Jumaat, 22 Oktober 2010

Raja Bersiong

Pada tanggal 23 Okotber 2010, saya telah Sekolah Menengah Yusof Ishak untuk menyaksikan pementasan Raja Bersiong. pementasan ini diadakan di Pentas kotak hitam (Black Box theatre). Penulis skrip untuk drama ini laha Encik Yazid bin Hussen dan Cik Norlila Abdul Ghani. Cerita rRaja Bersion mengisahkan seorang raja telah ketagih untuk memakan kari bayam dengan darah manusia. Dia telah banyak membunuh orang untuk mendapatkan darah itu sehinggakan giginya tumbuh siong.

Pada pandapat saya, pementasan ini sungguh baik. Para pelakonnya terdiri dariapda pelajar sastera dan bukan sastera. Mereka dapat melakonkan pementasan mereak dengan baik dan energetik. Namun begitu, terdapat juga kelemahan-kelemahan di dalam pementasan ini. Pakaian dan budaya yang dipaparkan di dalam pementasan ini terlalu kemelayuan. Ini menggambarkan seolah-olah mereka tinggal pada zaman kesultanan Melaka. Budaya di dalam pementasan ini seharusnya mempamerkan budaya Siam atau Thailand. Asal cerita ini diangkat dari Hikayat Merong Mahawangsa. Walaupun cerita-cerita dalam Hikayat Merong Mahawangsa itu memaparkan sejarah mintos sebelum kedatangan Islam, ia boleh membuat kita rasa bangga.

Pada tahun 1968, raja bersiong ini telah dijadikan filem. Filem ini diarah oleh Jamil Sulong atas nasihat Tunku Abdul Rahamn, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Walaupun teleh membelanjakan RM75,000, filem ini gagal untuk menarik ramai penonton di pawagam.


Saya berharap sekolah Menengah Yusof Ishak dapat mengadakan pementasan ini pada tahun hadapan.

Ayat-ayat Cinta


Saya ditugas untuk menganalisa novel yang ditulis oleh orang Indoenesia. Di antara novel yang telah saya baca ialah 'Ayat-ayat cinta'. Pada mulanya saya ingin menganalisa 'Laskar Pelangi'. namun begitu, ceritanya amat terlalu positif tetapi padandangan ini masih boleh diperdebatkan.

Kisah cinta islamiah yang diangkat daripada novel Ayat-ayat cinta ini sungguh memberi aku kesan yang mendalam mengenai apa erti cinta sebenar. Kesan ini amat mendalam bagi seseorang lelaki yang masih lagi mencari pasangan kehidupan. Setelah hidup sekalian lama, saya akhirnya tahu bukan mudah untuk menambati hati wanita. Saya rasa filem ini telah menyentuh hati saya yang sangat mendalam mengenai dunia percintaan sehinggakan saya sendiri amat terpegun dengan akhlak Fahri dalam cerita ini. Malah, watak Fahri ini telah inspirasi untuk diri saya untuk mengubah sikap kasar. Watak Fahri merupakan watak yang mendokong nialai-nialai Islam yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah Nabi. Justeru, watak Fahri mempunyai unsur-unsur dakwah yang mahu disampai kepada penonton filem. Namun, adakah watak fahri ini terlalu idealist. Penulis novel, habiburrahman telah berjaya menggambarkan Fahri sebagai manusia biasa walaupun dia mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi.

Lagu rasmi -Ayat-ayat cinta oleh Rossa


Trailer


Plot ringkas 'Ayat-ayat Cinta'


Empat Wanita mencintai satu lelaki yang sama




Jumaat, 8 Oktober 2010

Imbas Ampas: Kenangan Bersamaku - sebuah pementasan NUS Ilsa Tari


Pada tanggal 2 Oktober 2010, saya berkesempatan untuk menontoni pementasan oleh ilsa tari. pementasan Ilsa tari pada kali ini berdasarkan filem-filem yang pernah ditayangkan di Jalan Ampas. Jalan Ampas merupakan temapt bersejarah di mana banyak filem-filem Melayu yang dihasilkan. namun begitu, ramai orang melayu Singapura lupa bahawa Studio Jalan Ampas adalah sebuah tempat di mana zaman kegemilangan industri filem Melayu bermula.

Di antara lakonan dan tarian yang dipentaskan ialah Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Pendekar Bujang Lapok, Anakku Sazali dan tiga Abdul.

Gambar ni diambil di UCC

Pada keseluruhannya, pementasan ini agak baik dan memuaskan walaupun pementasan ini agak pendek. Saya rasa pementasan ini harus diulangi lagi. Namun begitu, masih ada ruang untuk dibaiki. Filem-filem yang dipilih unutk dilakonankan agak tersekat. Ramai orang masih tidak tahu siapakah pengarah filem tersebut. Malah, keunggulan P.Ramlee tidak ditonjolkan di dalam pementasan ini. Saya perpendapat, pementasan ini harus memberi sedikit latarbelakang mengenai kehidupan P. Ramlee. Atau mengadakan pementasan yang memaparkan kisah P.Ramlee. Pementasan ini mungkin akan lebih gah jika diakhiri dengan lagu 'Air mata di Kuala Lumpur".

Ahad, 8 Ogos 2010

Seminar Imbas . . . Ampas: Kenangan bersamamu oleh Yusnor Ef

Pada tanggal 31 Jun 2010, Ilsa tari telah mengadakan seminar Melayari Jalan Ampas. Tetamu yang diundang untuk seminar ini ialah Encik Yusnor Ef. Beliau telah banyak membuat kajian mengenai filem P. Ramlee. Beliau juga turut terlibat dalam ciptaan lagu dalam filem-filem lama.

Ini merupakan hasil kerja P.Ramlee.

Jumaat, 30 Julai 2010

Gotong-royong sebagai budaya Melayu



"Perasmian Bulan Bahasa pada 25 Jun 2010 tidak akan berjaya tanpa semangat gotong-royong yang ada pada masyarakat kita."

Semangat gotong-royong telah lama diterapkan ke dalam jiwa masyarakat Melayu. Malah semangat bergotong-royong ini sudah menjadi satu nilai yang boleh dibanggakan sehingga hari ini. Namun begitu, benarkan semangat bergotong-royong ini semakin pudar?

Pada pendapat saya, semangat bergotong-royong ini i masih lagi kekal dalam masyarakat walaupun rakyant Singapura telah lama tinggal di rumah flat. Sebenarnya semangat bergotong-royong ini seharusnya dipupuk semanjak kecil lagi terutama sekali pada masa muda. salah satu contoh kuat yang boleh kita dapat ialah nilai bergotong-royong yang masih ada dalam masyarakat ketika membuat persiapan perasmian Bulan Bahasa. Berterus terang, bergotong-royong adalah salah satu nilai yang amat tinggi. Bergotong-royong ini memerlukan semangat sukarela tanpa dibayar atau dipaksa. Namun, kita tidak boleh terus leka dengan budaya ini. Jika kita leka, budaya bergotong-royong ini akan pudar.

Namun, daripada pengalaman saya menjalani perkhidmatan negara, saya masih mendapati bahawa nilai-nilai dalam tentera ini sangat berlandaskan semangat bergotong-royong. Ini adalah kerana askar-askar selalunya dipupuk untuk berjuang sebagai kumpulan. Dengan secara tidak langsung, nilai-nilai bergotong-royong ini akan dipupuk ke dalam diri seorang askar.