Isnin, 7 Jun 2010

Dalam konteks hari ini, kefasihan berbahasa Inggeris lebih penting daripada kefasihan berbahasa Melayu. Setujukah kamu dengan pendapat ini? (GCE A N2

Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa pada masa kini merupakan hasil peninggalan empier Inggeris selaku kuasa imperial yang amat digeruni pada kurun kesembilanbelas dan keduapuluh. Jika dahulu orang Melayu bersungguh-sungguh untuk menombangkan penjajah Inggeris di tanah mereka, kini mereka sibuk mengharungi cabaran mengakhiri pengaruh bahasa Inggeris dalam masyarakat mereka.


Pada pendapat saya, memang benar kefasihan berbahasa Inggeris lebih penting daripada kefasihan berbahasa Melayu. Ini kerana kefasihan berbahasa Inggeris boleh membawa masyarakat Melayu lebih selesa untuk berkomunikasi dengan masyarakat dunia tidak kira hal politik mahupun urusan niaga. Tidak seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu belum lagi popular digunakan oleh penduduk dunia luar dari kawasan kepulauan Melayu. Walaupun demikian, ini tidak bererti bahawa bahasa Melayu mempunyai nilai tersendiri.


Berhubung dengan skop ini, kefasihan untuk bertutur dalam satu bahasa merupakan topik penting yang dibahaskan. Menurut Kamus Dewan, kefasihan bererti lancar, petah dan baik sebutannya. Di dalam konteks hari ini, banyak negara bekas jajahan Inggeris seperti Malaysia, India dan Brunei menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di dalam sesebuah negara itu dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi dan dalam hubungan dengan negara lain. Malaysia sebagai contoh, tetap menekankan rakyatnya supaya menguasai bahasa Inggeris untuk mengharungi cabaran globalisasi yang tidak menentu. Melalui penerapan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan, rakyat Malaysia berupaya untuk berkomunikasi dengan masyarakat dunia dalam hal niaga mahupun politik dengan lebih baik.


Di samping mengharungi cabaran globanisasi, seseorang yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar dapat mengurangkan perselisihan faham di antara mana-mana pihak terutama sekali dalam situasi di mana kedua-dua pihak itu mempunyai bahasa yang berbeza sebagai bahasa ibunda. Dengan adanya bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantaran, sebarang salah tafsiran bahasa dapat dikurangi memandangkan tugas jurubahasa untuk menterjemahkan bahasa yang ditutur semakin kurang penting. Jika seseorang itu bergantung kepada seorang menterjemahkan bahasa untuk mendapat erti apa yang dibincangkan, keruncingan akan timbul sekiranya jurubahasa itu telah tersilap menterjemahkan bahasa yang boleh membawa maksud yang berlainan.


Seterusnya, kefasihan berbahasa Inggeris juga meningkatkan keyakinan diri dalam seseorang itu terutama sekali ketika dia sedang dalam situasi yang memerlukannya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Situasi ini boleh dilihat di Singapura. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa pertama dan bahasa ini seringkali menjadi kayu pengukur untuk menguji seseorang itu. Contohnya, seseorang itu harus bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar ketika ditemuramah untuk meminta pekerjaan. Ini jelas sekali bahawa seseorang yang fasih dalam bahasa Inggeris akan berasa lebih yakin untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas kerana dia rasa dirinya sudah berjaya untuk memberitahu mesej yang dia mahu sampaikan.


Walaupun bahasa Inggeris lebih penting daripada berbahasa Melayu, ini tidak bererti kefasihan berbahasa Melayu hilang kepentingannya. Isi-isi yang telah dibincang sebelum ini adalah kelebihan seseorang itu jika dia fasih dalam bahasa Inggeris. Walaupun demikian, kelebihan-kelebihan ini wujud jika bahasa Inggeris merupakan bahasa utama. Kefasihan berbahasa Melayu tetap ada kelebihannya jika seseorang itu berada dalam situasi di mana bahasa Melayu merupakan bahasa utama.


Contoh ini boleh dilihat di negara Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pertama dan ia juga merupakan bahasa nasional. Kefasihan berbahasa Melayu akan menjadi satu kelebihan kepada seseorang itu. Ini kerana sistem pendidikan di sekolah masih mengutamakan bahasa Melayu walaupun bahasa Inggeris juga diberi penekanan. Malah penduduk Malaysia yang bukan Melayu juga harus fasih dalam bahasa Melayu kerana kebolehan ini membuat seseorang itu lebih selesa untuk bergaul dengan orang Melayu. Dalam situasi begini, seseorang yang tidak fasih bahasa Melayu mengalami kesukaran untuk bergaul dengan bangsa majoriti.


Kefasihan berbahasa Melayu juga penting dalam isu luar negeri terutama sekali dalam isu yang mengaitkan rantau Asia Tenggara. Contoh ini boleh dilihat cara Perdana Menteri Lee (kini Menteri Pembimbing) menyelesaikan isu ‘konfrantasi’ dengan Indonesia. Kefasihan Encik Lee dalam bahasa Melayu telah mengurangkan ketegangan di antara Singapura dengan Indonesia. Ini kerana pihak Indonesia dapat memahami sesuatu perkara yang dibincang dengan baik dan ini sekaligus meletakkan Singapura ke posisi yang boleh dihormati.


Kefasihan berbahasa Melayu itu penting kerana ia merupakan satu tanggungjawab orang Melayu untuk menjaga nama baik bahasa Melayu. Kurangnya fasih berbahasa Melayu merupakan satu penghinaan terhadap warisan Melayu. Jika seseorang itu meniup sebuah alat muzik dengan bunyinya tersekat-sekat, seseorang pendengar mungkin tidak kenal alat muzik yang ditiup dan lagu apa yang dimainkan. Anologi ini boleh dikaitkan dengan isu kefasihan berbahasa Melayu. Jika seseorang itu seseorang itu bertutur bahasa Melayu tersekat-sekat, mungkin seorang pendengar itu tidak mengerti bahasa yang digunakan dan sekaligus identiti bangsa Melayu akan hilang. Oleh itu, kefasihan berbahasa Melayu tetap penting untuk mengekalkan identiti Melayu.


Kesimpulannya, walaupun kefasihan berbahasa Inggeris lebih penting daripada kefasihan berbahasa Melayu, kegunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan mahupun penulisan harus dijaga supaya ia tetap dihargai. Bahasa Inggeris seringkali diletakkan sebagai bahasa yang lebih berguna dan berpengaruh daripada bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Inggeris telah melangkah lebih jauh daripada bahasa Melayu. Malah bumi Melayu pernah dijajah oleh Britis dan ini membuat bahasa Melayu lebih lemah kerana bangsa Melayu dianggap sebagai bangsa yang lemah di mata Britis. Hingga ke hari ini, kefasihan berbahasa Inggeris tetap diutamakan kerana ia boleh membantu masyarakat Melayu untuk mengharungi cabaran globanisasi sedangkan kefasihan berbahasa Melayu hanya membataskan masyarakat Melayu untuk berkomunikasi sesama sendiri.

(834 perkataan)

Muhammad Farid b Mohd

04A05

Maktab Rendah Pioneer

10 Januari 2005

Cabaran-cabaran yang dihadapi Singapura dalam era globalisasi. (PJCPre05)

Perkataan ‘globalisasi’ memang tidak asing lagi kepada rakyat Singapura. Globalisasi ditakrifan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Di dalam era globalisasi ini, rakyat Singapura sedang mengharungi pelbagai cabaran dari segi ekonomi, sosial dan politik. Memandangkan negara ini kurang sumber barangan mentah, pemerintah haruslah mengubah struktur pemikiran rakyatnya supaya negara Singapura dapat bersaing dalam keadaan dunia yang tidak menentu.


Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh Singapura ialah pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu. Perkara ini berlaku apabila Singapura kehilangan daya asing dalam pasaran buruh. Negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia mampu menawarkan kos pembelanjanan buruh yang lebih rendah. Malah, ekonomi Singapura semakin tersepit ekoran kebangkitan China dan India. China, contohnya, telah mengambil beberapa langkah seperti mengubah nilai mata wang Yuan demi mempertingkatkan persainga global. Langkah-langkah ini sedikit sebayak memberi impak kepada ekonomi Singapura. Dengan ekonomi Singapura yang tidak menentu ini, ramai rakyat mungkin akan kehilangan mata pencarian mereka.


Cabaran seterusnya ialah merancakkan ekonomi negara. Singapura pada masa kini sudah menampakkan tanda-tanda bahawa Singapura sedang mengalami masalah penuaan rakyat. Golongan tua ini merangkumi sebahagian besar daripada tenaga buruh. Ramai di antara mereka terpaksa dibuang kerja. Perkara ini berlaku kerana ramai di antara mereka tidak mendatangkan produktiviti yang tinggi dan juga kurang kemahiran. Pada dua tahun yang lalu, pemerientah telah menaik kadar cukai barangan dan khidmat (GST) dari tiga peratus ke lima peratus. Malah, tambang pengangkutan awam juga meningkat. Langkah-langkah untuk merancakkan ekonmi ini juga memberi kesan kepada pengguna memandangkan ia meningkatkan kos kehidupan walaupun tujuan sebanar ialah untuk merancakkan ekonomi.


Selanjutnya, penularan budaya asing juga menjadi satu cabaran. Kini rakyat Singapura mudah terdedah dengan apa yang berlaku di seluruh dunia menerusi internet, suratkhabar dan sebagainya. Disebabkan itu, menurana buaday asing tidak dapat elakkan. Apa yang menjadi masalah ialah ada di antara budaya asing ini sukar diterima oleh sebilangan rakyat Singapura yang masih koservatif. Contohnya, pada tahun lalu rakyat Singapura telah digemparkan dengan perkahwinan sejenis di Amerika Syarikat. Malah, Belgium dan Belanda telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Oleh itu, cabaran rakyat Singapura ialah mereka haruslah berfikiran terbuka dan membuat keputusan yang waras dalam menerima dan menolak cara hidup orang asing. Jika tidak, rakyat Singapura sendiri akan kehilangkan identiti.


Di samping itu, Singapura juga mempuanai cabaran dalam memerangi keganasan. Baru-baru ini permerintah telah menyalurkan sebahagian daripada hasil pendapatannya dalam memerangi keganasan. Diketuai oleh Osama bin Laden, Al-Qaeda, bertekad untuk melumpuhkan kuasa imperial Amerika Syarikat. Negara-negara yang mempunayi kait rapat dengan Amerika Syarikat turut menjadi sasaran. Perkembangan di Mesir pada bulan Julai yang lalu menunjukkan bahawa tidak ada negara yang terkecuali daripada sasaran pengganas. Ini kerana kesan globalisaasi juga memberi peluang kepada pengganas untuk berkomunikasi rapat dalam usaha mengebangkankan sayap mereka. Kini pengganas bersifat transnasional. Rangkaian mereka amat berkembang pesat dan halus untuk dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, rakyat Singapura dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangkis serangan pengganas yang tidak menentu.


Selain daripada memerangi keganasan, penularan kuman dari luar negara juga menjadi agenda untuk Singapura. Dengan teknologi yang semakin canggih, masa perjalanan jauh boleh disingkatkan. Dengan mudahnya manusia berjalan jauh, penularan wabak juga mudah melarat. Pada tahun 2003, Singapura telah mengambil langkah-langkah tegas dalam memerangi wabak Sindrom Sesak Nafas mendadak (SARS) daripada merebak pantas di seluruh pulau Singapura. Baru-baru ini Penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD) sudah mula merebak di Singapura. Malah, virus 5N1 sudah pun merebak pantas di Indonesia, China, Korea dan Vietnam. Untuk mengelakkan Singapura dari diserang wabak maut ini, rakyat Singapura digalakkan mangamalkan gaya hidup sihat dan senantiasa mengambil langkah-langkah berwaspada apabila pergi keluar negara.


Sebagai penghuni dunia, Singapura juga tidak mampu berdiam diri apabila negara jiran ditimbah musibah. Pada hujung tahun 2004, Singapura telah memberi bantuan kepada Indonesia dalam menolong mangsa tsumani di Aceh. Baru-baru ini, Singapura telah menghantar pasukan bombanya ke Riau untuk memadam kebakaran hutan. Walaupun Singapura ada-kalanya mempunyai perselisihan faham dengan negara-negara jiran, ini tidak beerti Singapura haruslah bersikap bongkak terhadap negara jiran. Sebagai negara kecil, Singapura haruslah menghormati jiran tetangga dan menolong mereka jika meraka benar-benar berada dalam kesempitan.


Kesimpulannya, Singapura memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada ancaman dan penularan budaya asing daripada luar negara. Walau bagaimanpun, rakyat Singapura haruslah menari mengekut rentak global demi penakatan negara. Singapura tidak boleh bersikap ego dengan bertindak mengikut kehendak sendiri dalam urus niaga dan politik. Yang penting ialah Singapura harus menyesuaikan diri supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat dunia.

(719 perkataan)

54/70

Tekanan merupakan sebahagian daripada hidup manusia

Sudah menjadi lumrah hidup, kehidupan masnusia tidak pernah lekang daripada tekanan hidup. Tekanan boleh didefinisikan sebagai desaka, paksaan atau sesuatu yang menekan dengan kuat. Tekanan boleh timbul pada bila-bila masa tanpa kira waktu dan tempat Ini kerana manusia memang secara semula jadi sukar untuk mendisiplinkan diri terutama sekali dalam hal menggunakan masa yang terhad dengan berkesan.


Tekanan hidup timbul sejak di bangku sekolah lagi. Para pelajar seakan-akan didesak dan dipaksa unutk menunujukkan kelakonan yang membanggakan dalam bidang akademik. Mereka juga seakan-akan disuruh membuat perkara yang muar daripada kemampuan pelajar. Jika mereka gagal dalam peperiksaan, mereka akan diejek, dipinggir dan dibuaekan hidup dalam stigma sosial. Pedekatan ini juga membuat pelajar lemah berasa tertekan. Pada tahun 2002, seorang pelajar banggali, Simran kaur telah membunuh diri setelah gagal unutk melayakkan diri dalam aliran ekspres ketika memduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Contoh ini menunjukkan bahawa tekanan hidup boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri.


Di Singapura, membunuh diri merupakan jalan penyelesaian yang sering diambil oleh mereka yang menghadapi tekanan hicup. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Hospital Universiti Kebangsaan (NUH), 268 daripada 346 pesakit yang pernah cuba membunuh diri merupakan golongan wanita. Ini kerana wanita mudah mengalami tekanan serius. Mereka seringkali menjadi mangsa masalah keluarga. Kerenah anak-anak yang cukup nakal dan kos kehidupan yang melambung tinggi bak air pancut merupakan punca bertindih lebih ramai wanita menghadapi tekanan yang lebih serius daripada lelaki.


‘Tangan kanan yang menghayun buaian dapat menggoncangkan dunia dengan tangan kirinya.’ Itulah ungkapan daripada Napolean mengenai pengorbanan wanita dalam hidup seharian. Telah menjadi satu trend atau budaya negara Singapura bahawa kaum ibu memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Oleh itu, ramai kaum ibu mempunyai tekanan untuk untuk membahagikan masa dengan adil untuk keluarga dan kerjaya.


Selain daripada itu, tekanan juga boleh mendorong seseorang itu melakukan apa sahaja ia boleh memberikan saluran eskapisme kepada dirinya. Ini termasuk bersekongkol ke dalam kebejatan sosial yang semakin sulit seperti hidu gam, hisap dadah dan melakukan seks di luar nikah. Namun demikian gejala negatif ini hanya dapat dapat membantu inidividu itu menghilangkan rasa tekanan buat jangka mas yang pendek bukan jangka masa panjang.


Walaupun tekanan mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan seseorang individu, manuniia secara rasional tidak boleh membiarkan tekanan ini menguasai hidup mereka. Pada hakikatnya, tekanan juga boleh membuat manusia lebih peka terhadap kelemahan diri sendiri. Oleh itu, mereka harus ingat berapa pentingnya hidup bermasyarakat dan tidak lupa kepada jiran tetangga. Ini kerana merekalah golongan yang terdekat yang boleh diharapkan ketika berada dalam waktu kecemasan.


Tekanan juga boleh membuat manusia lebih progresif dari segi pemikiran dan kelakuan. Contohnya, tekanan untuk menjaga kecantikan badan dapat menyedarkan seseorang itu pentingnya makan seimbang dan gaya hidup sihat. Disebabkan tekanan ini, ramai orang yang dahulunya lebih mengutamakan makan daripada bersenam telah membuat satu anjakan paradigma untuk mengubah keutamaan mereka.


Di samping itu, tekanan juga mendorong para usahawan untuk lebih kreatif dan bijak dalam usaha unutk memaksimumkan keuntungan mereka. Tekanan ini timbul apabila firma-firma lain cuba menguasai pasaran sesebuah produk. Menurut laporan akhbar, The Straits Times pada tanggal 2 April 2004, telefon bimbit berjenama Samsung dan LG telah mengeluarkan fesyen dan modal baru yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik seperti skrin berputar dan bentuk badan yang cantik. Tanpa tekanan seperti berikut, mungkin tahap teknologi akan semakin mundur dan budaya inovasi tidak dapat diterapkan.


Tekanan merupakan salah satu cabaran yang sukar dihadapi. Namun demikian, terdapat juga cara-cara yang efektif untuk menangani masalah ini. Pembahagian masa yang seimbang merupakan kaedah yang terbaik tetapi sukar dicapai. Ini kerana manusia memang semula jadi mahu membuat banyak perkara dengan masa yang terhad. Oleh itu, menusia harus mengelakkan diri daripada melakukan kegiatan yang tidak berfaedah dan fokus kepada aktiviti yang produktif.


Selanjutnya, individu harus mengamalkan hidup yang sederhana. Sabar dan bersikap toleransi juga haruslah diamalkan supaya perasaan tertekan berada di tahap minimal. Biasanay, individu yang terburu-buru untuk membuat satu keputusan itu akan mengundang banyak masalah kerana dia tidak sempat menganalisa apa yang akan terjadi selanjutnya jika dia membuat keputusan itu.


Kesimpulannya, memang tekanan merupakan sebahgian daripada kehidupan manusia. Kita tidak boleh melenyapkan rasa tertekan seratus peratus. Apa yang kita mampu ialah mengurangi masalah ini. Oleh itu, kita dinasihati supaya memahami masalah tekanan dna tersu hidup seperti manusia yang bertamadun.

Muhammad Farid bin Mohd

04A07

8 April 2004

Peranan guru menjadi kurang penting disebabkan mudahnya mendapat maklumat daripada internet. Bincangkan.

Guru. Guru merupakan pelita kepada seriap insan. Dialah yang meumupuk dan mendidik anak muridnya hingga menjadi seorang yang berguna. Namun demikian, guru pada masa kini kurang dihormati. Di zaman era digital ini, ada yang berpendapat bahawa peranan guru semakin kurang penting disebabkan mudahanya mendapat maklumat daripada internet.Memang kita tidak dapat menafikan bahawa peranan guru dalam memberi maklumat menjadi kurang penting disebabkan adanya internet. Walaupun demikian, peranan guru bukanlah setakat memberi maklumat. Ada peranan-peranan seorang guru yang tidak boleh dilakukan oleh internet.


Pertama, format peperiksaan kini tidak lagi memerlukan daya penghafalan yang kuat. Peperiksaan kini lebih kepada menguji daya fikiran. Memperolehi maklumat tidak mencukupi jika tidak mempunyai kemahiran untuk menganalisa satu maklumat untuk memjawab soalan. Di sinilah, peranan guru amat diperlukan untuk mengajar anak muridnya dalam menganalisa sumber-sumber maklumat. Contohnya, seorang pelajar tahun banyak fakta mengenai gunung berapi tetapi tidak mungkin pelajar itu tahu isi yang mana yang patutu dimuatkan ke dalam kertas jawapan.


Selain daripada itu, guru mempunyai komunikasi yang lebih baik daripada internet. Pendidikan di Singapura bukan hanya setakat mahu berjaya. Ia bertujuan untuk menjadikan rakyatnya tahu menulis dan mengira. Kemahiran menulis dan mengira ini tidak mudah diperolehi menerusi latihan-latihan daripada internet. Peranan guru dalam mengajar anak muridnya jaga penting memandankan guru lebih fleksibal dalam menangai masalah pembelajaran pelajar. Jika di bandingkan dengan internet, ia lebih merupakan corak satu acuan, muat semua. Kaedah ini mungkin akan menjejas keberkesanan cara pembelanjaan. Ini kerana setiap pelajar mempunayi tahap pemahaman yang berbeza.


Seterusnya, peranan guru juga untuk membimbing. Peranan ini memang tidak boleh dilakukan oleh komputer. Ini kerana sebagai seorang pembimbing, seseorang itu perlu ada perasaan ingin meminpin. Dari aspek ini, internet tidak mampu berbuat begitu. Internet merupakan program yang direka oleh manusia. Ia tidak mempunyai perasaan dan merupakan satu alat. Oleh itu, sukar bagi internet untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Internet hanya boleh mempengaruhi manusia. Di sinilah datangnya peranan guru. Peranan guru dari aspek ini ialah memimpin manusia ke jalan yang benar dengan membantu mereka dalam usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.


Selanjutnya, guru berupaya memberi nasihat. Memberi nasihat haruslah diberikan dengan iklas. Guru sebagai seorang insan lebih berpengalaman dalam menangani masalah pelajarnya tidak seperti internet. Menerusi perasaan dan pengalaman mereka, mereka dapat mencari cara yang terbaik untuk menasihati para pelajar dan menagani msalah mereka dengan berkesan. Guru juga boleh dijadikan tempat mengadu untuk para pelajar. Peranan ini memang tidaka boleh dilakukan oleh internet. Ini kerana internet merupakan alam maya yang boleh dibaca tetapi tidak mampu berkata dan mendengar. Oleh itu sukar bagi internet bertindak sebagai penasihat kepada pelajar.


Walaupun peranan guru amat diperlukan di bangku sekolah, para pelajar tidak boleh ketepikan khidmat internet. Internat mampu memeberi matlumat yang lebih cepat, tepat dan tersusun daripada buku-buku teks dan guru. Peranan internet ini juga diperlukan di zaman yang Ekonomi berteraskan ilmu (KBE). Para pelajar digalakkan untuk banyak membaca berita di internet agar mereka tahu apa yang berlakau di dunia ini. Di samping meningkatkan lagi imu penegetahuan am. Ledakan informasi di internet ini memang tidak boleh ditandingi oleh guru. Ini kerana informasi yang ada di internet ini mempunayi kuantiti yang banyak dan ia mudah diperolehi dengan hanya menekan beberapa butang sahaja. Para pelajar boleh mendapat isi-isi yang dipelajari sekolah menerusi internet di rumah mereka.


Di samping itu, belajar dengan menggunakan internat dapat membolehkan para pelajar belajar secara interaktif. Informasi yang terdapat di dalam internet juga menarik dan ini disampaikan dalam pelbagai bentuk. Contohnya, para pelajar dapat belajar secara interaktif melalui diari maya yang memberi pelajar ruang unutk memberi pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Melalui internet juga para pelajar dapat berinteraksi dengan pelajar lain atau guru.


Kesimpulannya, walaupun internet memberi pelajar informasi yang cepat, tepat dan padat, ia tidak mungkin dapat mengganti peranan guru. Ini kerana para pelajar perlu bimbingan dan dorongan daripda seorang insan untuk berjaya. Di samping itu, para pelajar juga mahu tunjuk ajar daripada seorang guru. Untuk mengecapi kejayaan, para pelajar perlu mempunyai disiplin. Si sinilah letaknya peranan guru dalam menjaga disiplin para pelajar agar mereka berada dilandasan yang betul dalam mengejari pelajaran mereka. Walaupun peranan guru menjadi kurang penting dalam memberi maklumat, mereka tetap penting unutk mendidik anan-anak kita.

Muhammad Farid bin Mohd

Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang berdisiplin. Bincangkan.

Menurut Winston Churchill, ‘seorang pesimistik selalu mencari masalah dalam sesuatu peluang tetapi seorang optimistik selalu mencari peluang dalam sesuatu masalah’. Kata-kata pujangga ini yang dilafazkan oleh bekas Perdana Menteri Britain menyokong bahawa faktor kejayaan ditentukan oleh individu. Seorang pelajar yang berdisiplin boleh didefinasikan sebagai seorang penyelidik ilmu yang mempunyai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dia boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Tatatertib dalam konteks ini tertumpu kepada soal penggunaan masa memandangkan masalah kesempitan masa seringkali menjadi maslah yang boleh menggugat prestasi seorang pelajar.


Sememangnya, terdapat juga faktor-faktor sampingan seperti taraf sosio-ekonomi keluarga, pengarah rakan sebaya dan media massa juga mempengaruhi prestasi para pelajar tetapi faktor individulah yang menjadi faktor prima dalam menentukan nasib masa depannya. Bak kata pepatah Melayu, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakah hendak dapat sagunya’. Jika individu itu tidak berusaha dengan gigih manakah dapat hasilnya.


Seseorang pelajar boleh dikatakan seorang yang berjaya jika segala usaha yang dia lakukan mendapat hasil yang memuaskan termasuklah cita-citanya yang tercapai dan masalah dalaman dan luaran dapat dikurangi. Ini bukan sahaja tertumpu kepada pencapai pendidikan tetapi juga dapat mengimbangi masa belajar dengan kegiatan korikulum, beribadah, sosial dan keluarga.


Berhubung dengan faktor individu, pelajar yang berdisplin dikurniakan kebolehan untuk menggunakan masa dengan berkesan. Dengan kebolehan ini, para pelajar dapat menjalankan programnya dengan licin dan teliti. Pelajar yang berdisiplin juga mempunyai kemahiran untuk membezakan di antara aktiviti yang penting dan aktiviti yang remeh. Dengan adanya ciri-ciri ini, para pelajar berada dalam keadaan yang selesa untuk mengharungi cabaran di masa akan datang umpamanya dalam pendidikan.


Selanjutnya, para pelajar yang berdisplin juga mempunayai semangat perjuangan yang kental. Ini membuat para pelajar lebih bersikap tegas dalam membuat satu pendirian. Mereka lebih berani memgambil risiko dan menganggap tekanan itu perkara yang tidak boleh dijadikan alasan untuk mundur dalam pendidikan. Oleh itu, para pelajar yang berdisiplin senantiasa mempamerkan kelakonan dalam pelajaran yang memberangsangkan jika dibandingkan dengan pelajar yang kurang disiplin. Ini kerana pelajar yang berdisplin ini diberi semacam kuasa psikologi yang tiada batasan untuk mengharungi cabaran dan anggapan kegagalan sebagai satu penghinaan tidak lagi menghantui fikiran para pelajar. Seperti apa saintis, Thomas Edison berkata ‘saya pasti akan berjaya kerana saya telah kehabisan benda-benda yang tidak menjadi’.


Selain daripada itu, pelajar yang berdisplin juga memiliki kematangan untuk membahagikan masa dengan baik. Dengan adanya kematangan ini, para pelajar yang disiplin ini dapat mengurangkan tekanan. Ini kerana pelajar itu dapat mengimbangi waktu belajar dengan masa untuk bermesra dengan keluarga, rakan-rakan dan berehat. Waktu berehat amat penting bagi pelajar. Pelajar yang mempunyai masa berehat dapat memberi fokus dengan baik semasa proses pembelanjaan. Ini kerana pelajar itu berada dalam keadaan yang lebih segar dan bertenaga dan ini membolehkan pelajar itu mudah menangkap apa yang diajar.


Meluangkan masa yang kualiti dengan keluarga dan rakan-rakan amat sukar laksanakan oleh para pelajar. Ini kerana ramai di antara pelajar tidak bijak menggunakan masa dengan baik. Walaupun demikian, masalah ini jarang mengganggu para pelajar yang disiplin. Para pelajar yang disiplin akan senantiasa cari akal supaya mereka dapat bermesra dengan keluarga. Ini kerana para pelajar berdisiplin ini tahu pentingnya sokongan keluarga. Oleh itu, mereka lebih serius untuk menjalin hubungan yang akrab an intim dengan ahli keluarganya.


Berhubung dengan soal pembahagian masa dengan efektif, seseorang pelajar berdisiplin itu dapat meluangkan masanya untuk menunaikan fardhu sembahyang. Akidah yang kuat juga memainkan peranan penting untuk seseorang pelajar itu lebih berani untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Ini bersembahyang ini mempunyai banyak hikmahnya. Salah satu daripada kelebihan sembahyang ialah ia membolehkan seseorang pelajar itu berasa tenang dan segar. Ditambah pula, sembahyang boleh dijadikan satu latihan disiplin untuk memperbaiki kegunaan masa. Dengan akidah yang kuat, pelajar disipin ini tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Ini disokong oleh Mahamat Gandhi, ‘untuk kebahagia hidup seseorang itu mestilah menolak godaan’.


Walaupun, terdapat faktor lain yang boleh mendorong para pelajar untuk berjaya, faktor individu juga yang menjadi punca dominan untuk menentu nasib seseorang pelajar. Salah satu sebab kenapa individu itu lemah dalam pendidikan ialah tahap sosio-ekonomi keluarga. Contohnya, pelajar yang mempunyai tahap sosio-ekonomi yang rendah akan senantiasa menghadapi kesempitan wang untuk bersekolah dan ini boleh menggugat prestasi para pelajar kerana masalah ini memberi tekanan yang berlebihan terhadap dirinya. Namun demikian, situasi itu boleh dikurangi jika pelajar itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Pelajar itu akan berusaha untuk mendapatkan wang untuk pembelanjaan sekolah seperti bekerja sambilan atau mengurangi belanja makan di sekolah. Jelas ini membuktikan bahawa inidividu masih menjadi faktor dominan mencapai sesuatu kejayaan. Tahap sosio-ekonomi keluarga yang rendah tidak boleh dijadikan penyebab seseorang pelajar itu mundur.


Seterusnya, salah satu faktor yang boleh menjejas prestasi pelajar ialah pengaruh media massa. Namum demikian, ini terpulang kepada individu untuk membuat pilihan. Para pelajar yang berdisiplin akan lebih peka untuk memilih rancangan-rancangan televisiyen yang sesuai untuk ditontoni. Objektif menonton rancangan televisyen juga rasional. Mereka menonton sesuatu televisyen itu sekadar untuk menimbah ilmu bukan untuk menambah keseronokan. Oleh itu, faktor disiplin juga merupakan faktor yang penting untuk mencapaikan sesuatu kejayaan.


Kesimpulannya, disiplin merupakan punca utama yang mempengaruhi masa depan seseorang pelajar. Disiplin bukanlah satu sifat yang semulajadi yang timbul di dalam diri seseorang insan. Latihan yang konsisten serta penerapan yang berkesan harus diamalkan untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ciri-ciri disiplin akan timbul jika seseorang pelajar itu pernah hidup dalam kesusahan, menghadapi banyak kegagalan dan pernah menerima hukuman yang berat. Tanpa disiplin, tamadun tidak mengubah hidup kita.

Muhammad Farid b Mohd

04A07

Maktab Rendah Pioneer