Selasa, 12 April 2011

Biarkan buta

“Argh . . . !” Rudy meneran kesakitan.

“Keparat kau, Rafi!” menerannya lagi sambil merapatkan giginya seperti menggigit daging yang tidak empuk. Mulutnya berlumuran darah kerena tergigit bibir sendiri.

Dia memegang lengan kirinya kuat-kuat. Namun denyutan jantungnya masih bertenaga lagi. Dia cuba melawan kecacatannya itu dengan terus menghayung parang yang dicapainya ke arah Rafi. Tetapi hayunannya agak lemah hinggakan Rafi dapat mengelaknya dengan tangkas lalu melepaskan beberapa tumbukan di bawah tulang rusuk kiri Rudy. Rudy tidak punya kekuatan untuk berdiri lagi lalu dia melutut kesakitan sebelum dia tumbang sujud ke bumi.

Muka Rudy merah padam menelan kesakitan. Lengan kirinya yang putus itu berada di atas rumput nampaknya masih hidup meletik-letik macam ikan yang dahagakan air untuk bernafas. Pancutan darah di tangan itu telah mewarnai tanah di situ sekaligus menggambarkan satu pesta berdarah telah berlaku.

“Inilah azabnya kerana melanggar perintah aku. Kau akhirnya tumbang juga di tangan aku,” bisik Rafi di telinga Rudy yang sedang terbaring kesakitan.

Rafi terus melepaskan kahak lendirnya ke muka Rudy. Tanpa belas kasihan Rafi mengeluarkan sebilah pisau berukiran gambar syaitan yang diselitkan dalam kasutnya lalu merodok pisau itu ke mata kiri Rudy. Rudy menjerit sekuat-kuat hatinya dan membiarkan percikan darah daripada mata menghinggapi muka Rafi.

“Biarkan buta . . .”

Tiba-tiba bisikan itu muncul di kekuping telinga Rudy.

“Tidak . . . tidak . . . Aku tidak mahu buta!” kata Rudy.

Rudy pejam matanya sekuat-kuatnya. Yang mengalir dari kelopak matanya bukanlah air mata tetapi darah pekat daripada mata kirinya yang buta itu.

“Aku akan siksa kau dahulu sebelum kau mati dalam kehinaan. Inilah yang kau harus terima,” bisik Rafi dengan suara hangatnya sambil ketawa sinis.sebelum Rafi tinggalkan Rudy seorang diri, dia menggigit telinga kiri Rudy hingga putus. Rudy menjerit kesakitan.

“Ini neraka, Rudy . . . neraka,” bisik Rafi sambil cuba menguyah-menguyah kekuping telinga itu tetapi ternyata perbuatan itu amat sia-sia kerana kuping telingam itu sangat pejal. Kemudian, dia membuang sisa telinga itu ke muka Rudy daripada mulutnya. Dia mengesat bekas darahnya di pinggir bibir lalu dia beredar dari tempat itu.

Tubuh Rudy mula lemah. Penglihatan mata kanannya mula kabur. Pergerakannya mula tersekat. Dia benar-benar berasa tubuhnya lemah kerana dia sudah kehilangan darah. Di dalam keheningan malam itu, Rudi hanya ditemani oleh awan mendung yang mula menangis membasahi muka bumi. Air hujan itu menambah lagi keperitannya untuk menahan kesakitan. Ketika itu, Rudy sudah tahu yang dia akan mati pada bila-bila masa. Dalam keadaan hiba dia mengimbas kembali masa silamnya . . .

“Rudy, jangan buat aku macam gini. Tolonglah Rudy.” Sebelum sempat dia menepis, aku sudah pun menariknya ke dalam dakapanku.

Rudy terus menampar-nampar budak itu berkali-kali untuk membuat dia diam hinggakan bibirnya luka berdarah. Dia terus mencium dan memegang bahagian-bahagian yang dia geramkannya. Pada malam, itu cuaca amat mendung. Rembulan seolah-olah sembunyi disebalik awan malu untuk melihat perbuat terkutuk itu.

Rudy menghempas budak itu ke lembah kehinaan. Budak itu menangis terdesak-desak di sudut kamar yang berdaki itu dengan hanya mampu mendakap bantal untuk menutup bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya mendedahnya.

Namun malam itu masih siang lagi. Dengan nafsu buayanya lagi dia terus meraba dan mencium lagi ke bahagian-bahagian yang dia geramnya. Sekali lagi budak itu menjadi mangsa lelaki yang tidak mempunyai sedikit pun rasa simpati kepada perempuan yang lemah. Budak perempuan itu sudah letih kepenatan kerana tidak terlayan tusukan yang bertubi-tubi daripada tubuh lelaki yang agak rancak itu. Budak perempuan itu adalah adik kepada Rafi.

Tiba-tiba seekor ular berwarna hijau perlahan-lahan menghampir tubuh Rudy yang masih bernafas lagi. Ular itu terus membelit tubuh Rudy dengan eratnya sehingga bahu kanan Rudy sudah hampir bersentuhan dengan bahu kirinya. Terdengar beberapa bunyi tulang patah bagaikan bunyi ranting pokok yang telah dipatah-patahkan. Rudy masih bertahan lagi. Denyutan jantungnya masih bergerak lagi. Dengan sekilas kilat, ular itu mematuk mata kanannya pula dan terus menelan Rudy dari kepalanya. Pada ketika itu Rudy sudah tidak rasa apa-apa lagi kerana dia sudah berasa dirinya telah diangkat ke alam lain yang tidak pernah dia alami . . .

Jumaat, 8 April 2011

Tesis untuk Efa

Pada malam itu, aku seorang diri di rumah. Ibu bapa dan adik-beradik ku tiada di rumah. Mereka ke Seremban untuk menghadiri majilis perkahwinan sepupuku. Aku memberitahu mereka bahawa aku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan itu. Aku harus menyiapkan tesis yang mesti disiapkan pada hujung bulan ini. Aku sedang menulis tesis mengenai hak wanita dalam Islam. Kajian aku mengenai hak wanita ini telah membuat aku menghayati surah An-Nisa dengan lebih mendalam. Tanpa aku sedari, hari demi hari aku mula terkesan dengan Surah An-Nisa. Aku mula sedar bahawa menjadi seorang lelaki bukanlah mudah seperti mana yang aku fikirkan. Tiba-tiba, lagu “11 Januari” dari kumpulan Gigi, berkumandang dari corong radio:


“Akulah Penjagamu


Akulah Pelindungmu


Akulah Pendampingmu


Di setiap langkah-langkahmu”


Aku mendengar dengan teliti lirik lagu ini dan cuba menghayati apakah maksud yang tersirat dalam lagu ini. Aku tergerak untuk menulis surat kepada seorang gadis yang telah menjadi idaman hidupku. Walaupun aku tahu ini bukanlah masa yang terbaik untuk menulis surat cinta ditengah-tengah persiapanku untuk menulis tesis, aku tetap akan mencari masa untuk menuis surat ini agar aku dapat meluahkan hati ini yang sudah lama terpendam:


Adinda Efa


Pertama kali aku bertemu dengan mu di majlis iftar di kampus, tidak pernah aku merasai perasaan hatiku muncul sebagai seorang abang. Dan perasaan di hati ini hanya timbul hanaya berdepan dengan mu dan tidak kepada perempuan lain. Aku tidak tahu kenapa perasaan ini ada pada diriku sejaki aku bertemu denganmu. Tetapi apa yang aku tahu pada ketika itu aku mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan tarian di sekolah dan kamu merupakan pemimpin kumpulan tarian itu. Dan kerana itulah aku bertemu dengan mu (Rusydy 2010: 14). Pada mulanya, aku menganggap perasaan ini hanya satu permainan hati. Kerana aku tahu, memang secara semulajadi seseorang lelaki itu akan mencapai puncaknya ketika pertama kali melihat seorang gadis yang anggun yang memakai baju kurung warna hijau (Rusydy 2010: 15). Lama-kelamaan aku mula percaya perasaan ini bukan sekadar permainan hati.


Efa, namamu akan tetap tersemat di dalam hati. Kerana kau terlalu istemewa untukku. Engkaulah adalah inspirasiku untuk menjadi seorang lelaki yang sejati. Sejak aku bertemu dengan mu, aku mula kenal apa erti lembut dan manja. Dan hari demi hari aku membiarkan diriku yang keras ini melawan arus manja mu. Sehingga ke hari ini aku terkesan dengan lembut manja mu. Akhirnya, keras baran ku rebah oleh buaian manjamu yang semanis madu (Rusydi 2010: 12). Aku menjadi seorang yang lembut.


Efa, aku manyahut cabaran arwah ibuku. Arwah ibuku pernah berpesan kepada aku. Untuk menambat hati wanita bukan dengan cara membeli kit kat coklat kegemaranmu, bukan dengan cara menumpang motorsikal untuk pulang dari sekolah. Tetapi menambat hati wanita dari hati seorang lelaki yang tulus memberi semangat dan dorongan agar wanita yang dia sayangi itu dapat mencapai impian yang dia mahukan (Hariani 2010: 23). Aku tahu engkau mahu menjadi seorang peguam. Dan pada suatu ketika itu, kau mahu memiliki sebuah majalah KITA edisi khas mengenai karyawan wanita dalam kerjaya guaman. Kau pernah berkata kepada ku yang kau tidak dapat memilikinya (Efa 2010: 15). Aku tahu edisi khas itu sungguh bermakna untuk mu kerana ia akan memberi inspirasi kepada mu untuk terus berusaha gigih untuk mencapai impian mu.. Kerana itulah, aku sanggup ikat perut dan menyimpan wang saku hasil daripada tuisyen sedikit demi sedikit. Dengan wang disimpanan itu, aku beli majalah itu hanya untuk mu (Rusydy 2010: 24). Dan aku dapat melihat perasaan keriangan memancar dari wajah mu apabila aku memberikan majalah itu kepada mu.


Namun, harapan ku berkecai apabila aku dapat tahu bahawa ada lelaki lain yang mendampingmu selama ini. Aku masih ingat lagi apabila aku mendapat berita bahawa bapa mu telah kembali ke Rahmatullah pada tahun lalu (Efa 2010: 27). Pada ketika itu, aku tahu yang kau benar-benar memerlukan sokongan daripada seorang lelaki terutama sekali apabila kejadian ini berlaku pada minggu peperiksaan. Namun, lelaki itu bukan aku. Pada saat itu, aku melihat ada seorang lelaki lain yang mendampingmu. Dan lelaki itu adalah rakan sekolah lama yang sudah lama terputus hubungan dengan mu yang kau sudah kenali sejak di sekolah rendah lagi (Hazwan 2008: 64) . Sejak hari itu, hubungan kau dan lelaki itu semakin rapat. Hampir setiap hari aku melihat lelaki itu mengambil mu pulang dengan kereta Jaguar model XK (Efa 2009: 48). Aku mula sedar harapan ku untuk menambat hari mud mula pudar.


Efa, walaupun aku sedar bahawa aku hanya mempunyai satu peratus harapan untuk memenangi hati mu, aku tetap percaya bahawa menawani hati wanita bukanlah satu perlumbaan. Ia adalah keyakinan daripada hati seorang wanita terhadap seorang lelaki. Selagi jantung masih berdenyut lagi, aku akan terus manfaatkan satu peratus yang ada pada diriku ini untuk meyakinkan hatimu bahawa apa yang aku lakukan selama ini adalah ikhlas daripada hati seorang lelaki (Rusydy 2010: 44). Jika aku ditakdirkan tewas dalam pertandingan ini, aku redha dan aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki diriku sehingga aku diketemukan teman hidup yang telah ditakdirkan bersama. Aku akan tetap berpegang teguh kepada maksud Surah An-Nisa, ayat keempat, lelaki adalah pelindung kepada kaum wanita. Mungkin pendirian mengenai lelaki sebagai pelindung kepada wanita memperkuatkan lagi sistem patriakal. Namun begitu, elok jika lelaki dikenali sebagai pelindung dan bukan dikenali sebagai penjajah. Ini adalah kerana lelaki sebagai pelindung akan mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang jagaanya dan dia akan melakukan apa yang terbaik agar kesejateraan hidup dapat dicapai untuk orang yang dia sayangi (Rusydy 2011: 16).


Efa, terlalu awal untuk ku melamar mu pada saat pertama kali aku bertemu denganmu. Sungguh tidak matang untuk aku melamar seorang perawan yang tidak pernah kukenali pada ketika itu. Aku cuba mengenali mu dengan lebih dekat lagi dengan menghadiri kuliah-kuliah yang kau hadiri di kampus Bukit Timah. Aku tetap aktif dalam tarian walaupun aku tahu tahap komitmen dalam tarian Melayu amat tinggi untuk mahasiswa tahun keempat. Aku buat perkara ini semata-mata kerana aku mahu menjadi contoh baik kepada mu bahawa untuk menjadi seorang mahasiswa teladan, dia harus dapat mengimbangi masa dalam pelajaran, ibadah, keluarga dan kegiatan kokurikulum. (Rusydy 2010: 67). Aku melihat susah payah mu dan ceria riang mu ketika sedang berada dalam latihan berlatih. Dan apa yang aku lihat selama ini, kau memang ikhlas dalam setiap perbuatan dan tindakan mu. Kau seorang gadis yang berhati mulia dan mula terpegun dengan kepemimpinanmu dalam kumpulan tarian ini. Walaupun hanya setahun aku mengenali mu, aku pasti dan akan yakin bahawa kaulah gadis yang aku cari selama ini. Kau telah meredupkan suhu hatiku yang panas dengan buai manjamu. Dan aku berharap aku belum terlambat untuk mengatakan kepada mu bahawa aku benar-benar cintakan pada mu.


Yang pasrah


Rusydy


Bibilografi:


1. Efa Farisha Nasiruddin, Andai aku dewasa: Cita-cita menjadi seorang peguam, (Jakarta: Gramedia, 2009)


2. Hariyani Affandi, Nasihat Orang Tua, (Kuala Lumpur: Pelanduk, 2004)


3. Hazwan Hanafie, Motivasi untuk berjaya: Tip rahsia daripada seorang Jurutera, (Singapura: Pustaka Nasional, 2007)


4. Rusydy Ahmad, Rintihan hati ini: Hikayat seorang Mahasiswa NUS, (Singapura: Times News, 2010)


5. Rusydy Ahmad, Kesan Surah An-Nisa, ayat 4, terhadap kaum lelaki, 2011. Rampaian Academik. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Seni dan Sains Kemasyarakatan. Universiti Nasional Singapura (Tesis dalam proses untuk diluluskan)


Setelah aku selesaikan surat ini, aku melihat jam di dinding. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul satu pagi. Aku mula rasa mengantuk. Aku lelapkan mataku ketika untuk menanti subuh.

Isnin, 29 November 2010

Perempuan berkalong Sorban dan Ayat-ayat Cinta



Lelaki – nafsu seks atau tanggungjawab?

Di dalam bahagian saya akan mengupas isu mengenai poligami. Isu ini juga ada hnbung kait dengan surah An-Nisa. Surah An-Nisa, ayat 3:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”[1].

Surah An-nisa sebagai garis panduan untuk memupuk lelaki mithali jelas diselongkar dalam filem Ayat-ayat Cinta. Salah satu contoh sifat lelaki mithali yang mahu dipaparkan dalam filem ini ialah sikap adil dalam poligami. Pada zahirnya, sikap ketidakadilan dalam diri Fahri telah diakui olehnya sendiri apabila dia mengadu kepada sahabat karibnya bahawa dia sukar berlaku adil terhadap isteri-isterinya memandangkan isteri-isterinya mengharap layanan yang terbaik darinya. Walaupun hidup berpoligami yang dialami oleh Fahri tidak berpanjangan kerana isteri keduanya meninggal setelah mengalami pendarahan akibat kemalangan.

Isu poligami juga diketengahkan dalam perempuan berkalung Sorban. Masalah berpoligami dalam filem ini sangat ketara digambarkan dalam filem ini. Keborokan Samsudin sangat dahsyat sehinggakan dia memaksa isteri keduanya melakukan seks ketika dia sedang mengandung. Malah hubungan seks juga berlaku ketika isteri kedua masih berada dalam keadaan nifas beberapa hari selepas isteri keduanya melahirkan anak. Layanan yang tidak seimbang amat ketara di dalam watak Samsudin lebih menyayangi isteri keduanya dari Anissah. Walaupun kedua-dua filem menunjukkan perwatakkan suami yang berbeza, pengajaran yang mahu disampaikan ialah sama yaitu, keadilan harus ada dalam keluarga poligami agar hubungan kesajahteraan dapat dikecapi oleh ketiga-tiga pihak.

Gambaran lelaki selalunya dikaitkan dengan nafsu seks dan keganasan. Seperti apa yang kita lihat dalam watak Samsudin, lelaki selalunya digambarkan sebagai seorang yang mempunyai nafsu seks yang sangat kuat. Alasannya untuk mengahwini isteri kedua ialah dia tidak dapat layanan seks yang diingini oleh Anissah. Namun begitu, di dalam filem Ayat-ayat Cinta, Fahri digambarkan sebagai seorang yang tidak mempunyai nafsu yang kuat. Dia berpegang teguh kepada prinsip monogami. Namun begitu, pemikiran Fahri berubah apabila isterinya memohon kepadanay untuk menikahi Maria atas dasar-dasar perikemanusia.bukan atas dasar mahu melakukan hubungan seks yang berlebihan. Justeru, Fahri seharusnya menjadi contoh yang baik kepada golongan lelaki. Walaupun dia akui bahawa dia sukar melayan isteri-isterinya dengan adil, dia tertekad untuk berusaha. Sikap murni ini tidak ada di dalam diri Samsudin. Samsudin jelas mencermin perwatakan lelaki yang mempergunakan Surah An-Nisa untuk melepas nafsu seksnya tanpa mengira syarat yang dikenakan ke atasnya, iaitu, melayan sama rata terhadapa isteri-isterinya.



[1] Fakhry, Majid. An interpretation of the Qur’an: English translation of the meanings: a bilingual edition. New York: New York University Press, 2004. p.176 – Surah An Nisa, 4:3, abridged

Unimaginable times: Seno Gumira Ajidarma (Pelajaran Sejarah, Salvador)

Pelajaran Sejarah

Apakah sejarah itu, pikir Guru Alfonso, apakah yang harus kita pahami dari masa lalu?

Ø Di teringat aksi mengeri yang dihadapi olehnya

Ø Saat penembakan mereka dibahagikan dalam dua barisan

Ø Barisan pertama di depan dan barsian kedua di belakang

Ø Komandannya menembak sekali ke atas, sambil berteriak “Depan tidur, belakang tembak!”

Ø Setelah menusukkan sangkurnya kea rah semua orang

Murid diajar untuk tidak lekas-lekas mempercayai apa pun yang mereka ajarkan

Murid bertanya kepada pelajaran sejarah harus diajarkan di luar kelas?

Pelajaran sejarah macam apakah yang harus diajarkan di luar kelas?

Ø Mengadakan pelajaran sejarah di kubur

Ø Dia teringat ketika semua orang yang tertinggal dan tidak sempat lari disuruh membuka baju dan dipukuli dengan kayu

Ø Guru Alfonso tengkurap pura-pura mati. Ia melihat teman di sebelahnya yang masih hidup, kepalanya ditusuk dengan pisau

Ø “Sejarah itu bukan hanya catatan tanggal dan nama-nama, Florencio, sejarah itu sering juga masih tersisa di rerumputan, terpendam dalam angina, menghempas dari balik ombak. Sejarah itu Florencio, merayap di luar kelas, kini kalian harus mempelajarinya.”

Ø Dia berasa tidak terlalu mudah mengajarkan suatu pengertian tentang makna peluru yang beterbangan itu. Peluru yang berterbangan, berhamburan, menyambar-nyambar tubuh dan udara selama tujuh minit, kemudian sepuluh minit, kemudian sunyi dan kemudian terdengar suara erangan – susah hendak menceritakan tanpa berasa ngeri

Ø Tanpa cerita tentang darah yang memerahkan aspal, tanpa cerita tentang kepalanya sendiri yang ditendang, bajunya dicopot untuk mengikat tangan, dan kepalanya dipukul dengan popor senjata sampai berdarah, sementara teman di sampingnya dipukul dengan kayu berpaku ujungnya – susah mencari jalan tanpa amarah

Ø Kanak-kanak, apakah yang mesti diketahui kanak-kanak? Mestikan mereka tahu mengapa kanak-kanak mereka hilang tak tentu rimbanya, keluarganya tak lengkap, dan ayah mereka dikuburkan entah di mana?

Ø Mestikah mereka tahu mengapa malam begitu sunyi, patroli tentara berkeliaran, dan mata ibu mereka sering ketakutan?

Ø “kami hanya berduka, ada yang lebih dari sekadar berduka, dan mengibarkan bendera, dan memebawa poster-poster”

Maka Guru Alfonso pun berkisah:

Ø Mereka dihanyutkan ke se sebuah dunia di mana debu bertebaran, peluru berhamburan, darah bermuncatan, dan air mata menetes, tapi mulut terkatup dengan geram

Ø Sebuah dunia di mana ibu-ibu kehilangan anaknya, anak-anak kehilangan orang tuanya, kaum wanita dilecehkan dan diperkosa, seorang pemuda berteriak: Viva dan terbungkum dengan darah mengalir dari telinga yang kemudian dipotong tenter

Ø Mayat-mayat bergelimpangan dan para sedadu berfoto bersama di depan mayat-mayat itu

Ø Tidak menghormati mayat – mayat berlubang-lubang kerana berondongan peluru itu mereka dudukan seperti orang hidup, dipasangi topi, dan diberi rokok pada mulutnya, lantas para serdadu berfoto bersama sambil tertawa-tawa

Pemikiran

Ø Belum ada kematangan untuk menerima

Ø Boleh menimbulkan amarah

Ø Boleh menimbulkan rasa kurang selesa

Ø Boleh membawa kekecewaan

Ø Sukar untuk diterima kerana bukan sejarah rasmi

Salvador

Ø Mayat Salvador diseret seekor kuda. Di belakang mayat itu seorang juru warta menunggang kuda sambil membawa gong. Di belakang juru warta itu satu peleton serdadu berkuda mengawal dengan langkah serempak

Ø Dia telah mencuri ayam and ia telah dihukum tembak samapi mati, dan mayatnya akan digantung di gerbang kota, sebagai peringatan bagi mereka yang berani membangkang

Ø Orang-orang yang berada di jalanan mengikuti mayat yang diseret menuju gerbang kota dengan langkah perlahan

Ø Mereka membiarkan para serdadu menggantung mayat Slavador di atap gerbang kota yang dulu dibangun para penjajah

Ø Mereka perhatikan bagaimana pada dada Salvador digantungkan pamflet lebar bertuliskan MALING AYAM

Ø Mereka hanya mengenal wajah Salvador dari selebaran gelap yang selalu menganjurkan pemberontakan yang selalu mereka, kerana selalu seperti tiba-tiba saja ada di dalam rumah mereka, diselipkan lewat celah di bawah pintu

Ø Mereka juga mengenal wajah Salvador dari poster-poster yang disebarkan ke segenap penjuru kota

Simbolik pintu gerbang

Ø Dahulu gerbang itu adalah bagaina dari benteng para penjajah

Ø Benteng itu melindungi mereka dari serbuan orang-orang perbumi selama beratus-ratus tahun

Ø Tinggal kini pintu gerbang itu, tempat para serdadu menggantung maling-maling ayam , warisan sejarah yang menjadi lambing betapa penjajahan masih selalu berulang

Ø “aku tidak bilang ia pahlawan, aku hanya bilang ia memilih jadi malaing ayam ketimbang hidup nyaman.”

Ø Kemudian dia serdadu itu dibunuh oleh Carlos Santana

G30S

Ode untuk Selembat KTP dan Leontin Dewangga

Orde untuk Selembar KTP

Ø Iramnai merupakan seorang isteri kepada seorang suspek anti-pemerintah yang telah dipenjara dan diseksa di keamp konsentrasi

Ø Dia dipenjara selama 13 tahun di dalam kurungan, terutama di penjara wanita Pelatungan.

Ø Cerpen ditulis menurut kemarahan dan keresahan dari memori social mangsa ketidakadilan

Ø Dia tidak tahu babagimana dia mahu jelaskan kepada Tatiana yang senantiasa bersamanya di dalam penjara (menganggap dirinya sampah)

Mengaitkan nasibnya dengan Anne Frank

Ø Bacaan daripada diari

Ø Dia dapat membayangkan bagaimana perasaan Anne Frank yang telah dijejaki rejim Nazi

Ø Dia dibunuh dengan gas beracun kerana dia seorang Yahudi

Ø Namun, mereka masih hidup lagi dan hidup dalam keseksaan dalam penjara.

Mula rasa bangga kerana mendapat KTP

Ø Kartu Tanda Penduduk

Ø Memberi dia legitimasi sebagai penduduk/warganegara di Indonesia

Ø identitas resmi Penduduk sebagai bukti diri yang diterbitkan oleh Instansi Pelaksana yang berlaku di seluruh wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia

Ø Memberi pengiktirafan bahawa dia menjadi warga bias

Ø Dengan huruf-huruf hitam yang rata yang diketik menggunakan computer

Ø Walaupun ada yang perbendapat bahawa KTP merupakan satu cara di mana pemerintah mengawasi gerak-geri rakyatnya seperti sapi yang harus membawa cacat yang ditinggalkan besi merah yang ditancapkan di punggungnya.

Perasaannya untuk melepaskan KTP

Ø Tanganku gementar ketika menyerahkan KTP lama kepada orang keluruhan

Ø Aku merasa noda yang dilekatkan pada diriku seperti sudah dimuat ke dalam perahu perlambang dosa, dan sudah dilepas, dibenamkan ke laut yang dalam

Ø Bukan sahaja yang harus kerana cap itu tetapi juga anak-anakku

Ø Pintu tertutup buat kami untuk memasuki kehidupan yang normal

Ø Kami semua benar-benar menjadi paria kerana cap yang melekat di pojok tanda pengenal itu

Ø Lebih dari dua puluh tahun aku mengantongi hukuman itu

Dia tidak tahu kesalahan suaminya

Ø Dia tidak tahu menjelang bencana tahun 1965, sehingga dia harus dilenyapkan

Ø Dia dan anaknya yang masih merah menderita

Ø Naluri mengajari aku untuk setia pada kodrat fisikku, untuk mendekatkan anak-anak pada kedewasaan

Ø “kupikir aku telah memberikan sumbangan yang besar kepada cita-cita suamiku, apabila aku bias memegangi tangga kalau dia hendak menjangkau buku yang terletak di deretan teratas dari rak bukunya.”

Ø Sesungguhnya, aku malu untuk mengatakan bahawa dia tetaplah seorang hangat, walaupun politik telah mengambilnya dari sisiku.

Penjelasannya yang diberikan kepada interogator militer

Ø Dengan rasa bangga kukatakan bahawa dia tak pernah kehilangan kata-kata ketika berhadapan dengan mesin tiknya

Ø Para penyelidik itu tidak percaya bahawa aku hanya sekadar menemani suamiku mengetik editorial Koran

Ø Mereka tidak percaya. Dan mereka berharap aku akan berkhianat terhadap suamiku kalau aku disekap sampai ke ujung zaman

Ø Dengan berbuat begitu, merek malah telah memberikan pelajaran yang baik bahawa kejujuran tak punya tempat berlabuh dalam kezaliman yang mereka puja

Bagaimana dia membersihkan KTPnya

Ø Berusaha untuk membersihkan KTP dengan membayar seberapa jumlah wang yang dia mahu

Ø Memberi rasuah untuk menyingkir noda ETP yang mengejar-ngejar diriku

Ø Dan tanda penderita lepra yang berlambang ETP itu sudah dihapuskan pemerintah

Ø Kerana Presiden Republik yang sekarang ini, ketika dia masih seorang kiai yang buta namun memiliki hati yang baik setinggi langit, telah diterangi Tuhan pikirannya untuk meminta maaf atas kejahatan yang dilakukan terhadap orang-orang seperti aku ini

Ø Walaupun para penguasa mengumandangkan ETP itu tidak diperlukan lagi

Ø Hukumana yang batil itu masih saja menghnatu di pojoknya

Ø Malah yang jutaan itu boleh dijadikan modal berjulan , Mbak Win boleh melanjutkan sekolahnya

Leontin Dewangga

Leontin Dewangga

Ø Abdullah Peureulak merupakan suami narrator

Ø Narrator (Dewangga Suciati) berasa sakit

Ø Menghadapi kesakitan selama dua tahun

1965-1966

Ø Perseteruan politik antara angkatan darat dan golongan kiri menemukan jalan penyelesaiannya sendiri setelah sekelompok tentera menculik dan membunuh para jenderal yang dituduh menjadi pengkhianat bangsa dan melecehkan kaum wanita

Ø Keraguan-raguan yang tidak pelak lagi membuka peluang bagi sekutu para jenderal yang tertinggal untuk dengan cepat memukul balik dan melakukan penumpasan bersimbah darah, habis-habisan.

Ø Komunis dan kaum kiri lainnya dituduh berada di belakang percubaan kudeta itu

Ø Ramai orang dijadikan korban dan yang masih hidup akan dihumban ke dalam kamp konsentrasi dan penjara atau pulau buangan untuk kesalahan yang tidak ada bukti

Nasib Abdullah

Ø Ketika ditangkap, di tangannya tidak ditemukan tanda-tanda bahawa dia masih berhubungan dengan kawan-kawannya dalam apa yang dinamakan “upaya kaum merah menyusun kekuatan unutk bangkit kembali”

Ø Di dompet, ayahnya telah menulis dengan tarikan huruf-huruf yang bergaya khas, yang dipelajarinya di kursi sekolah dasar zaman Belanda

Ø Tarikan garis yang tidak berubah mulai dari suku kata pembuka sampai salam penutup

Ø Surat itu menguraikan bahawa sang ayah bersama interinya akan menunaikan ibadah haji dengan menumpang kapal laut, yang akan memakan waktu tiga bulan pernama yang menyingsing di balik-balik pelepah pohon kelapa

Ø Apabila diperiksa wasiat itu, dia tidak perlu ditangkap berlama-lama

Ø Kerana hanya akan menghabiskan jatah nasi berpasir yang disediakan untuk menjaga agar para tahanan masih bisa terus bernafas untuk merasakan siksa sebagai balasan terhadap « Kejahatan politik « yang telah mereka lakukan.

Kesengsaraan yang hadapinya 1

Ø Tidak diterima oleh rumah di mana dia eprnah indekos

Ø Ibu kos itu telah memohon supaya dia jangan sekali-kali datang lagi ke situ

Ø Jangan memancing tentera sehingga rumah itu disita

Ø Untuk keselamatan pemilik rumah, untuk keselamatan para tetangga, untuk semua, janganlah datang lagi

Kesengsaraan yang dihadapinya 2

Ø Melamar ke perusahana film sudah tak mungkin

Ø Bisa-bisa dilaporkan orang bahawa dia berupaya menyusup untuk membangkitkan PKI, cap yang akan melemparkannya kembali ke penjara atau mati

Ø Dia sudah berputus kata bahawa capai hanyalah figuran dalam satu-satunya film, itu pun hitam-putih

Ø Bakat yang diberikan alam kepadanya, berupa wajah yang tampan, dengan sorot mata yang tajam menawan dan kecerdasan yang cukup buat seorang actor harus mengalah pada keterpaksaan yang disodorkan perjalananan waktu

Kesengsaraan yang dihadapinya 3

Ø Tidak berterus terang bahawa di merupakan bekas tahanan G30S

Ø Suaminya didatangi sahabatnya, bermang Sibarani, seorang kondaktur musik yang pernah belajar di satu konservatorium di Jerman

Ø Hari bertanding pula Agam Wispi, seorang penyair, yang ketika pecah bencana politik tahun 1965 bearda di luar negeri dan terpaksa menetap di Belanda.

Ø Banyak tetamu yang membuat Dewangga sangsi dengan suaminya

Isterinya membuka rahsia

Ø Namapak bulan sabit hijau

Ø Ia lambing gerakan tani yang melancarkan aksi sepihak untuk melaksanakan undang-undang pokok agrarian

Ø Lima hektar adalah batas luas tanah yang boleh dimiliki seseorang

Ø Selebihnya direbut oleh para petani yang tak bertanah

Ø Organisasa tani dengan panji-panji berlambang semacam sabit itulah memimpin aksi

Ø Satu gerakan yang kemudian memicu pertikaian yang sengit

Ø Ketika tahun 1965, seorang algojo yang dikirim benggolan tuan-tanah datang untuk merenggutnya dari kami

Ø Ibu dan kau ditahan dan kemerdekaanku tertebus setalah komandan kamp meniduriku dengan paksa