetikanya. Ini adalah kerana sastera klasik mempunyai tradisi oral.
Menurut Za'ba pantun yang baik mempunyai ciri-ciri yang tersendiri:
1) Pantun mesti mempunyai pembanyang dan maksud
2) Pembayang mestilah berunsur alam
3) Imbangannya harus sama seperti jumlah suku kata dalam setiap baris haruslah sama
4) Rima pantun haruslah berlandas corak a, b, a, b dan ini termasuk rima tengah
5) Perlu ada je'da (berhenti seketika) ditengah-tengah baris
Contoh pantun yang baik:
Buah cempedak di luat pagar
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Jika salah tolong tunjukkan
Ambil galah tolong tunjukkan
Saya budak baru belajar
Jika salah tolong tunjukkan
Bukan sahaja pantun ini mempunyai rima hujung iaitu ar, kan, ar, kan, pantun ini juga mempunyai rima tengah iaitu cempedak dan budak, galah dan salah. Berdasarkan teori memang pantun ini merupakan pantun yang baik. Namun kita harus juga ingat bahawa pantun mempunyai tradisi untuk dikarang secara sepontan. Contoh ini dapat dilihat semasa majlis perkahwinan. Apabila pantun ini dikarang secara sepontan, apa yang hendak dititik berat ialah bunyi dan sebutan.
Mungkin ramai di antara kita telah dididik cara untuk mengarang pantun dengan baik. Namun begitu, pantun-pantun ini digunakan atau dipraktikan kerana ia tidak diuji dalam peperiksaan oral. Mungkin pantun-pantun klasik diuji secara bertulis tetapi bukan ujian secara lisan. Ramai juga berpendapat bahawa pantun ini tidak ada gunanya lagi. Namun, kita lupa bahawa pantun ini sebenarnya sebahagian daripada budaya kita yang penuh dengan unsur estetika. Contohnya, pantun ini boleh digunakan dalam dondang sayang.

"Persatuan bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) menunjukkan contoh yang baik dalam melestarikan pantun melayu menerusi pertandingan berbalas pantun di antara institusi posmenengah. Namun, masih ramai lagi di kalangan masyarakat kita menganggap pantun dan nilai estetika sebagai dua perkara yang berbeza. Sebenarnya, pantun juga boleh digunakan di dalam dikir barat dan dondang sayang. Masyarakat di Bali pula menyatukan sastera klasiknya dengan nilai-nilai estetika. (Gambar dipetik semasa pertandingan Pesta Pantun 2009)."
Mempromosi warisan bangsa

Nilai sejarah
"Di Bali Tanah Lot ini merupakan salah satu tempat suci bagi orang Bali. Menurut mintos asal-usul, Niratha, dewa-dewa Hindu telah menetap di gua itu dan kemudian dijadikannya tempat berbala. Yang anehnya ialah Tanah Lot ini dapat mengeluarkan air tawar sedangkan kuil Hindu ini terletak di tengah-tengah laut. Apabila air pasang Tanah Lot ini akan menjadi pulau. Natijahnya, mintos asal-usul ini adakalanya sukar untuk mempercayai. Namun begitu, ia boleh membuat sesebuah bangsa itu berbangga dengan prasejarahnya. Ini adalah kerana mintos asal-usul ini akan membuat sejarah negara atau bangsa kita lebih tua. Di Singapura, walaupun ada mintos menyatakan ada sebuah kerajaan di bukit larangan, orang Melayu di Singapura masih lagi rasa ragu-ragu walaupun mintos ini telah membuat sejarah Singapura lebih lama yang boleh kita banggakan." (Gambar ini diambil ketika saya mengikuti program penyerapan pada tahun 2009)Selain daripada nilai-nilai estetika, sastera klasik juga perlu mempunyai nilai-nilai sejarahnya dan mintos asal usulnya. Dengan adanya mintos ini, sesebuah bangsa itu akan merasa bangga dengan sastera dan bahasanya. Bali merupakan salah sebuah pulau di Indonesia yang mempunyai banyak mintos asal usul dan tempat-tempat ini telah dijadikan tempat pelancongan. Nanum begitu, masyarakat kita harus memahami situasi di Singapura. Singapura merupakan sebuah negara kecil. Banyak tempat-tempat sejarah di Singapura telah dimusnah ketika zaman pemerintah Britis demi untuk pembangunan di Singapura. Ketika Crawfurd menjadi Residen Signapura, banyak batu-batu bersurat telah dipecah dan batu-batu itu telah digunakan untuk membuat bangunan pemerintah di Ford Canning (Bukit Larangan). Namun masih ada lagi serpihan batu bersurat yang dipercayai dicampak oleh Badang. Sebenarnya, Singapura mempunyai banyak mintos asal-usul yang berpotensi dijadikan tempat pelancongan seperti di Bali. Namun, tidak banyak temapt-tempat ini masih wujud.
Menurut Hikayat Abdullah, tidak ada orang Melayu pun yang berani naik ke Bukit Larangan yang kini dikenali sebagai Ford Canning. Namun, di dalam hikayat itu juga, Abdullah telah memperlihatkan keberanian Tuan Farquhar yang naik ke atas bukit itu dan sekaligus mengarahkan tenteranya unutk melepaskan beberapa tembakan meriam. Perkara ini membuka minda orang Melayu dan sekaligus Bukit Larangan itu tidak lagi menjadi tempat suci lagi bagi orang-orang Melayu.

Saya juga berkesempatan untuk melawat ke salah sebuah istana raja Bali. Pewaris istana ini merupakan seorang pemuda berusia 18 tahun. Menurutnya, sebahagian daripada istana ini telah diubahsuai untuk menjadi hotel. Gambar di atas merupakan sebahagian daripada istana yang telah menjadikan hotel.
"Apa yang membuat saya terfikir ialah mengapakah pewaris istana kampung Glam tidak mengambil langkah yang serupa seperti pewaris istana di Bali? Sebelum pemerintah Singapura menjadikan istana kampung Glam sebagai sebuah taman warisan Melayu, pewaris istana tersebut sepatutnya menjadikan tempat kediaman itu sebagai tempat penginapan. Sekurang-kurangnya dia dapat menggunakan wang sewa bilik itu sebagai wang pendapatannya. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang orang melayu di Singapura harus pelajari dalam mengekalkan warisan melayu di Singapura."
Langgan:
Catatan (Atom)